nuffnang

Monday, December 5, 2011

Lowyat Outing

07/11/2011 - Mon

Weekend hari tu best giler. Setelah sekian lama akhirnya dapat menikmati weekend yang sebenar....huhuh...Cam over pulak kan. Weekends 2 hari pun tak cukup, inikan sehari je since every Sat kena kerja. Memang tak rasa apa. Tau2 dah kena kerja balik. Tapi start weekend hari tu dah tak payah kerja weekend. Yayyy! Tak tau la sampai bila kan. Harap2 pasni memang tak payah terus la.

Tapi entry ni bukan nak cerita pasal weekend yang happening giler tu. Ni cerita keluar pegi celebrate besday Myo yang jatuh sehari before raya haji hari tu. Malamnya sempat beli kek je. Esoknya dah sibuk raya. So since Isnin tu cuti kitorang pun keluar la ke Time Square cari tempat makan. Tu pun sebab lepas tu plan nak ke Lowyat. Kitorang makan kat Kenny Rogers aje. Tu pun lagi sebab nak pakai kupon JJ yang dah nak expired 30 November tu. Sekali bila dah duduk elok kat Kenny Rogers korek2 handbag rupa2nya kupon tertinggal dalam kereta yang time tu park jauh giler dari situ...huhuh...Sudahnya tak pakai pun kupon tu.


Irfan dok diam beberapa minit pertama je. Lepas tu merengek je. Maybe sebab ngantuk. Awal2 tak dok diam bila tengok kitorang makan. So sua2 la sikit mashed potato. Sekali bila dah kasi tak boleh stop. Tak kasi ngamuk. Terus la bawak keluar bubur nasi dia.


Last2 makan bubur pun tak habis. Ngamuk jugak lagi. Sudahnya mama kena tinggal makan sorang2 since papa dia kena bawak dia round2. Aku habis makan shift pulak ngan Myo bawak Irfan round2. Gitu la kekdahnya dah ada anak ni kan.



Pegi Time Square setakat nak makan je. Ni 1st time bawak Irfan datang sini. Abis dah kot sume shopping complex kitorang bawak Irfan jalan2. Sunway Pyramid, Mid Valley, One Utama, The Curve, Ikano, Wangsa Walk, The Mines. Yang biasa kitorang pegi je la. KLCC je kot tak sampai lagi time ni. Tapi time aku update entry ni kami bertiga dah sampai KLCC. Akhirnya :P


Habis makan je terus ke Lowyat parking kat situ pulak. Biasa la. Kena la layan besday boy nak cuci mata pulak kan. Memang betul2 cuci mata la. Aku ikut je. Actually Myo nak cari barang tapi tak jumpa. End up balik tangan kosong je.


Kesian budak kecik ni ngantuk. Susah betul dia nak tido kalau tengah jalan2. Mesti nak tahan ngantuk tengok kiri kanan.


So itu je la celebration ari tu. Balik pun dah petang.


Nak celebrate anniversary ke birthday ke pegi makan2 je la kitorang. Tak ada nak buat surprise2 bagai. Gamerz kan hati kering. So bini gamerz pun nak tak nak kena hati kering jugak la kan ;)

No comments: