16/09/2011 - Fri
Baru nak update cerita balik kampung 3 minggu lepas. Punya la basi tapi nak update jugak sebab dari hari tu dah upload gambar tapi dok dalam draf je. Nak buat camne. Hidup pun dah tak tentu hala sekarang. Kalau nak ngadu kang terus tak jadi entry balik kampung ni...huhu....
Hari Jumaat hari tu kan cuti Hari Malaysia. So Jumaat tu jugak la kitorag gerak balik Penang, kampung belah mak aku. Ada kenduri kawen cousin. Hari sebelumnya Irfan demam. Even hari nak bertolak pun still demam lagi. Cam berbelah bagi jugak la nak pegi. Pikir punya pikir sampai tengah hari baru la decide nak pegi. Tu pun tunggu demam Irfan kebah sikit.
Keluar pukul 1 lebih sampai dekat pukul 7 gitu. Sepanjang jalan Irfan tido je. Susu pun tak nak minum. Aku la yang teruk. Kitorang pun tak ada benti makan. Just benti kejap2 beli mende kudap2 je. Kitorang dok kat home stay kat Tasik Gelugor. 2 orang abang aku n family n parents aku dah sampai dulu. Kitorang yang last sampai. Pegi pun asing2 coz ada yang naik keretapi. Ada yang singgah rumah ipar duai dulu.
Sampai2 je cepat2 angkut barang masuk bilik lepas tu gerak keluar pegi dinner. Ngam2 je kitorang sampai sempat join dinner. Kalau tak kempunan la aku nak makan nasi lauk best kat Restoran Nasi Sila Lahar kat Kepala Batas. 1st time makan last year masa aku baru2 preggy dulu. Aku dah pernah cerita kat blog. Malas la nak korek entry tu.
Hari tu sekali datang makan memang rasa nak try lagi. Memang femes pun kedai ni. Even orang datang jauh2 pun datang cari makan kat sini. Abang aku pernah datang Penang ngan member2 dia semata2 nak datang makan2 kat tempat2 best kat Penang. Sanggup je. Tapi memang berbaloi2 la sebab memang banyak tempat makan best kat sana. Just nak kena pandai cari je.
Kat Sila Lahar ni memang self service. Nak pilih lauk pun kena beratur sendiri la. Yang tu kitorang serahkan pada yang pakar la kan. Mak cik aku yang settle kan. Time kitorang datang tu memang peak hours. Ngam2 time dinner pas Maghrib. So memang penuh la orang.
Ehhh aku cam biasa memang tak rajin la nak edit2 gambar ni. So aku tepek je gambar apa yang ada ye ;)
Ni la lauk2 nya. Simple je tapi sedapppp. Kalau ikutkan hati boleh je aku makan 3 pinggan nasi. Tapi takut nampak cam over aku makan 2 pinggan je la....hahaha...2 kali tambah la tu kan. Tak boleh tahan ok. Kang tak tambah confirm balik nyesal...huhu....Sambal belacan ngan kari tu memang terbaekkk....
Ohhh tercicir pulak sambal sotong. Fevret nih....Tak tau nak cakap camne tapi memang so far aku tak pernah jumpa lagi lauk kampung sesedap ni. Lain dari yang lain la kiranya. Sampai sekarang dok terbayang2 kesedapannya...slurppp...meleleh air liur tetiba kan...huhu...(time aku update ni pagi lagi ye...biasa la tu update sikit :P)
So kalau dah sedap sangat tu makan memang tak pandang kiri kanan dah la kan. Tambah2 Myo dah offer nak jaga Irfan dulu. Aku lagi la laju makan. Maklum la sehari suntuk berjalan tak jumpa nasi. Menjerit kelaparan la perut time tu :P
Irfan behave je. Tak ada la nak ngamuk2. Just tak ada mood je sebab demam lagi. Oh malam before kitorang balik kampung tu kitorang dah bawak pegi klinik. Kena masuk ubat ikut vontot. Risau la jugak time tu. Before bertolak pegi Penang pun dah sapu2kan air asam jawa.
Balik makan singgah rumah mak cik aku lepak2. Alang2 datang wajib la singgah. Dah la jarang datang. Jalan nak pegi situ pun asik lupa je. Irfan time ni memang sangat2 tak bermaya. Muka memang seposen. Orang buat lawak camne pun tak mau gelak. Sampai situ sempat la panaskan bubur nasik kasi dia makan. Nasib nak telan jugak. Dah la susu pun tak mau minum time tu. Sangat merisaukan.
Ohhh aku sempat belajar word baru ye kat sana. Moi. Moi tu bubur nasi. Tak bajet pulak bubur nasi ada nama secomel tu...haha...Terkulat2 aku time mak cik aku tanya "Dah bagi makan moi ke belum?" Aku ingat aku yang ada sound problem...huhu...Lagi satu pokok hujan. Maknanya mendung. Tapi moi tu lagi best la. Before ni dok kat Penang 3 tahun pun tak tau pun kewujudan word tu :P
Habis makan duduk diam je. Atok dia amik ribakan boleh pulak dia tertido kat situ...huhu...Ni 1st time Irfan demam teruk. Before ni demam kejap2 je. Tak la merisaukan cam yang hari tu.
Nak balik awal pun cam serba salah. Dah la jarang jumpa. Since Irfan pun dah tido kitorang stay je la sembang2 dulu.
Sampai home stay dah tengah malam jugak kot. Balik sume kepenatan. Tak sempat dah nak lepak2. Before balik Papa Irfan sempat pegi Petronas pegi beli Kool Fever. 1st time ok tepek Kool Fever kat Irfan. Kesian sangat dah tengok dia. Tapi lepas tu tido sedap sampai ke pagi tak ada merengek2 ke apa. Ingat susah la nak tido kan. Time ni tengok Irfan pun sayu je rasa hati T_T
Ok habis cerita 1st day kat Penang. Baru 1st day ok. Belum sampai acara kemuncak iaitu kenduri kawen nya. Tu entah bila pulak nak sambung kan. Tengok la keadaannya camne esok lusa =)
5 comments:
pssttt.. soalan sensitif sikit mau tnya hehe. berat cuna dah back to asal ke? =D
asna: hahaha...xtau la asna. lama dh xtimbang. mls nk tgk. kalau blh nk tmbh berat lg. sng sket nk angkat irfan yg smgt tu...huhu...
sila lahar? lain macam nama kedai?
mr. X: xtau la dh mmg dorg letak nama kedai gitu. tp sila tu sbb awal2 dulu kalau makan kat situ kena dok bersila. skrg dh maju sikit
haha hasben iza pon selalu ejek bila iza sebut moi..chomel kan moi3x..hehehe
Post a Comment