nuffnang

Thursday, January 19, 2012

Ada Udang Di Sebalik Batu

Buat julung2 kalinya update cerita fresh from oven...hahaha...Asik update cerita basi je kan. Hari ni aku pegi ofis! Pegi ofis pun nak kecoh kan :P Dah sebulan lebih kot tak jejakkan kaki ke ofis sejak kena conduct KT hari tu. Hari ni pegi ofis pun ada maksud tersirat ok :D

Pegi pun half day aje. Nampak bebenor ada udang di sebalik mee...huhu...Well, malas nak stay sampai petang. Balik dah confirm jem. Entah pukul berapa nak sampai umah. Maid pun dah blah. So balik je la senang. Lagipun projek yang aku involve sekarang tak memerlukan aku datang ofis pun. Ngadap laptop kat umah pun keje jalan jugak ye dak. Balik Meor hantarkan sebab kang petang balik dia nak pakai kereta. Kitorang sharing2 je kereta. Sharing is caring!...hahaha....tetiba :P

Opsss...1st time tepek gambar Meor botak. Tu pun nasib baik rambut dah start tumbuh sket. Botak without my approval ok...huhu...Tau2 balik kerja kepala dah licin. Aku ni pulak jenis tak suka tengok orang kepala licin. Tapi dah botak dah pun. Tak kan nak pegi amik rambut palsu tepek kat atas kepala pulak kan. Aku pasrah je la T_T


Balik umah tenyeh2 budak comot ni kejap pastu lunch then sambung keje balik. Irfan memang sibuk je sampai tak ada masa nak ngadap mama dia.


Nak bagi makan pun berzaman nak abis. Memula dok kat rocker. Dah tak nak diam letak bawah. Lepas tu main kejar2 nak kasi makan. Last2 letak kat baby chair baru nak sambung makan. Tu pun lepas dapat mende dia nak ketuk2 dulu....nak cubit...nak cubitttt n_n


Well, ini la maksud tersirat mimpi pegi ofis hari ni. Nak ngamik 2 set mekap Benefit ni ha. Pesan time bulan November kot kat colleague, Kak Zura yang kena anta pegi US buat keje kat sana. Disebabkan dia pegi sensorang plus memang dia tersangat bz sampai tak ada masa lansung nak shopping, maka musnahlah harapan nak kirim handbag Coach ke, jam tangan Fossil ke jeans Levi's ke T_T

Jadinya aku order online je mekap set ni. Actually dah lama jatuh cinta ngan Benefit ni since attend workshop kat KLCC dulu. Tapi memikirkan harganya yang tak berapa nak murah tu aku simpan je la as a wishlist. Luckily boleh order thru online. Dapat la harga murah sikit compared to harga kat Malaysia ni.


Mekap palette. As i said before, aku ni memang pencinta segala tok nenek palette. Tengok2 terus tergoda. Dah dapat approval terus laju je order. Duit? Sendiri mau ingat la kan. Pakai duit sendiri. Meor memang tak campur bab2 mekap ni. Dia kasi komen je ok ke tak. Set ni ada Girls Meet Pearl (liquid pearl), 4 eye shadows, blusher, brush, lip gloss ngan mascara.


Set lagi satu ada That Gal (face primer), mascara ngan face powder. Box dia tersangat la cute ok. Siap boleh letak gambar kat depan tu. Aku ni memang jenis suka mende yang fancy2 ni. So memang cannot resist la this kind of thing >.<


Sekali tengok macam paper bag sebenarnya. Mati2 aku ingat box tu letak dalam paperbag. Beria2 tarik nak amik box tu.


Rupa2nya memang box semata. Terus bukak je. Tu pun Meor bagitau...huhu...But really...I love the packaging! Actually aku pernah order online dah before ni. Masa tu time pantang. Ada colleague pegi US jugak time tu. Tak sempat pulak nak tepek kat blog ni. Beli That Gal ngan blusher Bella Bamba. That Gal tu dah let go to one of my fren. Yang ni pun nak pass to someone jugak.


Dapat free sample. Cenonet je. Ok la kan dari tak ada lansung ;) Actually boleh je kalau nak order then letak address kat Mesia ni but nak kena min beli USD100 la baru dapat free shipping. Kalau address US beli min USD50 dah free shipping. Jenuh la nak beli barang banyak2 kan. Bukan nak pakai sume pun. Shipping pun nak berkira kan...hehe...Alang2 boleh dapat free tu letak je address US senang ;)


Ni lagi satu mende yang aku nak amik. Eye shadow Yves Rocher yang dah berzaman Kak Ezah simpankan. Maklum la dua2 sakan work from home pastu susah bebenor nak jumpa. Hari ni pakat datang ofis ramai2. Ni antara hasil rembatan Yves Rocher yang tercicir pastu siap kirim kat orang belikan lagi :P


Last but not least nak collect movie voucher ni. Awal bulan lepas team aku ada buat makan2. Dapat duit dari company. Ada la setahun sekali nak buat makan2 gini. Nak harapkan family day jauh sekali. Kebetulan time tu pulak aku tengah senak kepala otak dok buat preparation nak conduct KT. Tak ada masa nak pikir nak makan ke apa. So boss suruh orang belikan movie voucher ni ganti duit kitorang yang tak join team lunch hari tu. Dapat la 5 keping GSC movie voucher sorang. So apa lagi...jom layan movie seround dua (sambil jeling2 kat Meor) ;)


Dah habis cerita fresh from oven. Dah petang pun. Stress sebab balik2 umah bukak laptop website tak boleh bukak pulak. Apa la nak update time meeting malam ni. Cepatla weekenddd...Nak rehatkan otak...

2 comments:

mIZz *.* aYNa said...

yeay!!! cuna sudah terjebak jugak dgn benefit, hehehe =P actually price kat msia start thn ni pun akan di reduced, x lah jauh sgt beza dgn US lagi, hehe =)

cuna said...

ayna: hehe...laju je u letak comment ye. nmpknya virus benefit u dh bjangkit kat i. i ada baca ur post psl tu but still xsemurah order online kn T_T