nuffnang

Thursday, September 22, 2011

Irfan Naufal is 7 Months Old

Bz yang amat hari ni. Dah malam baru dapat update blog. Happy 7 months old Irfan Naufal! Genap dah 7 bulan budak kecik ni. Dah sebulan dah kasi dia makan solid food. Memang sedap je tengok dia makan. Even time tengah demam2 hari tu pun nak jugak makan. Susu pulak yang tak laku time demam...huhu...So far aku bagi Irfan makan nestum cerelac, biskut rusk heinz ngan bubur nasi je. Progress so far Irfan still tak terer meniarap lagi. Tapi memang tak reti dok diam dah. Ada je mende nak buat. Kalau riba dia pun tangan tu laju je nak capai2 mende depan mata. Lepas tu sibuk menggelongsor nak turun. Kalau dok baring sesaje memang nanti tak senang hati.

Irfan dah pandai membebel dah sekarang. Yang kelakarnya time dia nak tido boleh pulak nyanyi2 untuk diri sendiri. Tengok2 dah terlelap....hahaha...Gerammmm tapi tak boleh cubit :P Ada amik video time tu but tak letak2 sampai sekarang. Kadang2 time dia tengah cakap2 ada jugak la terkeluar words papa mama...dah...nak...tapi cam ikut sempat je la.

Yesss! Bulan ni tak payah bawak Irfan pegi KK dah. Tak payah tengok dia kena cucuk sampai la umur setahun nanti. Cucuk 6 bulan hari tu pun memang nurse cakap tak kan demam. So tak ada la risau sangat. Esok dah Jumaat. Tapi tak update2 cerita pasal balik kampung hari tu. Postpone next week je la nampaknya T_T

No comments: