23/10/2011 - Sun
Fuhhhh...kembali bersiaran. Dah hari Khamis baru reti nak update blog kan. Cam tak cukup masa pulak. Entry ni pun banyak gambar. So bercinta sikit la nak update. Makin terkumpul la cerita2 basi.
So ni nak cerita kisah 2 minggu lepas. Kat rumah ada buat kenduri. Generally kenduri kesyukuran. Specifically kenduri khatam Quran atok dan 2 orang cucunya. Sabtu pagi dah siap pasang khemah. Theme biru putih lagi =)
Malam baru la ramai datang rumah tolong2 apa yang patut. Tinggal nak siapkan door gifts je. Campak2 masuk dalam paper bag.
Yang dok atas kerusi tu mandur. Kasi order je suruh buat apa...hahaha...
Done. Tak lama sangat nak siapkan since askar2 kecik pun ramai ;) Paperbag tu paperbag time kenduri kawen aku dulu. Tak habis2 sampai sekarang. Siap pakai time kenduri cukur jambul Irfan hari tu pun berlebih lagi. Sambung pakai kenduri kali ni pulak =)
Pepagi Ahad tu tak boleh malas2 bangun lambat. Nak kena susun2 kerusi, kemas2 sikit, susun paper bag, siapkan budak kecik lagi. By the time aku nak siap orang dah penuh kat bawah.
Atok ngan 2 orang cucu dia, Aisyah Izzati n Arif Fahim. Bagus kecik2 dah khatam Quran. Sorang tu darjah 5 n lagi sorang darjah 3. Harap2 Irfan pun ikut jejak langkah dorang nanti. Amin...
Atok dorang special case sebab khatam Quran dengan tok guru dia.
Ni je gambar Irfan yang ada pepagi tu. Sibuk ke hulu ke hilir sampai terlupa nak amik gambar sesama. Kami bertiga pakai baju raya je la. Tu je yang sedondon. Sementara baju Melayu Irfan tu muat lagi kan. Recycle la selagi boleh ;)
Time to eat! Lepas habis majlis, bersantap la pulak. Irfan pun nak bersantap. Bagi susu terus terlelap. Tapi aku tak makan terus jugak sebab banyak kerja nak buat.
Mostly kawan2 mak n ayah yang datang. Jemput jugak anak2 yatim untuk memeriahkan majlis =)
Makanan hari tu pun aku dah ingat2 lupa dah. Nasib ada gambar. Boleh la agak2. Ada sayur campur, sambal ikan bilis petai, ayam goreng rempah, sambal belacan, ulam2. Yang lain2 tu tak dapat dikenalpasti :P
Dan yang paling special of coz la gulai tempoyak ikan patin. Ayah aku orang Temerloh. So memang harus ada la menu ni. Sanggup susah payah pegi Temerloh cari ikan patin. Nak dapatkan yang fresh punya pasal.
Macam operasi apa jer. Sape ntah yang snap gambar. Aku main kutip je dari kamera orang.
Dah tengah hari sikit baru la dapat keluar amik makanan. Konon2 nak makan sesama la ngan Myo. Sekali Myo baru je nak letak pinggan bangun balik nak tapaukan makanan untuk orang. Makan la aku sorang2.
Time nak amik lauk tu buntu je rasa sebab tengok2 sume lauk kering except gulai tempoyak. Aku ni memang bukan peminat tempoyak. Tapi entah camne lepas2 tu gatal2 try makan. Cedok kuah 2 or 3 sudu letak kat nasi. Hurmmm...not bad jugak la rasa dia. Maybe sebab kuah hari tu tak pekat sangat. So still boleh diterima dek tekak =)
Pepagi tak sempat nak amik gambar bertiga. Dah petang 2 orang hero tu dah transform. Memasing dah salin baju. Kepanasan.
Dah habis cerita kenduri. Esok kena korek2 lagi cerita basi apa yang belum update. Tu pun kalau sempat la kan. Ni nak kena sambung buat kerja balik. Curi tulang je kan...hiks!
4 comments:
Huwaaaaaa gulai tempoyak ikan patinnnnnn!!!. Cuna, asna punye fav okeyy! Huwaaa meleleh dah air liur..
asna: lohh...fav asna rupanya. kalo tau awl2 dh pos kat asna. byk giler berlebih hari tu. ntah kua masuk fridge bape kali jgk la nk abiskan...huhu...xpe2 next time kalau ada kenduri buat lg gulai tu ;)
wow robut irfan, stylo laa.huhu aah, lama dah xmkn tepoyak ikan patin. Masa kerja kat jengka dulu selalu jer mkn..
Dnazz: hahaha...rambut dia mmg gitu. yg tepi2 tu xmo tumbuh. nk kena botak lg agaknya baru lebat sket...huhu
Post a Comment