nuffnang

Friday, December 2, 2011

Hasil Rembatan Yves Rocher & H2O

01/12/2011 - Thurs

Baru kembali bernafas dengan tenang hari ni. Terlepas nak up entry 1 Disember. Semalam masing2 update pasal bulan Disember kan. Kelmarin kan aku cakap nak pegi clearance sale Yves Rocher ngan H2O tu. Sale tu semalam. Gigih pegi jugak ofis even badan rasa tak sihat. Kalau ikutkan hati nak je work from home. Asik rasa seram sejuk on and off dah 2 hari. Even time shopping pun kepala rasa berat and kaki pun dah start rasa sejuk2. Last2 time lunch jugak balik rumah sebab tak tahan dah nak stay sampai petang ngan air cond kat ofis tu.


Turun2 dah dekat pukul 12 dah pun. Sale start pukul 10. For real shoppaholic memang biasa before start sale dah terpacak kot tunggu. Tapi aku sanggup tak turun awal semata2 nak tunggu my partner in crime, Kak Ezah yang pukul 11 lebih baru sampai...hehe....Tak best kot shopping sorang2. Tak ada feel lansung.

Dah nama pun turun lambat, barang yang betul2 best of coz la kena sapu especially barang H2O. Awal2 dah aim tapi sale kali ni memang tak banyak choice compared to sale last2 year, 2009. Time tu H2O buat sale kat Bargain Corners kat OU. Time tu macam2 ado. Tak sempat nak update pasal tu kat blog time tu.

H2O kalau korang biasa tawaf kat shopping complex mana2 boleh nampak kot. Aku tak pernah pun masuk outlet or singgah counter dia but selalu je cuci2 mata dari luar. Kata window shopping kan. So bila dah ada sale tu laju je la. Lagipun dah pernah try shower gel, body lotion n make up remover H2O. Memang best!

Barang2 Yves Rocher je yang meriah semalam. Macam2 ado sampaikan aku tak reti nak pilih. Gelap mata terus...hahaha...Yves Rocher ni kalau orang tak biasa dengar mesti ingat entah brand mana2 je. Tapi hari tu time pegi OU sempat tinjau2 outlet Yves Rocher ni. Dari luar jugak. Cam ala L'occitane la kot. French product jugak. Tapi range product dia cam ala2 Body Shop gitu. Ada segala tok nenek mekap, skincare, bodycare, perfumes. Perfumes banyak giler. Kalau aku sihat maunya aku test satu2. Tapi kepala pun dah ting tong bau satu dua dah tak lalu.


Hasil rembatan orang demam...Cuba bayangkan hasil rembatan kalau orang tu sihat :P Sebab harganya yang ter'over' murah terus jadi geram. Kalau tengok cam tak ada pape sangat. Tapi bila tengok normal price dia memang rasa cam rugi je kalau tak beli ;)

Foaming Gel - RM 37.50 (RM 8)
Duo Blush - RM 69.90 (RM 10)
Foundation - RM 65 (RM 15)
Lip Gloss + Lip Liner - RM 45 (RM 9)
Mascara - RM 34 (RM 8)
Pencil Eye Liner - RM 16.50 (RM 3.30)
Liquid Eye Liner - RM 30 (RM 6)

Harga yang aku bayar adalah harga yang dalam bracket tu. Harga after less. So camne la tangan ni tak gatal kan. Total damage tak sampai RM 100 pun untuk Yves Rocher. Sekali balik2 baru perasan mascara yang aku amik tu color biru??? Huwwaaa....tak pernah sepanjang hayat ni terpikir nak pakai mascara color bitu kot. Tahun bilanya nak pakai. Nak pegi mana pakai mascara biru? Nasib baik murah. Murah2 pun still duit kan? Kena la pakai jugak bila2 T_T

Lepas tu tengok2 lagi tersalah amik foundation. Nak beli satu je. Entah camne lagi satu tu tetiba ada sekali. Jenuh nak abiskan dua2 T_T Tu la gayanya shopping time demam. Kepala dok ingat nak balik je. Tak koser dah nak cek2.


Hasil rembatan H2O ini saje. Sekali amik sampai 2. Memang flavour ni je yang ada. Dalam kepala dah set nak beli yang lain. Tapi dah ada 1 jenis ni amik je la. RM 15 je satu from RM 59.


Duo blusher ni geram sebab ada cermin ngan brush sekali. Yang penting RM 10 saje ;) Senang nak campak dalam handbag. Yang ada kat rumah besar gabak. Yang kecik pun tak ada brush ngan cermin sekali.


The blue eye shadow is mine. Tak ada dalam tangan lagi. Dah balik tetiba teringat nak eye shadow pulak. Nasib baik sempat kirim kat Kak Ezah yang time tu ada kat ofis lagi. Sekali time tolong belikan tu Kak Ezah sambung beli lagi. 2nd trip siap tambah lipstick, eye shadow, lip gloss, foot mask n foot scrub. Saya jeles!


So itu adalah terapi untuk minggu ni ye. Terapi bekerja keras sejak dua menjak ni. Tambah2 minggu ni. Baru kena backup kerja team lead yang bercuti 3 hari rasa cam 3 tahun. Tu la agaknya terus tak sihat kot. Memang patut la team lead dapat gaji berkepuk2. Cam aku ni gaji ala2 kadar je la. Tapi alhamdulillah...dapat jugak kekadang tu spend kat mende2 yang aku minat =)

2 comments:

dEe said...

puan chun. aku igt ko dah stop soping kt warehouse sale..

cuna said...

dee: hehehe...mana blh stop la dee. just tak aktif cam dulu la kot. ni pn g sbb mmg sale tu dah kat area ofis ;)