nuffnang

Wednesday, September 14, 2011

1st Raya Open House @ Rawang

10/09/2011 - Sat

Sabtu lepas pegi open house my officemate, Kak Jo kat Emerald East, Rawang. Ni 1st open house yang kitorang pegi. Maybe last kot sebab so far memang dah tak ada invitation lain dah...huhu...Weekend ni ada satu kat Sg. Buloh tapi kitorang pulak nak balik kampung. Pakaikan Irfan baju yang dia pakai time raya ke 4 hari tu. Time nak balik dari JB ke KL. But end up baju kat dalam tu tak pakai pun sebab dia kepanasan.


Before keluar saje amik gambar kat rumah dulu. Selalu bukannya rajin sangat nak bergambar ni. Tapi sejak ada orang tu ada handphone baru, saje la nak try test kan ;) Tapi hari tu Irfan punya la susah nak pandang kamera. Elok dah amik gambar boleh pulak dia toleh ke lain T_T


Lepas tu tangan aku pulak yang gerak2...huhu...


Sudahnya ni je la gambar yang elok sikit. Tu pun berkerut dahi budak kecik tu :P


Nak pegi ke Rawang tu punya la jem sakan. Dari Gombak kot dah start jem. Masuk Rawang lagi la dasat. Irfan memang tido je sepanjang jalan tu. Dah sampai cam biasa dia terjaga sendiri. Kitorang singgah pun kejap je. Aku gosip2 kejap, makan kejap, sambung gosip lagi lepas tu chow. Before balik amik gambar dulu. Nasib baik ada orang tolong ingatkan. Aku ni selalu lupa part2 bergambar ni tau...Lepas tu nanti dah balik nak update blog mula la nyesal tak ada gambar nak tepek...haihhh...

From left, tuan rumah, Kak Jo, me, Irfan n Kak Ezah. Well, Kak Jo n Kak Ezah ni my senior kat office tu. Kira otai la ni. Tanya apa pun sume tau. Malay kat office aku tak ramai. Mostly Chinese. So of coz la rapat kan ngan Malay yang berapa kerat tu =)

Time ni pun Irfan susah nak pandang kamera. Sibuk toleh sana sini. Tengok kipas ngan lampu2 yang cantik kat rumah Kak Jo ni. Bulat mata. Cantek ok rumah tu. Rumah baru la katakan. Bila la aku boleh dapat sebijik :P


Time ni masing2 pandang lain. Maklum la. Weols kan femes...hakhakhak...Oh cantek kan tudung Kak Ezah tu. Georgous gitu! Aku nak pakai pun tak reti. Kalau reti pun kang sekali Irfan tarik tinggal inner je sape nak jawab? Ohhh...yang terintai2 kat tepi tu is Kak Ezah's hubby yang look like baru habis SPM. Memang pasangan awet muda la dorang ni tau ;) Ohh...time kat sini Irfan behave je. Lansung tak ngamuk. Sesape pegang pun dia tak kesah. Legaaa =)


Balik sambung jem lagi. Irfan lepas minum susu terus tido. So aku yang kat belakang ni bosan2 amik gambar sendiri...hahaha...Ohhh...ni tudung yang aku pakai time raya ke 4 tu. Baju pun sama. Tudung je raya. Baju recycle je blouse since zaman muda remaja lagi...huhu...

Actually memang dah beli baju raya yang matching ngan tudung ni. Tapi sebab baju tu baju kurung moden terpaksa la aku simpan. Tak lepas kot kalau nak nyusukan Irfan. Entah nape time tu boleh gatal beli baju tu T_T


Tengah2 jem tu sempat lagi melencong ke Tutti Frutti kat bandar Rawang tu. Actually time tengah2 jem nak pergi tu dah nampak. Biasa la. Mesti la gatal nak singgah kan ;)


Line clear...boleh amik gambar. Entah berapa kali datang Tutti Frutti baru ni berjaya amik gambar topping2 yang ada. Biasa kitorang letak choc chips ngan caramel je...


Buah memang tak amik la kan walaupun kadang2 cam memanggil2 je suruh diamik...huhu...Tambah buah lagi la melampau2 mahalnya kang.


Kitorang amik paling sikit yang boleh la. Sekali time dah bayar ternampak pulak notis ni. Rupanya Tutti Frutti kat situ baru bukak. So dari 1st Sept sampai 15 Sept kot dapat 20%...Huhhh...Kalau aku nampak awal2 mintak Myo isi penuh2 :P Gigih ok time nak amik gambar ni. Mamat tu cam dah pandang slack kat aku tetiba cam nak amik gambar dia kan. Jarang tau aku gamble amik gambar camtu. Biasanya curi2 je ;)


Kat situ ada perisa orange ngan guava. Best ok! Kitorang makan kat situ je. Pic kat bawah ni 2nd round...hahaha...Tapau je...Orange+guava lagi sekali without vanilla. Biasa vanilla tu memang wajib ada. Tak tahan sebab sedap sangat plus ada 20% less tu...hehe...


Lepas tu kitorang balik terus. Ingat nak pergi OU tapi dah petang sangat. So postpone hari Ahad je la. Balik tu tetiba perasan baju Irfan sama kaler ngan sofa kitorang...hahaha...Boh budak kecik tu kat situ jap amik gambar....


Bila mau tumbuh rambut daa...Aku rasa sejak dah botak ni dia jarang senyum. Macam la ada kena mengena kan botak ngan jarang senyum :P


Banyak mende mau di'update' tapi tak ter'update'. Dah la sekali update mesti nak menceceh panjang berjela ;)

4 comments:

fawwaznuha said...

assalam..

waa...lately cuna byk bergaya dgn tdg jenis awning la..cun ok..act sy punya hubby pon x gemar sy pakai tdg2 awning ni..tp nk wat cmne..dah mak sy bekalkan tdg jnis ni berkaler2 hehe..ada hari sy pkai tdg besa baru dipuji..hehe..x kisahlahh yg penting ttp aurat kan..

comey irfan..bulat je mata

cuna said...

azy: salam azy. hrpkn tudung raya je azy. kalau xraya xdpt la beli. dh lama teringin nk pakai. cm sama plak taste hubby kita...huhu..aritu try tudung awning yg biru tu laju je dia soh beli sebab tudung tu labuh =)

The Me said...

hish gemuknya daku lam gambo tu!

cuna said...

The Me: akak, tu bkn gemuk. tu mantoppp ;)