nuffnang

Thursday, December 22, 2011

Happy 10th Months Old Irfan Naufal!

Tengah mode cuti lagi ni. 1 minggu ni cuti. Next week pun keje half day je then terus sambung cuti lagi sampai tahun depan. Menghabiskan saki baki annual leave yang tak boleh carry forward. Dari kena burn gitu je baik amik kan. Baru balik cuti2 Malaysia kat Cherating hari Selasa hari tu. Nampaknya cuti lepas ni bersantai kat rumah je la since cuti Meor dah habis T_T Cerita pasal kat Cherating forward ke next week la nampak gayanya. Makin berlonggok dah cerita basi ni. Hari ni 22-12-2011 birthday Irfan 10 bulan. So hold dulu la cerita lain tu kan.


Happy 10th months old ye Irfan. Lagi 2 bulan je nak setahun ni. Dah besar dah anak mama. Progress Irfan so far:

- Dah abis tawaf ber'commando' satu rumah. Ada sekali tu bangun2 tengok dia dok sibuk kemas2 almari...huhu
- Suka angkat2 punggung tapi bila nak gerak ke depan start commando balik...huhu...
- Pantang nampak orang bukak pintu...Dia yang laju sampai kat pintu dulu. Bila tutup pintu siap ngamuk pulak tu
- Lepas sebulan makan bubur tak lenyek, sekarang Irfan dah makan nasi lembik je. Campur ngan sup+carrot+potato
- Gigi dah 6 batang. Makin sedap la menggigit. Kalau dapat tangan sesape untuk digigit puas la hati dia
- Dah start kasi makan biskut Farley's Rusk ngan Baby Bites...maklum la orang dah ada gigi 6 batang la kata kan ;)
- Dalam kereta dah tak boleh dok diam kecuali time dah penat sangat. Kalau dapat dok diam 5 minit bukan Irfan Naufal la tu...huhu...
- Dah pandai sepak2 bola kalau orang diri kan dia
- Suka tengok diri sendiri kat cermin lepas tu gelak2. Kekadang tu tengah2 nangis letak je depan cermin boleh stop nangis jap senyum2 dulu...hehe...
- Baru letak kat baby chair kalau makan kat luar. Kalau tak kitorang letak dalam stroller or pegang je
- Suka gesel2 kan gigi dia. Kalau larang nanti mula la dia buat muka comel dia tu...haihhh...gerammm!
- Dah start panjat2 tangga
- Dah pandai bangun and duduk sendiri. Tapi tak sampai beberapa minit dah tumbang balik :P
- Tak suka dah orang pakai kan topi. Kalau pakaikan laju je tangan dia capai topi tu cabut. Mama baru plan nak belikan topi baru tau...huhu...

Tu je yang dapat difikirkan sekarang. Irfan belum start merangkak lagi. Boleh jalan bila pun tak tau la kan. Just wait and see. Sekarang ni pun tak larat nak kejar dah kot. Baru letak kat tilam tak sampai berapa saat dah sampai kat ceruk mana T_T Tak kesah la cepat ke lambat ke asalkan dia sihat aku dah cukup lega. Hopefully Irfan akan terus membesar sebagai anak yang soleh, bijak dan segala2nya lah yang baik2 belaka =)

2 comments:

asna cute said...

Tarikh 22 kita sama la irfan hehe. Relax cuna bru 10 bulan nanti dh pandai jalan haaaa dah xnak berdukung dh. Nak jalan sendiri jerrr hehe

cuna said...

Asna: hahaha...baru je g komen kt blog asna td. tgk2 asna ada drop komen ni. iye sama ok besday 10 bln irfan ngn asna. tu sbnrnya motif nk drop komen kt blog asna. skali ckp mende lain lupa psl tu...huhu..lps ni irfan dh pndai bjalan kena main kejar2 pulak la nmpknya =)