Baru ada masa nak update blog minggu ni. Semalam buat kerja sampai sesak nafas rasanya...huhuhu...Dah kembali bersiaran ni kena la korek2 update cerita basi dulu. Seminggu lepas celebrate birthday mak celebrate birthday Meor pulak. Kebetulan birthday dia sama ngan anak sedara. Actually abang yang sulung pun sama birthday 5 Nov jugak but dia tak join.
Peserta2 yang menunggu dengan penuh sabar. Tu pun ada sorang yang tak sempat nak tunggu dah siap tebuk kek tu dulu...huhuhu...
Anak sedara dah umur 4 tahun kot. Lupa dah. Dah ramai sangat anak sedara kan. Gitu la T_T So combine sekali ngan Myo main bubuh je la lilin tu kan. Kek pulak akak aku yang belikan. Aku hulur duit je share2. Entah kek apa aku pun dah lupa. Tak makan pun. Minat choc indulgence je...hehehe...
Myo yang rajin melayan budak2 ni.
Tak sempat nyanyi lagu birthday pun tau2 dah potong kek. Tak kesah la kan. Time ni 1st time kasi Irfan rasa kek. Dia pun dah besar kan. Tapi tu la. Irfan kalau bagi rasa sikit lepas tu confirm nak lagi dan lagi. Tak kasi kang nangis. Last2 kena kasi bubur dia jugak...huhu...
Kalau nak wish lagi pun memang dah sangat basi cerita ni kan. Esok dah nak masuk Disember dah pun. Susah betul nak curi masa update blog sekarang ni. Makin lama makin berkurang entry dalam sebulan T_T
p/s: Esok 1st Dec ada clearance sale H2o & Yves Rocher kat area ofis. Tak sabar nak rembat shower gel dan pape yang seangkatan dengannya ;) To my partner in crime, Kak Ezah, jangan lupa ye temujanji kita :P
No comments:
Post a Comment