nuffnang

Friday, October 28, 2011

Ole-ole dari Bandung

09/10/2011 - Sun

Ni cerita yang sangat sangat sangat basi dan basi. Dah berapa kali plan nak habiskan update tapi tersangkut2. Tapi nak cerita jugak sebab dah start separuh jalan :P Ahad hari tu excited bangun pepagi sebab nak amik parent aku kat LCCT. Hari tu tersilap tulis. Bukan kat KLIA pun. Ni 1st time aku sampai LCCT ok. Giler ketinggalan zaman. Jakun pun ada...hahaha...


Last aku naik flight time pegi Singapore. 3 tahun lepas kot. Tu pun naik kat KLIA. Kalau jemput2 orang pun sume kat KLIA. So memang sampai ke sudah tak jumpa jugak LCCT. Cam biasa Irfan kalau letak dalam kereta je tak lama lepas tu terus lelap. Angkat je letak dalam stroller mata bulat.


Time kitorang sampai, akak aku lagi 2 orang n family dah sampai jugak. Adik aku tumpang kitorang je. Meriah ok nak sambut parent balik =) Irfan pun seronok je cousins dia rajin nak melayan.


Dah macam budak besar dah gaya dia ha...


Kami yang kecik...huhu...Duduk pun share 1 kerusi ngan akak aku. Tu la lebihnya orang kecik. Other than that kena mengata ngan orang je la kan...huhuh...Aku dapat la relax kejap dah Irfan behave je dalam stroller. Tak yah nak risau2.


My handsome boy....Mmmmmmuahhhh...saaaaaayangggg budak kecik ni sesangat =)


Ni cousin Irfan, Ammar merangkap teman sepermainan time siang2...Kat umah panggil dia abang Ammar. Punya la penyayang abang Ammar ni. Sikit2 datang sayang adik Irfan dia. Sangat sopan santun. Irfan memang tak ada nak sopan santun dah. Laju je tangan dia tepuk2 lepuk2 abang Ammar dia kekadang tu...huhuhu...Seronok tengok dorang. Walaupun tak sama baya since Ammar lahir last year. But still boleh geng ngan Irfan. Yang lain2 dah besar2.


Time mak n ayah sampai je terus sambut sebab kitorang sampai awal. Memang dah standby kat luar tu. Saje datang ramai2. Meriah sikit. Lagipun hari tu time nak pegi tak sempat nak hantar since dorang pegi time hari kerja. Time ni aku pun tak ingat dah nape sume kerumun kat situ. Entah bila orang amik gambar pun tak perasan.



Balik tu singgah makan briyani gam kat Kajang. Memasing lapar. Balik tu plan ngan adik n akak aku nak pegi Big Bad Wolf book sale tu. Memang dah dekat sangat dah tempatnya. Time tu baru 2nd day start sale nyer. Tapi lepas makan tu tetiba rasa malas. Ngan tengah panas teriknya lagi. Kesian nak angkut Irfan time panas2 gitu. Takut orang crowded sangat. Lagipun nak tumpangkan mak kat kereta kitorang. Muat je kereta akak lagi sorang but nak kasi mak selesa sikit la kan. So kitorang balik je la terus. Adik n akak aku lagi sorang je yang meneruskan misi. Aku kirim je la kat akak aku tolong belikan buku pape yang sesuai untuk Irfan.


On the way balik tu singgah Tutti Frutti kat Ulu Klang sebab ada orang teringin nak makan yogurt. Bukan aku tau. Aku follow je ;) Tapi tengah panas2 tu memang sedap pekena yogurt. Lagipun tepi jalan je. Singgah je la kejap.


Ni 1st time pegi Tutti Frutti Ulu Klang. Gaya cam baru bukak jugak. Ehhh tapi ni dah lama tau pegi. Before yang kat Setapak tu lagi. Nampak cam tiap2 minggu je aku pegi sebab dah berzaman baru nak update T_T


Ni ole-ole dari Bandung. Tak ada la ole-ole sangat kot sebab ada yang aku kirim kat mak tolong belikan. Tu pun ada yang mak tak dapat cari. Aku pun memang tak ada la nak expect mak belikan sume yang mende yang aku kirim. Mana2 yang sempat je. Risau jugak kalau susahkan dorang.

So untuk aku mak belikan kain baju kurung siap ngan selendang sekali...huhu...Entah bila aku nak berselendang bagai pun aku tak tau la kan. Ada pesan kain baju kebaya jugak tapi mak tak reti nak pilih. Jeans pun pesan tapi cam tak sesuai pulak.

Myo dapat sehelai jeans Burberry ngan baju batik. Baju batik tu memang parent beli banyak2 bagi sorang satu. Tu pun entah bila nak pakai pun tak tau jugak...hehe...Untuk Myo pun aku ada pesan branded t-shirt but mak tak reti nak cari. Lagipun mak cam gerun tengok duit sana. Kan ribu riban. Sebenarnya kalau convert tak la mahal mana. Tapi bunyinya tu yang gerun...Lagipun memang leceh nak convert2 kalau tak biasa...huhuh...sian mak aku...


Irfan dapat 2 helai kemeja yang tak tau brand apa ngan t-shirt ngan seluar Bandung. Memula aku pesan baju branded. Kat sana kan banyak yang murah2. Tapi mak memang tak biasa shopping mende2 gitu. Anaknya ni je yang kaki shopping :P Tak kesah la mak. Tak beli pun tak apa. Lain kali kalau murah rezeki sampai la kitorang kat sana =) Ohhh...yang kecik tu keychain Bandung dapat sorang satu ;)


Ni pulak buku untuk Irfan yang akak aku belikan kat Big Bad Wolf. Jadi la dapat 2 ketul pun. Kalau kitorang pegi sendiri memang berjangkit2 jugak la nanti. Adik aku beli pun sampai 3 or 4 plastik jugak la. Macam dah nak bukak kedai aku tengok....huhu...


Fuhhh...penat nak abiskan entry ni. Panjang berjela ok. Ni pun update sikit2. Lega dapat habiskan entry basi ni. Esok dah weekend! Yahhhuuu....cuti lagi! Enjoy ur weekends =)

4 comments:

asna cute said...

Hehe xnak pki meh bg asna keke.

Rozita said...

Salam kenal. Comei la irfan tu ngan mata bulat dia...

cuna said...

asna: boleh3x. serius ni. meh la dtg umah amik ;)

cuna said...

Rozita: salam kenal sis. thanks sudi singgah blog yg xseberapa ni ;)