nuffnang

Friday, April 20, 2012

Rumah Baru

10/03/2012 - Sat

Cantik tak rumah baru ni? Tapi tu cat kaler hijau pulak. Nanti nak tukar biru lah. Cantik sikit. Kereta pun tak nak kaler hitam. Nak biru jugak. Ha nak kena lepuk ke sesuka hati nak main tukar2? Memang berangan je la kan nak dok kat rumah baru. Ni rumah abang aku yang baru pindah ke Bangi. Tambah lagi sorang dok kat Bangi.


Time kitorang pegi tu memang abang n family baru je lepas angkut2 barang dari umah lama. Tak sempat nak tolong2 pagi tu sebab kitorang ke Mid Valley. Balik je terus pecut ke sini. Boleh la tolong apa2 yang patut. Aku tolong tengok Irfan pun dah cukup bagus :P


Irfan cam biasa memang famous amos la di kalangan cousins dia. Maklumlah yang paling kecik kan. Masing2 dok geram kat dia. Nikmatila kefemesan tu ye Irfan sebab jap2 lagi cousin baru Irfan nak keluar dah. Makin pudar la sinar kegemilangan Irfan time tu nanti....ahaks!


Parent, family akak n abang aku lagi sorang pun datang jugak hari tu. Yang lain2 ada hal masing2. Lepas tu makan2 sambil sembang2.


Budak kecik ni pun kena makan jugak.



Tapi nak dok dalam baby chair tu lama2 memang susah la kan. Biasa kalau keluar pun baby chair cam dah tak ada efek....huhu...


Irfan memang tak dok diam walaupun sekejap. Banyak sangat gambar yang atok dia tangkap time kat rumah ni. Nanti nak buat satu entry tepek gambar dia sorang je =)



Dah petang sikit kitorang round area perumahan tu. Lengang je lagi. Time kitorang datang tu tak ramai lagi yang dah pindah masuk. Abang aku antara yang terawal la kot. Dekat situ ada swimming pool. Cam community club punya la kan. Rasanya rumah2 sekarang dah banyak buat macam ni.



Playground harus lah ada. Tu yang kitorang datang jugak nak bawak Irfan main2.


Kat belakang tu kitorang sibuk dok bergambar...hehehe...Ayah memang rajin snap2 ni ;)








Macam2 gaya dah keluar nak suruh Irfan pandang kamera punya pasal :P



1st time bawak Irfan pegi playground. 1st time letakkan dia dalam gelongsor ni. Terus blur budak kecik tu...hehe...


Cousins dia la rajin nak melayan. Yang lawaknya lepas dah sampai bawah dia sibuk dok toleh ke belakang balik. Pelik agaknya dia turun dari mana...huhu...



Yang pastinya aku memang tak mampu lagi la nak beli rumah sendiri. Tak kesah la baru or lama...wuwuwu...Hari tu pegi pameran hartanah kat Mid Valley tengok rumah satu2 terus senak dada. Kalau area Klang Valley memang 300k+ to 400k+. Nak bawah 300k memang boleh dapat yang ceruk2 je la. Jauh dari bandar segala.


Hurmmm...Rasa better settle kan study loan ngan car loan dulu kot baru boleh pikir pasal rumah. Ni pun tengah gigih dok bayar study loan. Siap bayar lebih dari schedule nak kasi cepat habis. Geram pulak tengok kekadang tu bayar pun macam tak luak. Kemain lagi interest nyer. Car loan je bayar ikut schedule betul2. Yang tu semput sikit nak bayar lebih :P One of the main reason jugak tu kenapa aku tak boleh jadi fulltime housewife. Lepas tu nak kena beli rumah pulak. Memang sampai ke sudah pun jangan bermimpi la nak berhenti kerja T_T

p/s: Tumpang gembira ngan korang yang dah berjaya beli rumah sendiri. Maybe bukan rezeki kami lagi =)

8 comments:

♥ Elin ♥ said...

rezeki msg2 dear...
x per mungkin rezeki kamu tempat lain..mana tau 1 hari nanti kamu sekeluarga dpt beli rumah dgn tanah sendiri kan.
insyallah...:)

cuna said...

Elin: Insya-Allah...sdg berusaha ke arah itu =)

Shu @ Mrs. Hamid said...

wahhhh... cantik rumah tu, shu suka. Ntah bila lah nak dapat rumah landed. Harga rumah sekarang ni melampau. Tak pe Cuna, walaupun tak planning beli rumah sekarang, tapi rajin2 survey dari sekarang. Kalau dapat good deal, terus grab.

cuna said...

Shu: tu la. cantik kan shu. tu yg trs berangan2 tu...hehe...tp kalau blh tak nak la dok bangi. cam jauh sgt je. tgk la nnt camne. kalo rasa dh xmampu sgt nk beli rumah landed surrender je la beli apartment jgk ;)

dinashuz said...

Cuna... if u dun mind, ape nama kawasan perumahan abang Cuna ya? dina tgh survey2 rumah kat area bangi ni.. mcm menarik lah kawasan tu ada club house lagi

asna cute said...

comel la cuna pki tudng warna cream tue.. =) terpikat la pula =)

cuna said...

dinashuz: rumah dia kat Seri Bangi. hari tu time pegi expo pn mmg byk rumah baru nk buat kat area bangi. dekat situ rumah around 300k-350k gitu. tp tak taula ada kosong lg ke x. dina blh la try survey2 dulu ye ;)

cuna said...

asna: hehehe...tdg tu beli online je. org jual tdg tu pn dh sunyi sepi. cam dh stop bisnes je. kalo x blh la promote kt asna...hik3x