nuffnang

Thursday, September 29, 2011

Bila Anak Kesayangan Sakit

Ni Irfan hari Ahad hari tu. Mula2 aku perasan ada merah2 kat pipi je. Ingat biasa je la sebab memang akan merah2 kalau dia selalu sangat masukkan jari2 dalam mulut. Sekali makin lama makin banyak pulak naik merah2. Risau jugak la. Jumpa doc then kasi makan ubat demam n gatal je. Tapi time tu Irfan tak ada la nak garu2 pun. Doc cakap kena gelgata. Isnin tu jadi makin teruk. Pipi ngan bibir pun dah start bengkak. Paling kesian bila tengok kaki dia cam ada biji2. Tak sanggup rasanya tengok dia camtu. Memang kalau boleh nak mintak sakit tu pass kat aku je. Kesian sebab dia kecik sangat n tak tau pape. Aku la yang sedih lebih2 kot...huhu...Time tu dia dah pandai garu2.


Selasa tu kat ofis kacau bilau jugak la jiwa aku. Dok pikir camne la Irfan kat rumah. Nasib parent aku tolong bawakkan pegi klinik. Memang la kalau boleh tak nak susahkan dorang. Tapi time2 genting cam sekarang ni memang susah aku nak amik2 cuti. Doc cakap allergic. Tapi lepas dah recall2 aku pun tak ingat apa yang silapnya. Nak kata makanan tu tak la kot sebab memang kasi dia makan mende yang sama je dari mula. Tak ada nak tukar2.

Selasa hari tu bengkak2 dah makin kurang. Semalam aku balik kerja pun bukan main ceria lagi dia. Terus hilang penat tengok dia dah makin sihat. Sejuk je hati ni. Lepas tu dah sakan meniarap walaupun tangan asik tersangkut je kan...huhu...Actually dulu time 4 bulan kot dia dah start meniarap. Tapi tetiba dia cam lupakan je skill tu. Terus lepas tu tak meniarap dah. Ni baru nak start balik. Boleh pulak main stop2 kan :P


Mainan fevret Irfan. Tortoise nyanyi2. Bahasa Cina pun belasah je la. Actually selang seli ngan English. Kalau tekan keluar la suara cakap nombor ngan shape. Lepas tu ada nyanyi2. Memang kalau Irfan nak start ngamuk tu aku letakkan mende ni depan dia terus diam. Suka la kan ada music. Kadang2 ngan aku pun terikut2 nyanyi lagu tu. Tapi kena monitor jugak la time dia main mende ni sebab kadang2 dia angkat tortoise tu tinggi2. Takut kang terlepas hempap muka dia pulak...huhu...


Sekarang Irfan dah pandai tido malam. Kalau tak jenuh berjaga. Cam tau2 je sekarang mamanya dah kena bangun awal nak pegi ofis. Malam2 main sampai penat. Habis sume mainan baru aku bawak keluar kasi dia main. Mula2 ingat nak keluarkan satu2. Seminggu keluarkan 1 mainan. Tapi time dia tak sihat tu memang lansung tak ada mood. Seposen je muka. Tu yang aku keluarkan semua tu kasi dia happy. Nasib baik la berkesan taktik tu ;)


Sangat lega bla Irfan dah sihat. Tinggal kesan2 kat kaki je sikit. Baru tau perasaan sebenar seorang ibu bila anak sakit. Lain macam je risaunya. Tapi tak kan la nak expect anak sihat je memanjangkan. Aku anggap ni ujian dari Nya untuk kami sekeluarga. Semoga aku diberikan kekuatan dah ketabahan untuk membesarkan anak kesayangan aku ni. Amin....

9 comments:

Princess Cindellyna said...

kesian irfan... moga cepat sembuh ye sayang...!

cuna said...

Farah: tenkiu auntie farah...alhamdulillah irfan dah beransur sembuh =)

familisihat said...

siannya irfan..Alhamdulillah dia dh sihat..irfan kena sihat bg hati mama senang tau ^^

~YUN~ said...

betulla cuna,bila da ade anak,fikir anak je kan..get well soon dear irfan..=)

Hasnah said...

gegata? asna selalu gak kena nie dr kecik. biler kena bkn kena sikit2, setompok besar2 1 bdn kena. doc kata alergic kat makanan luar. or tmpt tue tak bersih. mybe cuna ada makan something yg kuar kat susu pastu irfan minum kot.. =)

cuna said...

azy: alhamdulillah...irfan pn dh makin ceria skrg =)

cuna said...

asna: yeke asna? org 1st time tgk. baru la nk tau gegata tu camne...huhu...ni pun irfan dah sembuh tp still ada parut. dh tanya doc hari tu tp dia ckp bkn sbb dtg dari susu. cm xde kena mengena gitu. maybe sebab baju or mainan. xpn air cond. xtau la mana satu...huhu...

cuna said...

yun: thanks auntie yun =) anak mmg priority la skrg ni. mmg byk fokus kat dia je =)

[DnaZz] said...

siannya si chomel ni sakit..aunty doa irfan cepat sembuh yer.ameeen