nuffnang

Thursday, January 5, 2012

Holiday Villa @ Cherating

18/12/2011 - Sun

Salam Tahun Baru 2012! Hari ni 3rd working day for 2012 tapi baru reti nak update :P Entry khas untuk tahun baru pun tak ada. Meor pun siap tanya hari tu tak nak buat entry new year ke. Tangguh2 terus tak buat. Tengok kat blog memasing memang buat entry tahun baru...huhu...

Lepas 2 minggu cuti bergedik santai kat rumah lepas tu nak start keje balik memang terasa aura malas tu datang. Gitu la cuti lelama2. Rasa cam menganggur pun ada. So sekarang ni dah kembali ke alam realiti. Baru nak update kisah cuti2 Mesia kitorang hari tu. Pegi Cherating aje. Tu pun dah plan and book hotel dalam 3 minggu before tu.

Dalam kerete Irfan sangat tak boleh duduk diam. Dulu kalau kereta bergerak senang je dia tido sendiri. Sekarang dah susah. Letak dalam car seat pun kekadang dah tak jalan.


Kitorang stay kat Holiday Villa Beach Resort & Spa 3 hari 2 malam. Tapi time keluar rumah pun dah lepas Zohor. Campur benti2 lagi. Dekat 4 jam lebih jugak baru sampai. Time tu dah pukul 6 lebih. Sampai2 terus check in.


Tenang je rasa time sampai tu tengok pemandangan kat situ. Ngan baru lepas hujannya. Teringat2 pulak suasana tu.


Lebih kurang gini la resortnya. Tapi kitorang parking depan tu je. Bilik kitorang side dalam. Nak kena menapak jugak la ke sana. Siap kena panjat tangga. Yang tu je yang tak best :P


Bilik pun ok je. Luas la jugak. Setakat nak tido 2 malam 3 beranak memang ok sangat dah. 1 malam sewa kat situ RM 250. Kira bilik standard la ni. Tapi Meor book online dapat la RM 150 1 malam. Kalau walk in memang nak tak nak bayar RM 250 je la.


Cukup luas dah untuk Irfan meng'explore'. Letak je atas katil terus nak terjun. Cam biasa tempat yang paling nak pegi of coz la ke toilet. Last sekali stay kat hotel pun time Irfan 4 bulan kat PD. Time tu camne kitorang letak camtu la dia. Statik je. Setakat golek2 je. Sekarang memang dah tak dok diam. Memang sentiasa kena standby.


Agak2 tak larat nak ngekor Irfan amik je pegang. Tapi memang tak lama sebab lepas tu meronta2 nak turun. Habis sume ceruk dia nak explore.


Boleh dok atas katil beberapa minit je kot. Pastu dia cari jalan nak merayap turun...huhuhu..


Cubaan mama nak bergambar ngan Irfan. Nak tunggu dia pandang kamera pun bercinta. Mata meliliau excited tengok banyak tempat nak jelajah.


Lepas dah aim nak jelajah kat mana mula la start lompat2. Nak pegi situ! Nak pegi situ!


Still tak nak pandang kamera...


Last2 terus nak terjun bawah. Lupakan je la hasrat nak bergambar ngan anak bujang sorang ni...huhu...Biasanya memang camtu. Memang nak kena snap banyak2 kali kalau ngan Irfan.


Kat luar ada la balcony. Tapi tak berapa strategik. Nampak la swimming pool sipi2 sebab kitorang dapat bilik hujung.


Irfan suka la kalau bawak dia kua kat balcony. Tengah2 nangis pun terus diam.


Since kitorang sampai pun dah nak Maghrib, so lepak2 je la kat bilik tak pegi memana. Pas Maghrib baru keluar cari makan. Susah jugak nak pilih nak makan kedai mana sebab banyak sangat kedai makan. Pastu sume tak ramai orang lagi sebab kitorang keluar awal. Kalau tak tengok je kedai mana yang ramai kedai tu la yang sedap kan ;)

Irfan memang tak senang duduk time kat kedai makan sebab dah mengantuk. Time ni 2nd time letak dia kat baby chair. 1st time masa kat stop kat RNR on the way nak pegi tu. Lupa nak amik gambar. Disebabkan Irfan tido lepas tu makan pun kena la take turn. Gilir2 pangku dia. Tak ada stroller gitu la kekdahnya. Nak bawak stroller je pun dah penuh bonet.


Malam tu kitorang order nasi ngan lauk pauk je. Cam rugi datang tempat2 gini tapi tak makan seafood kan. Nak order pun tak boleh meriah2 sangat sebab nak makan pun berdua je. Order tom yam, kailan ikan masin, udang goreng tepung ngan ikan pari bakar.


Tom yam putih...Sedappp....Yang geramnya nasi dalam pinggan dah nak abis baru la ikan bakarnya sampai. Padahal kitorang dah sampai awal and still tak ramai orang time tu. Toleh2 orang lambat sampai pun dah sedap makan ikan bakar. Boleh pulak dia lupa kan. Hangin jugak la. Terpaksa tambah nasi lagi sepinggan...hahaha alasannn! Padahal memang tengah lapar giler.


Tu kisah 1st day kat Cherating. Sempat keluar makan je malam tu. Balik makan melepak kat bilik je. Next entry sambung 2nd day pulak. Tak sempat esok postpone next week je la nampaknya ;)

4 comments:

Shu @ Mrs. Hamid said...

wah.. seronok dapatnye dapat gi cuti2. takkan tu je kot, baru cerita 1 malam. citer la lagi. hihihi

cuna said...

Shu: hahaha...blh la setakat cuti2 dlm mesia ni je. cite 1 mlm pn dh berjela shu. kang pnjg2 sgt org mls nk baca pulak T_T

Hasnah said...

Asna rasa nk g melaka la tp xtau la bile hehe

cuna said...

asna: xpe. plan dulu awal2 asna. aritu melaka masuk jgk dlm list ktorang. last2 pegi cherating jgk sbb xpnh sampai lg =)