nuffnang

Friday, November 11, 2011

Raya Haji yang Sempurna

06/11/2011 - Sun

Waaahhhh...bz nyerrr di hari Jumaat. Nak update blog pun susah. Tapi tak kira. Nak update jugak sebab date hari ni cantek kan. 11.11.11. Ni kalau nikah hari ni memang best. Even pagi tadi kat Hot FM pun pasang lagu selamat pengantin baru kan. Kalau date cantik gitu pun tak boleh nak ingat anniversary memang nak kena ketuk la kan...hihihi...


Nak update cerita Raya Haji hari tu. Sangat seronok ok sebab raya belah aku dulu. Berbunga2 je hati....hehe...Ingat lagi Raya Haji last year kena kerja. Dah la time tu tengah preggy. Ngan almost hari2 berjaga sampai 4 5 pagi nak siapkan kerja. Agaknya sebab tu la kot Irfan pun jenis jaga malam. Dah praktis since dalam perut lagi T_T

Raya Haji kali ni beraya sakan. Tak payah pikir pasal kerja lansung! Memang marvellous! Tapi tu kejap je la kan. Lepas ni even weekend or public holiday pun nak kena kerja. On call la bagai. Bukan jadi doktor pun kan nak on call2 pulak....haihhhh...nasib badan...Dapat projek giler T_T


Kali ni tak lupa amik gambar family. Before makan n before Irfan ngantuk amik gambar siap2. Kalau tak kang mula la nak nyesal tak tentu pasal kan :P


Akhirnya pakai jugak baju hantaran kawen kitorang hari tu. Lama peram. Dekat 2 tahun dah. Tu pun dah buat siap2 time Raya Puasa hari tu tapi tak pakai. Sebab bajuku itu baju kurung moden. Raya kat rumah sendiri berani la pakai. Senang nak cari port nyusu ;) Kalau ikutkan Raya Haji recycle baju lama2 je. Kebetulan ada baju extra tak pakai lagi kan. Baju Irfan pun beli before Raya Puasa aritu tapi tak pakai2 sampai ke sudah. Terus buat baju Raya Haji ;)



Budak kecik yang hari2 aku rasa nak gigit. Last2 dia yang gigit aku dulu...hahaha...


Layankan je la gambar Pak Lebai ni. Papa dia tengah rajin nak snap gambar...



Ngan cousin Irfan, Kak Ameera Najeehah.



Time ni Irfan dah resah gelisah dah sebab ngantuk. Kak Meera je maintain senyuman ayu dia =)


Ni la kerja Irfan kalau orang pegang dia. Memang tak senang hati dok lelama. Nak menggelongsor turun. Bila orang dirikan lompat tak mau berenti sampai naik lenguh jugak la tangan. Tapi tak kesah la. Yang penting dia happy =)




Gambar kitorang je la yang ada. Sebab petang baru sume adik beradik datang. Time tu baru meriah. Gambar makanan malas nak snap. Makan lagi penting...huhu...Standard ada nasi tomato, bihun sup, rendang, ketupat.



Pak Lebai suda tido. Orang bising pun tak ada effect. Lepas Zohor kitorang siap2 nak beraya kat SA pulak. Petang aku transform pakai baju kurung lama je. Entah tahun bila punya ntah. Kami beraya ke rumah makcik belah Myo ngan rumah PIL. Makan spagetti, lasagna, salad dan segala2 yang western la. Gitu la rumah family dekat2. Terkejar2. Dua2 belah kena pegi...Balik penat lembik sume ada.


Gitu la lebih kurang Raya Haji aritu. Kira sempurna jugak la sebab boleh beraya ngan hati yang lapang. Ngan ada Irfan Naufal penceria suasana. Dapat kumpul ramai2. Dah cukup sempurna dah untuk aku =)

2 comments:

Bardboo said...

comelnya irfan.. =)
nnt raya saya nak pakai baju nikah plak la..hehe..

cuna said...

Bardboo: thks dear =) u dh ada baby jgk ke? meh la share2 link...ok jgk tu. time raya la nak melaram pakai blk baju nikah kan. kang membzr pulak tak pakai buat mhl2 ;)