nuffnang

Wednesday, September 21, 2011

A Visit to New JJ

11/09/2011 - Sun

Lately cam tak mood je nak buat pape. Tetiba rasa nak benti kerja. Tetiba rasa makin hari makin tak best kerja especially bila kena bekerja dengan orang yang tak best...Haihhh...Nak amik mood kena la bercerita pasal yang hepi2 je kan.

Baru nak update pasal jalan2 Ahad lepas punya lepas. Kitorang pergi JJ baru kat One Utama. Baru renovate. Tak silap bukak bulan lepas time dekat2 nak raya. 22 Aug kot. Memang time tu dah plan nak pegi. Tapi sibuk2 terus tak jadi.

Teringat beberapa bulan yang lepas. 20 Februari. Time besday aku. 2 hari before bersalin. Time tu berjalan sakan. Siap dah nak singgah JJ OU time tu sebab kalau tak silap dorang buat sale sebab dah nak tutup 22 Feb tu nak start renovation. Sekali elok2 dekat nak sampai OU tu tetiba contraction bukan main dasat lagi. Terus tak jadi pegi. Lepas tu elok2 pulak Irfan keluar JJ OU pun tutup...Elok2 lagi Irfan genap 6 bulan dia bukak balik...hahaha...And baru sekarang dapat rasmi JJ ni ;)

OU memang port kitorang since start keje kot. Balik kerja singgah OU, lunch pun kat OU, weekend pun OU, tengok movie pun kat OU. So memang selalu sangat la singgah JJ kat situ. Memang dah naik hafal kot setiap sudut dalam JJ tu. So sekarang nak bawak Irfan pulak datang sini. Biar dia hafal sama2 :P Sebelum sampai JJ dah nampak Toys R Us singgah situ dulu. Kedai banyak yang dah tukar2. Letak aku sorang2 kat situ confirm sesat.


Irfan sibuk toleh kiri kanan. Kat sini tak beli pape pun. Sementara dia tak pandai mintak ni tak nak la beli sangat mainan. Kang dia dah pandai mintak sampai tak terbeli pulak kan T_T Lagipun mainan yang dah ada pun cam dah cukup so far. Rasanya dia lagi suka main mende yang bukan mainan dia. Yang tu la yang nampak lagi menarik. Meja or remote control TV pun dah boleh jadi mainan dia...huhuh...


Actually sambil melawat JJ baru tu sambil jeling2 barang yang aku nak cari but tak ada kat JJ situ. End up beli mende lain...hahaha...Lepas tu singgah KFC makan. Time ni Irfan dah start ngantuk. Kitorang pulak tak bawak stroller.


Sementara ingat n tengah rajin amik la gambar ngan Irfan. Tu pun bercinta nak tunggu dia pandang kamera. Last2 tido jugak sebab dah ngantuk sangat.


Before balik singgah beli sushi. 1st time nak makan sushi lepas bersalin ni. Lama ok tak makan. Dulu time preggy control2 la jugak makan sebab tak elok. Kalau tak memang hampir tiap2 hari kot pegi cari sushi kat JJ ni. Beli takoyaki ngan cream puff jugak. Makan dalam kereta je.


Semalam lalu kat Tutti Frutti Gombak tu lagi. U know what??? Dorang dah bukak ok. Ingat ada la less ke apa sebab baru bukak kan. Sekali bila tanya cashier tu hari apa bukak dia cakap Jumaat last week. Hari tu je dapat 50% diskaun. Dorang siap buat open house raya lagi time tu. And di manakah kami time tu? Sepanjang hari tu kami kat atas jalan on the way balik kampung!!!...sob sob sob...Rasa nak pitam je dengar tau. Semalam amik flavour vanilla+guava+banana+mango. Nak makan yogurt lepas tu pun dah tak lalu T_T Dalam banyak2 hari nape hari tu yang dorang bukak. Dah la kitorang selalu lalu situ datang cek. Time tak cek tu la dia nak bukak kan. Sabo je la. Semalam pegi pun dapat 15% disc je la =(


Seriously sekarang ni perasaan tengah meronta2 nak berenti kerja. Tapi cam tak boleh. Rumah sendiri pun tak ada lagi ni. Tak kan la nak biarkan Myo sorang2 kumpul duit beli rumah kan. Hurmmm...kena simpan la dulu hasrat suci murni aku tu T_T Start esok hari2 dah kena pegi office. Tak tau sampai bila. Maybe sampai end of Oct. No work from home dah. Kalau tak ikut suka hati aku je nak work from bila2. Boleh kira kot berapa kali je pegi ofis sejak aku bersalin hari tu. Maka akan bermula la sesi rindu-rinduan kat Irfan nanti T_T

No comments: