Nak cerita sikit pasal homestay yang kitorang dok kat Penang hari tu. Tapi bukan exactly kat Penang la. Tempat tu kat area Tasek Gelugor, Butterworth. Still kena naik jambatan or feri kalau nak pegi Penang. Ni 1st time kot balik kampung dok homestay. Dulu2 balik kampung boleh la ramai2 dok umah Tok n Wan. Sekarang bila dorang dah tak ada kena la pepandai cari tempat nak bermalam. Biasa sewa bilik hotel je.
Memang luas la rumah ni. Setingkat tapi dah cukup luas dah. Hall pun besar. Cukup selesa la nak lepak ramai2 kat depan tu santai2. Ada 4 bilik 2 toilet. 2 bilik ada air cond. Kitorang dok bilik yang paling kecik je. Tak ada air cond pun. Master bed room kasi abang aku n family la dok coz anak dia 4 orang. So kasi priority kat dorang la kan.
Ada kabinet jugak. Time ni kemas la sebab dah clear barang2 nak balik. Kalau tak penuh ngan barang2 Irfan je la. Ngan tin nestum nya, botol susu nya, flusk sume.
2nd and last nite kat situ merasa la kitorang tido kat master bed room coz abang aku n family dah gerak dulu sebab nak singgah Cameron. Best la sikit sebab ada toilet dalam tu. Luas pun luas.
Ni before nak balik. Kitorang balik last hari tu. Memang kena cek betul2 n clearkan pape yang patut. Parent n family abang lagi satu dah balik dulu pagi tu. Balik awal sebab naik flight. Datang before tu naik keretapi.
Time nak balik tu Irfan tengah sedap tido. Dah siap mandi makan sedap la dia tido. Boleh la kitorang kemas laju2. Ingat nak la amik gambar berdua ngan Myo. Tapi Myo cakap dah bertiga ni tak payah la amik gambar berdua dah. Tu yang letak jugak Irfan yang tengah tido tu atas sofa. Aku pasrah T_T
Ni pic before keluar pegi Padang Kota. Dah tunggang terbalik gambar. Malas dah nak susun. Dah la nak update asik tak sempat je. Basi sangat dah entry ni...huhu...
On the way balik tu Irfan ceria semacam je. Lepas baik demam la katakan. Lega aku tengok. Memang dah tak sampai hati tengok muka seposen dia. Sunyi je rasa hidup kalau dia tak gelak2 jerit kuat2 :P Sebab Irfan sangat behave sempat la kitorang singgah makan kat 2 RNR. Satu pencapaian yg bagus jugak la tu...huhuh...
Tapi yang teruknya time nak balik tu jem adalah melampau2. Tahap mengesot2 jugak la. Sempat la aku drive kejap sebab Myo dah ngantuk sangat. Time aku drive tu la jem makin teruk. Nak benti toilet pun cam pikir banyak kali sebab asal lalu je orang beratur sampai ke luar. Dah cam queue nak bayar time warehouse sale pulak kan.
Saje je nak cerita pasal homestay ni since hari tu aku dah terajin snap gambar. Kira berpuas hati la dok situ. Harga? 1 malam 250. So 2 malam 500. Kitorang dok 4 family. So bahagi2 je la. Sangat2 jimat dah di situ ;)
4 comments:
kami pon ada p penang..tido kat homestay kat sg ara..umah 2 tgkat..dlm semua 3 bilik da bilik air siap2..n semua beraircond..ok juga rege RM250 smlm..pegi konvo adik hubby kt usm ..huu,,
cuna bawa rocker irfan eh..nampak cm buat gaya carseat je tu hehe
azy: oo ye ke? best tu. murah pn murah =) kalo travel jauh mmg rocker irfan tu dijadikn car seat terus. car seat nye tggl. nk bwk dua2 xmuat. maklumla kereta kecik je. kena jimatkan space ;)
raya ari tuh pi penang x seronok langsung!!! huh..
homestay tuh bagus lah besar dah murah.facilities pun baguskan.
Elin: kalo setakat nk lawat2 tmpt menarik tu mmg xbest. best pn tmpt2 mkn. tu pun kena pandai cari la ;)
Post a Comment