nuffnang

Thursday, December 8, 2011

Terapi Untuk Diri Sendiri

28/11/2011 - Mon

Korang jangan terkejut bila bukak2 je blog aku kali ni tetiba ada muka kami berdua. Biasa intro mesti nak letak gambar Irfan. Tapi kali ni kami keluar berdua je. Tinggal Irfan kejap kat rumah. Rasa cam dah lama je tak ber'dating' berdua. Kami ke Curve. Nak cari wallet aku. Dah lama dok berangan nak tukar wallet. Kebetulan minggu sebelumnya time lunch hour ronda2 The Curve nampak MJ ada sales. Tu yang laju je ajak Myo ke situ.

Kebetulan jugak hari tu cuti Awal Muharram. Supposedly aku kena kerja but keje tak banyak time tu. So sempat lagi la nak keluar.


Niat di hati nak beli wallet yang kecik sikit dari sekarang and kalau boleh nak color other than black. Kalau boleh blue of coz ;) But end up lansung melencong.

Dah dapat wallet singgah butik Guess. Saje singgah dah tengok orang penuh kedai. So nak jugak la sibuk2 kan. Belek2 jam. Ada 50% less. Geram! Tapi tak beli pape pun. Nama pun cuci mata. Lepas Guess pegi Charles n Keith pulak. Tengah sale jugak tu. 1st time kot masuk kedai tu. Cuci mata jugak. Try kasut sana sini. Belek2 handbag. Syokkk...Ni baru la window shopping yang sebenar. Myo pun layankan je la bini nya kan.

Dah habis cuci mata nak pegi kedai gunting rambut kat IKEA. Sekali time nak pegi tu lalu Loccitane la pulak kan. Meriahnya la kedai tu. Penuh giler ngan boxes. Memang memanggil2 soh aku singgah. Terus singgah since Myo pun dah kasi green light...hehe...Belek punya belek last2 tersangkut jugak...huhu...

Kua Loccitane terus pegi kedai gunting rambut. Melangut kejap then pegi Cineleisure teman Myo tengok Gundam dia pulak. Belek2 jap terus ke Tesco cari barang dapur sikit. Sedar2 dah petang. Makan pun tak terus je balik. Dok teringat2 anak kat umah. Tak sanggup kot tinggal dia lelama sangat.


Ni la wallet baru ku. Ada dalam box la tapinya. Biasa2 aje. Wallet yang aku beli ni lagi besar kot dari yang sekarang. Tapi lagi nipis la kot. And still black! Tu je yang ada less 50%. Nak cantik2 no less la kan. Rembat je la. Setelah sekian lama nak beli wallet baru ni la dapat. Pakai duit sendiri je. Tak mintak duit sesape =)


Updated. Ada orang gelakkan aku sebab tayang box je. Wallet dok dalam box. Baik tak payah tayang....hahaha...Sabo je la. So gambar ni aku tepek special untuk orang itu :P Dan sebagai kenang-kenangan di hari tua ;)


Hasil rembatan kat Loccitane. Shower Gel gift set. Gift untuk diri sendiri je la nampaknya. Tu pun beli travel size aje. Normal size tersangat la mahalnya. Beli pun sebab last year dah pernah beli n try shampoo, conditioner ngan foot cream dia. Best!


So nak try shower gel pulak. Lagipun aku ni bukan jenis yang suka ke spa. So buat la sendiri pape yang termampu. Pakai duit sendiri jugak ye...huhu...Kang tak explain mula la si stalker nak putar belit cerita then start merepot pulak kan T_T


Ni yang payah ni kalau aku update. Sekali update mesti nak taip panjang berjela. Orang pun malas nak baca...huhu...Hujung2 tahun ni banyak betul sale. Sale sana sale sini. Jenuh nak bertahan sampai hujung bulan :P

6 comments:

Munnafendy said...

alahai ada yg kaki merepot ke? hehe

sy pernah pakai shower gel loccitane tu..memang best! wangi btul

♥ Elin ♥ said...

sekali sekala mmg patut belanjakan diri sendirikan...yer lah penat bekerja..jd kena lah dapat habuan kannn:)

cuna said...

MunnaFendy: huhu...iye ade. maklum la bkn sume org suka kita kn. kdg2 ade yg suka amik kesempatang.

best ke? product loccitane sume wangi2 kan. suke2 =)

cuna said...

Elin: kdg2 jd berkali2 jgk elin...hehe...asal stress je rasa nk soping. keje pn makin lama mkin stress. kopak la gini...huhuh..

dEe said...

mmg byk sale! klo tak pikir pjg, memang dah beli sume dah. haih..

cuna said...

Dee: byk sgt kan smpai kekdg tak smpt dh nk pikir...haha...rambang mataku ;)