28/10/2011 - Fri
Dah 2 hari aku cuti Isnin ngan Selasa. 3 hari termasuk Ahad la kan. Sabtu kerja. Menghabiskan sisa2 annual leave yang tak boleh di'carry forward' :P Tapi cuti pun aku tak ke memana. Tak ada nak cuti2 Malaysia pun since Myo tak dapat cuti. Elok pulak time2 ni bos dia pun nak cuti. Aku pulak dah apply cuti awal2 since bos dah suruh. Tapi 2 hari cuti pun tak sempat nak curi masa nak update blog. Isnin tu kemas2 almari baju. Pastu keluar gi bank bayar insurans kereta yang dah nak expired next month. Balik sambung mengemas bilik pulak. Malam melayan si kecik. Semalam pun sama sambung mengemas. End up blog lansung tak ber'update' :P
Dah lama sangat dah entry ni. Ujung bulan lepas punya cerita. Punya la bercinta nak update kan. Kami adik beradik buat pre-birthday celebration untuk mak. Birthday mak 29 Oct. Tapi 28 Oct malam tu nak keluar makan2. Kakak aku punya plan. Aku follow je. Actually awal2 memang dah plan nak buat potluck time birthday mak tu. Tapi tetiba datang plan lain. Since akak aku yang plan tempatnya tak lain tak bukan dekat Danau Kota tu jugak la since office dia memang kat situ. So dia suggest makan kat Wadi Al Nile. Restoran Arab.
Ehh...tetiba tukar topik pasal kerja pulak kan. Yang dapat join malam tu 2 orang akak sorang abang n family dorang, adik n of coz mak n ayah.
Dah makan restoran Arab standard la kan makanan dia. Kitorang duduk je. Akak aku yang settle kan part order mengoder nya. Amik terus family set meal senang tak payah susah2 pikir.
Order 2 set dapat la 2 pinggan besar gini. Satu kambing satu ayam. Aku of coz la amik ayam kan. Lepas tu siap tambah lagi sepinggan besar nasi n kambing. Syahdu je tengok sebab time tu lapar lagi tapi dorang tambah kambing T_T
Ada kebab jugak sebagai makanan sampingan. Sedappp. Dessert pun ada. Aku main makan je tak tau apa nama dia. Gambar pun lupa nak snap.
Irfan behave buat beberapa minit yang pertama je....huhuh...Sekarang ni dia memang pantang nampak orang makan pastu tak offer kat dia. Memula tu kuis2 la dessert sket suap kat dia. Pastu bila stop dia berbunyi pulak kan. Terus keluarkan bubur dia yang dah tapau siap2 dari umah.
Since Irfan dah memang kat sebelah papa...papa la suapkan. Lagipun bab2 suap menyuap Irfan memang papa nya rajin ;) Situ je yang muat letak stroller. Letak hujung meja asik nak kena langgar je.
Lepas makan kasi birthday present kat mak. Biasa la tong2 sorang sikit. Kasi handbag lagi. Entah kali ke berapa kasi handbag time birthday :P Bila la aku nak dapat handbag time birthday sendiri T_T
Aktiviti fevret Irfan. Dirikan dia pastu dia nak lompat2. Tambah2 ada orang nak tolong nyanyi2 kat dia. Lagi laju la dia lompat :P
Overall ok la restoran ni. Sedap pun sedap. Puas hati walaupun sebenarnya tak berapa kenyang time tu...hihihi...Nak kenyang2 kena datang sendiri la pulak lepas ni kan ;)
10 comments:
seronok mkn2 dgn family eh..
ala cuna nak hb req jer dekat en. suami.. :)
Elin: mmg seronok. time2 gitu je la dpt kmpl ramai2 sbb msg2 dh ade family sendiri kn =)
dh terbiasa beli hb sndiri la elin. kalo req kang confirm en. suami ckp hb kt umah byk2 tu sape nk pakai :P
hahhahha....
nak buat perhiasan ckp mcm tuh..
husb elin pun pernah kua kan ayt mcm tuh.hhaha teringat lak kata2 dia dulu.
Assalam
waa..makan nasi arab..sy pon nk rekemen nasi arab kat shah alam..tp lupa la nama pe ,,dekat2 unisel sna..sedap..wish hepi besday juga kat mak husna..^^
irfan mamam bubur pe tu?
sy dtg bawa tag juga hehe
http://fawwaznuha.com/2011/11/giveaway-2nd-anniversary-by-mamarayyan/
Elin: hehehe...dh terbiasa beli sndiri brg2 kategori 'kehendak' ni. yg penting kena dpt approval en. suami dulu la blh beli ke x ;)
azy: waalaikumussalam....thks azy. azy peminat nasi arab ek? irfan mamam bubur nasi dia je. mmg hari2 mkn tu je. bubur campur carrot, potato, ayam, kacang buncis, serbuk ikan bilis =)
sy suka mkn suma huu..tp tingin nk bljr masak nsi arab betol2 huu..bagusla cuna busy keje pon boleh prepare homemade food ke irfan..dia dh pndai pe?
Kalau nasi arab saya suka kat SABA, CYBERJAYA. Kalau family dtg mesti bawak pergi situ.. huhu.
price range dia kat sni ok ke?
azy: best jgk kalau pndai msk sendiri kn. xyah g kedai dah ;) blh la. biasa time bz bb sitter irfan je yg buatkn...huhu...dh ajar dia siap2 nk msk camne. ohh..baru je update progress irfan td =)
psl tag tu Insya Allah kalau sempat sy buat ye. cite basi pn byk yg xsempat nk update lg..huhu...pape pun tenkiu coz sudi tag =)
Farah: sy pnh try saba kt setiawangsa je. ok la jgk. hubby pn ckp kat cyber sdp. tp sy xpnh try lg la kn kat situ. jauh sgt...huhu..
aritu kat wadi tu tak tengok pn menu dia. smpai2 terus mkn je. tp kalau cam family set tu cm murah la kn. RM10 dpt sepinggan nasi besar tu ngan 2 jug air =)
Post a Comment