nuffnang

Friday, December 30, 2011

Breaking Dawn + Makan2 @ Platinum Walk

17/12/2011- Sat

Akhirnya 2 minggu yang lepas berjaya jugak tengok Breaking Dawn before pegi Cherating. Pakai complimentary pass yang Nuffnang kasi. Dah lama dah Meor amik kat ofis Nuffnang tapi baru ni dapat pakai. Dapat pun sebab birthday Meor November hari tu. 1st time ni dapat. Cam pernah dapat je before ni tapi tak rajin nak pegi amik :P Birthday aku tak merasa la since blog ni pun pakai account Meor...huhu...Dulu kan kitorang share blog. Sekali ada manusia2 yang busuk hati perut segala kena la tutup blog itu. So sekarang dah tak share tapi still pakai account Meor. Ehhh...tetiba masuk cerita lain.

Kitorang sampai pun dah lambat dalam 15 minit gitu kot. Sebabnya kua memang ngam2 lepas tu jem pulak sana sini. Ok la cerita tu. Tak sabar nak tunggu Part 2 pulak. Balik tu singgah Pizza Hut tapau Ultimate Cheesy Bites 7. Tetiba teringin nak makan pulak.

2 pass dah pakai. Tinggal lagi 2. Maybe nak pakai tengok Mission Impossible weekend ni. Tu pun nak kena tengok keadaan jugak la. Kalau tak ada orang nak jaga Irfan tak ke mana jugak. Maid kitorang dah nak balik Indon. Iye aku hire maid. Masuk ni dah 3 kali tukar maid sejak Irfan lahir. Share ngan lagi 2 orang akak aku. Malas nak cerita pasal maid2 nih. Meroyan dibuatnya. 3 hari 3 malam cerita pun tak abis kot T_T


Malam keluar makan pulak ramai2 ngan family. Mak teringin nak makan char kuay teow kat Mali's Corner malam tu. Kebetulan 2 orang abang aku n family dorang datang rumah. So join sekali.

Sekali sampai2 Mali's Corner, orang queue panjang tak hengat. Memanjang ramai orang kat situ. Terus cancel makan situ. Toleh2 tengok kedai Sate Hj Samuri tu lengang je. Alang2 dah sampai masuk je la.


Sate tu sate jugak tapi nasi pun kena ada. Cam tak kenyang je makan sate semata. Kang balik mula la aku lapar. Order nasi goreng cili api....memang pedas berapi...Nasib Meor tolong habiskan. Aku makan Mee Bandung licin licau.


Anak bujang? Kitorang suapkan nasi himpit campur sup. Kemain laju dia makan. Lambat sket suap memang silap la T_T


Irfan n Papa...


Irfan n Mama...


Ni kes malas nak upadate. Pendek je entry hari ni. Entry last tahun 2011. Cerita Cherating update tahun depan la nampaknya...huhu...See you next year...Happy New Year uols!

4 comments:

asna cute said...

Selamat tahun baru cuna!

dEe said...

aku xde dpt pon nuffnang tu..

cuna said...

asna: tenkiu asna! selamat thn baru juge =)

cuna said...

dee: nuffnang tu pick randomly kot. cm meor pn xdpt tiap2 thn