nuffnang

Tuesday, September 13, 2011

Window Shopping di Hari Raya

04/09/2011- Sun

Tak sempat nak update pasal ni lagi. Ni cerita last week punya last week. Lepas penat beraya seminggu Ahad tu kami bertiga keluar jenjalan. Sebenarnya aku nak pegi JJ. Ada mende yang nak dicari. Myo pulak nak pegi Mid Valley sebab ada IT Fair kat situ. Asalkan ada JJ aku on je la. Sampai2 terus pegi JJ. Tapi mende yang dicari tu tak ada la pulak. Terus pegi tempat IT Fair tu. Cam biasa la time2 gitu orang ramai giler. Dah ler time tu letak Irfan dalam stroller. Jenuh jugak la nak menyelit ngan stroller tu. Irfan no hal je. Behave je dia. Sibuk tengok orang la tu :P


Sampai tahap kena nyelit kat dalam booth, aku ngan Irfan cari port lapang sikit tunggu Myo kat situ. Aku pun tak tau apa yang dicari. Last2 memang balik tangan kosong je.


Ni baju raya Irfan yang dia pakai time raya ke 3 tu. Pakaikan balik sebab hari tu pakai tapi dia tido je dari pagi sampai ke petang. Baju ni pun beli time Parenthood Expo hari tu.


Before balik terasa nak makan dulu. Before keluar tak makan nasi. Tak ingat makan apa. Nasi himpit kot. So cam biasa la aku ni. Cepat lapar. So kitorang pegi Chicken Rice Shop. 1st time ni makan situ ngan Myo n Irfan. Before ni kalau aku pegi pun ngan member2 office time lunch. Tu pun yang dekat Giant Kota Damansara punya.


Motif tepek gambar aku banyak2...keke...Tadi tu muka kesian. Sekali bila snap lagi sekali terang benderang sangat pulak T_T Ehhh...tu aku pakai tudung raya hari tu. Pusing2 tudung ni je la. Tak cukup collection lagi nak matching2kan ngan sume baju2 aku ;)


Dah ada anak buat cara ada anak ye. Tak boleh nak berlagak solo molo...hehe...Cam sakan je bergambar time ni. Sebabnya nak panggil orang amik order pun cam bercinta sebab meja kitorang paling hujung. Dah la Irfan cam tak senang duduk sebab dah ngantuk. Siap ngamuk2 jugak la kot. So nak tak nak kenala NIP...huhu...


Irfan ngan papa dia. Before balik ingat nak singgah Baskin Robbins beli sundae. Tapi bila dah sampai boleh pulak JCard tertinggal dalam kereta. Kalau tak boleh dapat 10% less. Terus tak jadi beli. Tak sanggup nak beli ngan normal price kalau boleh dapat diskaun. Sanggup tu!


Sebab tekak dah set nak makan mende sejuk2 laju je ajak Myo pegi Tutti Frutti kat Dataran Sunway. Tutti Frutti lagi kan. Cam tak ada mende lain dah :P Kitorang tapau je lepas tu makan dalam kereta on the way balik tu. Boleh pulak kat situ ada yogurt perisa blue berry. Sedap gilerrr! Lagi sedap dari vanilla kot. Ni 1st time jumpa sebab lain tempat ada lain perisa. Tapi perisa default cam choc ngan vanilla tu sume tempat ada kot.

Nak dijadikan cerita...Dek terlampau sedap rasa blue berry sampai pejam2 mata makan. Lepas tu boleh pulak rasa tak cukup. Yang kelakarnya boleh pulak kitorang patah balik pegi beli lagi....hahah...Aku saje je ajak. Dah Myo sanggup patah balik aku lagi la suka :D So kat bawah ni adalah pic 2nd cup ye. Bantai amik blue berry lagi =)


Camne eh nak hilangkan rasa addicted to FroYo nih. Kalau murah ok lagi. Mau kopak wallet aku kalau hari2 nak makan mende ni je. Dah la dari before puasa hari tu dah nampak banner Tutti Frutti opening soon kat Gombak ni. Ada yang aku kerja situ terus kang. Boleh makan yogurt hari2 sampai beku :P

7 comments:

Yan said...

kejap je dah besar bujang awak.

cuna said...

Kak Yan: tu la =)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Cuna..bestnya irfan makan eskreem.....

dEe said...

every slasa tutti frutti bg 15% diskaun kt ladies.. offer til october. jd pergi la sana bila ari slasa je ye..

cuna said...

Kak Atie: salam kak atie...mmg best. best tgk je...hehe

Dee: alaaa dee....arini dh ari rabu. nape ko xbgtau smlm T_T start bila tu?

dEe said...

xigt la sejak bila stat.. ko x like tutti frutti kt fb ke? nnt kt situ tau la update dorg..

cuna said...

dee...aku bab2 fb ni mmg ketinggalan sket. xaktif sgt T_T