nuffnang

Monday, September 12, 2011

Beraya di Kampung

Sambung lagi cerita raya. Lepas beraya kat rumah parent aku 1st raya tu family mertua balik dulu. Sempat la aku makan2 kat Gombak dulu. Kemas2 siap kasi makan kat Irfan. Sempat jugak lelap beberapa minit sebab lepas tu nak kena kemas2 barang nak balik kampung Myo kat JB. Tengah malam buta gerak ke Shah Alam nak tido sana sebab pagi esoknya gerak sama ngan family mertua. Esok paginya pukul 9 lebih dah gerak. Irfan cam biasa letak je dalam kereta kejap je tido. Memang aktiviti fevret dia la tu dalam kereta. Kali ni tak boh car seat. Letak dalam rocker je sebab nak pakai rocker tu kat kampung.


Before dekat2 nak sampai JB tu singgah dulu beraya kat umah mak angkat FIL. Sempat la buat aktiviti tukar pampers kat situ. Ni je gambar yang aku dapat cilok buat kenangan pakai baju raya ke 2. Baju kurung Pahang je. Simple but aku suka sebab selesa. Best jugak pakai nursing kurung ni. Tapi sepasang cukup la. Beli banyak2 pun macam la aku nak berBF seumur hidup kan...huhu...

Saje nak tepek gambar yang tak seberapa ni. Raya ke 2 theme biru. Patut ni theme 1st raya tapi tak jumpa pulak baju Irfan kaler gini. Baju ni beli time pegi Parenthood Expo hari tu. Nursing kurung. Bukannya banyak choice sangat. Tu yang kena beli dulu baju aku. Lagipun senang time sibuk beraya tu nak nyusukan Irfan.

Baju biru aku tu ada la sikit2 kaler kelabu. Mula2 nak pakai baju ni 1st day raya je. Malas nak beli dah kaler lain. Rasa cam sepasang baju dah cukup. Lepas2 tu boleh recycle baju lama je. So tak dapat baju Irfan kaler biru nampak yang kelabu rembat je. Sekali lepas dah belek2 baju Melayu kelabu Myo ngan Irfan rasa cam tak puas hati pulak tetiba baju aku ada sesat kaler biru. Tu yang last minute beli jugak yang kelabu untuk aku. Last minute jugak rembat tudung biru untuk baju biru ni buat pakai raya ke 2 ;) Berbelit2 dah cerita. Entah ada orang paham ke tak ni...huhu...

Aku dah set dah Myo n Irfan pun pakai biru. Baju Myo pun dah bawak siap2 yang biru muda. Tapi dia pakai jugak yang lain sebab baju tu panas...huhu...So tak ada la sedondon sangat kan...Lepas beraya kat situ singgah beraya rumah Mak Ngah pulak. Buat aktiviti tukar pampers lagi kat situ...huhu...

Dah habis beraya situ sambung beraya umah tok sedara pulak. Kat situ pun dah ramai sedara mara yang lain...Lepas tu baru la sampai umah Tok Myo. Memang penuh la rumah sebab adik beradik ayah Myo ramai. Campur anak beranak cucu cicit lagi memang full house. Malam tido ramai2 kat hall je. Nasib la tak balik kampung time aku preggy. Kalau tak mau sakit badan tak boleh bangun...huhu...


Raya ke 3 plan nak beraya rumah pak cik but entah camne orangnya pegi beraya kat KL pulak. Kitorang pepagi dah siapkan Irfan ensem2 nak beraya. Last2 tido je budak kecik tu dari pagi sampai ke petang. Ni muka 2 orang hero yang belom mandi. Aku pun sama time ni belom mandi lagi...hehe...Belum pukul 8 pun. Kat kampung awal la bangun. Ni kat umah confirm diulit mimpi lagi nih...hahaha...Irfan pakai baju tido raya tu. Dah lama beli tapi baru nak pakaikan. So baru pakai time raya jadi la baju tido raya ;)


Dah petang dah dekat nak Asar baru la kitorang nak keluar. Tu pun bukan pegi beraya terus. Singgah makan kat Pizza Hut sebab tak lunch lagi. Lepas tu singgah Tesco beli barang2 dapur. Lepas tu round2 JJ. 1 family pegi. Ngan baju raya tu aku tawaf Tesco ngan JJ...huhu...Tak pernah2 aku buat. Ni kalau kat KL aku sanggup balik tukar baju dulu kot...hahaha....Oh raya ke 3 aku recycle baju last2 year je ;)

Tapi kena pakai baju raya jugak sebab malam sket nak beraya umah pak cik Myo. Pakai siap2 tak ada la kena balik tukar baju pulak kan. Patutnya tema raya ke 3 adalah kuning. Pepagi time lepas mandikan Irfan memang dah pakaikan tshirt kuning dia. Tapi sebab sampai ke petang tak keluar2 jugak n Irfan pun dah kepanasan, maka tukar je la baju dia. Myo pun panas n malas nak pakai baju kuning dia. Last2 tak sedondon lagi T_T


Malamnya kitorang beraya umah pak cik Myo. Tak sampai berapa minit pun kat situ dah kena chow awal sebab Irfan dah ngantuk panas sume. Naik je kereta terus tido. Esoknya pepagi raya ke 4 tu dah siap kemas2 nak balik. Before tu singgah raya dulu kat Kluang umah Mak Andak. Berkumpul raya kat situ pulak. Sekali lagi buat aktiviti tukar pampers jugak kat situ...hehe...Raya ke 4 lagi la tak ada baju sedondon dah. Irfan yang berbaju raya ensem2 pun last2 pakai pampers je sebab dah panas sangat. Dekat pukul 4 jugak la baru gerak balik KL. Rush jugak la balik sebab petang tu jugak ada appoinment hantar kereta cuci+polish+wax. Dah bayor tu. Nasib baik sempat.

Sabtu petang pulak beraya kat umah mak cik aku kat Taman Bolton. Adik beradik lain pun ada datang jugak.


Lepak sini pun tak lama. Penat aku tak habis lagi. Sakit2 jugak la badan. Maklum la dah lama tak travel jauh...huhu...Malamnya pulak Myo pegi beraya kat Klang. Aku ngan Irfan surrender la. Lembik dah aku.


So abis seminggu jugak la beraya kat KL and Johor. Seronok? Boleh la. Still tak kan sama ngan beraya kat umah sendiri. 1st time beraya di perantauan kan. Kekok jugak ler. Lama2 biasa la kot. Duit raya Irfan? Boleh la jugak. Tak sikit sangat tak banyak sangat. Kat kampung tu memang la ramai orang. Tapi tak kan la mama n papanya nak tebalkan muka mintak kan duit raya untuk Irfan pulak kan. Kang terpesong pulan niat nak beraya tu...huhu...Mana yang bagi kami terima, yang tak bagi tu senyum2 je. Bagi jugak kalau dorang ada anak2 kecik.

Aku tumpang seronok untuk Irfan je. Maklum la 1st time merasa kutip duit raya untuk dia. Irfan memang tak reti nak salam2 orang lagi. Tapi kalau orang hulur laju je dia amik sampul duit raya tu. Pastu terus masuk mulut...hahaha...Kat kampung pun Irfan sorang je yang baby. Yang lain paling kecik pun dah boleh jalan. So femes jugak la dia kat sana =) So habis la cerita raya kat kampung hari tu ;)

No comments: