29/10/2011 - Sat
Aritu kitorang ada tengok movie. Last sekali pun pegi time tengok cerita Transformers 3. Kali ni adjust punya adjust akhirnya berjaya jugak tengok Real Steel. Tu pun sebab ada Hugh Jackman. Lambat tengok pun tak kesah la asalkan dapat tengok kan.
Memang tak rugi la tengok movie tu. Best! Movie yang memenuhi citarasa aku la. Ada komedi, action dan yang paling penting ada hero handsome ;) Rasa cam nak tengok lagi sekali je. Pernah je buat dulu. Tengok Death Note sampai dua kali...huhuh...Tapi sejak dah ada anak ni kena la betul2 pilih movie yang best. Tak kan asik nak tinggalkan Irfan je kan. Pegi pun sekali sekala setakat nak release tension ngan kerja hari2. Lepas kerja terus nak jaga Irfan. Myo balik pun dah malam. Time ni je la nak spend masa together2 kan ;)
Abis je tengok movie kitorang tak merewang ke mana dah. Terus balik rumah tengok anak bujang. Nasib baik dia tido je. So tak ada la rasa bersalah sangat kan sebab tinggalkan dia :P
Ni ada voucher buy 1 free 1 tiket movie lagi. Nak je ajak Myo pegi tengok movie yang sama lagi. Tapi jenuh pikir bila la ada time free nya. Sabtu memang out sebab dah kena kerja. Ahad berderet ada kenduri sampai awal bulan depan. Voucher pulak expired hujung bulan ni....Haihhh...
p/s: Lepas ni nak tengok Twilight Breaking Dawn, The Avengers, Ghost Rider 2 pulak. Ha amik susun siap2. Berangan je dulu. Entah dapat tengok ke tak T_T
p/s: Hari ni my off day sebab kerja hari Sabtu hari tu. Dah namanya pun week day maka dok rumah je la kan cuti2 pun. Weekend ni kena kerja lagi. Tak boleh nak jalan2. Sedih =(
No comments:
Post a Comment