nuffnang

Friday, January 20, 2012

Opsss...I Did It Again!

02/01/2012 - Mon

Since lepas tahun baru Isnin tu cuti lagi maka panjang la langkah kitorang hari tu. Of coz la aku yang beria nak keluar kan. Meor dok rumah seminggu pun tak kesah kot...huhu...Kitorang pegi OU. Ada misi yang perlu dilaksanakan...huhh! Misi la sangat kan.

Kitorang ke kaunter F.O.X Cosmetic. Memang dah plan nak beli something kat situ setelah berpikir panjang. Ditambah pulak ngan morale support dari Meor. Makin berkobar2 la jadinya nak beli tu :P

Keluar Parkson round2 kejap cari barang2 sket then balik sebab Irfan sampai tertido2 dalam carrier. Before balik singgah dulu Tutti Frutti. Tak tahan sebab ada blueberry flavour ;)


See...Irfan tido ngan sedapnya. Sempat kitorang abiskan yogurt tu. Kalau tidak memang sangat susah dia nak tido time jalan2. Tetap akan tahan walau mengantuk camne pun. Tetiba hari tu je cam ajaib sket...hehehe...


Tapi on the way pegi parking dia terjaga balik. Memang sensitip tau ini budak. Tak boleh gerak or bising sikit memang tak lena la tido dia.


Kalau pegi OU ni rajin je nak menyinggah ke myNews sebab kalau nak bayar parking memang akan lalu situ. Biasa kalau tak lalu aku tak cari. Tapi kalau lalu mesti nak singgah belek2 magazine apa yang menarik. Bacanya tak tentu bila lagi :P


Kitorang sampai umah dah petang. Lepas tu kelam kabut siapkan apa yang patut sebab nak pegi LCCT. Iye...Hari tu last day maid yang jaga Irfan tu kat Mesia. Memang nak kena anta balik Indon jugak since tak lepas pemutihan tu. Umur dah over limit.


2nd time aku sampai LCCT. Memula ingat tak nak pegi dah since mak n ayah cakap biar dorang je hantarkan. Tapi memikirkan maid tu la yang dok jaga Irfan hari2 time kitorang kerja cam tak sampai hati pulak kalau tak join hantar sekali.


Ni la bibik yang dok jaga Irfan hari2 since Irfan 7 bulan kot. Sekarang Irfan dah nak masuk 11 bulan. Tapi ni la maid yang palik lama jaga Irfan. Ni yang ke 4 ok since Irfan lahir. Yang lain macam2 hal. Pening kepala pikir. Stress giler! Tu yang malas nak cerita bab2 maid kat blog ni. Buat meroyan je nanti...huhu...

Nasib baik la Irfan ok je even bibik tu dah tak ada. Tak ada la nak merengek ke apa. Just sehari dua tu nampak la dia cam tercari2. Then lepas2 tu ok aje. Bibik tu pun dok sedih nak balik. Sayang sangat kat Irfan. Nak keje tapi tak cukup syarat. Nak tak nak kena la balik kan. Since sekarang still tak dapat replacement. Banyak duit yang dilebur begitu saje. Susah nak amik maid ni. I have my own reason nape kena pakai maid jugak.


Balik tu kitorang singgah Tupai2 Shah Alam. Giler lapar time kat LCCT tu. Sampai kan on the way nak pegi Tupai2 tu kitorang belasah makan keropok beras Irfan tu. Kalau tak lansung tak heran. Melampau punya lapar :P

Ingat nak makan steamboat tapi ada bawak orang lain. Malas aku nak blanje kang nak malu2 bagai. Rugi amik buffet kalau nak malu2...huhu...So makan ala carte je. Boleh tahan mahal la ala carte pun. Tom yam campur untuk sorang makan pun dah RM 15. Cam over je kan? Tapi pejam mata je la bayar. Sekali sekala blanje family makan luar.


Ni adalah hasil rembatan kat kaunter F.O.X...


Ada blusher, eye shadow cream, eye shadow palette ngan lipstik. Lipstik tu free aje. Awal2 tahun dah buat spoil beli mekap kan. Kalau korang pernah baca previous entry aku, palette tu is one of my wishlist. Finally dapat jugak sebijik. Tu pun berzaman dok pikir nak beli ke tak. So tak nyesal la kot beli ni. Lepas ni nak berazam nak stop beli mekap la. Tapi sampai bulan 6 je. Bulih pecaya ke?...hahaha....Nak buat savings lebih sikit tahun ni. Caiyok2!

Maybe ada orang akan pikir...Cuna ni asik beli mekap je pakai ke tak? huhu....Nak abiskan dalam sebulan tu memang mustahil la kan. Memang akan pakai punya la. Cepat atau lambat je ;) Lagi pun this is the only way untuk kurangkan stress...Stress sangat ke aku ni asik nyopping je kan. Well, hanya Tuhan yang tahu...Kekadang bukan sume mende boleh luahkan kat blog kan. So pendamkan je la di lubuk hati yang paling dalam T_T


Pegi myNews hari tu nampak Cleo special edition ni. Memang every January akan ada versi yang kecik sikit. Lepas tu dapat pulak free sample Maybelline BB Cream. Dulu boleh dikatakan every month jugak la beli Cleo. Sekarang dah ada anak ni kena selang selikan ngan Pa& Ma ;)


Ohhh...lepas bayar mekap F.O.X tu ada dapat voucher Parkson RM30. So kitorang merayap la lagi dalam tu cari nak beli apa. Malas nak simpan2 sebab bukannya selalu sangat nak shopping kat Parkson ni. Aku lagi suka shopping kat JJ. Pusing2 last2 rembat food thermos ni.


Puas hati akhirnya dapat thermos yang dicari2. Before ni asal jumpa je mesti tak berkenan di hati. Cam ada je yang tak kena. This time memang puas hati sebab thermos ni dapat isi nasik ngan sup Irfan. Senang sikit nak bawak jalan2.


Esok dah start cuti panjang. Memang best kan kalau makan angin cuti2 gini. Pastu confirm sana sini nak jem je. Kitorang esok ada kenduri kat Raub. Then hari2 lain lepak2 je kat rumah kot. Tak pun window shopping aje. Kata nak saving2 kan. Harusla insaf sekali sekala T_T Happy holiday uols!


2 comments:

ibuhebat said...

waaa... syoknya jalan2 sakan
Jemput ke blog akak http://hebatkan.blogspot.com :)
salam perkenalan...

cuna said...

ibuhebat: salam perkenalan. tenkiu sudi singgah. akn terjah ke blog akak pulak ;)