nuffnang

Friday, January 13, 2012

Weekend Datang Lagi!

24/12/2012 - Sat

Before weekend datang lagi baik la aku habiskan dulu update cerita weekend2 yang dah lepas ni. Cuti Krismas hari tu sehari je kitorang keluar jalan2. Lepas tu dok diam2 kat rumah je. Keluar rumah terus pegi OBW. Dah lama tak singgah ke situ. Dah lama jugak tak beli barang untuk Irfan. Dulu sekali beli terus beli banyak2. Beli time sale so dapat la jimat kan. Baju2 dia pun cukup stok sampai setahun lebih nanti kot. Awal2 je sibuk ke sana sini beli barang si kecik. Asal ada sale sume aku terjah. Tapi since Irfan dah 5 or 6 bulan dah slow down sikit dah.

Time kitorang singgah OBW tu ramai giler orang. Penuh kasut kat depan pintu lif tu sampai tak nampak lantai...huhu...1st time tengok orang ramai gitu. Penuh kedai. Nak jalan dalam tu pun sampai bergesel2 kot.


Niat di hati nak cari food feeder, topi ngan kasut Irfan. Boleh pulak time2 tu food feeder dah habis stock. Before ni dah penah nampak 2x tapi tak beli pun. Tetiba rasa nak beli dah tak ada pulak T_T Last2 beli milk storage, kasut ngan berus gigi Irfan je. Tu pun kasut Irfan dok ulang tayang kasut yang sama je dari dulu. Pakai sampai jadi buruk. Beli banyak2 pun kang jap2 lagi dia tak padan dah. Malas nak buat collection. Berus gigi pulak Meor yang excited nak beli. Aku boleh lupa anakku tu dah ada gigi...hehe...

Keluar OBW pegi OU pulak. Saje jalan2 sambil cari topi Irfan kat JJ. Kat OBW topi kurang menarik. Topi Irfan pun sama. Dok ulang tayang yang sama je. Saje nak kasi dia topi baru. Pakai pun bukan selalu. Time keluar weekend je la nak pakai pun. Tu pun lama sikit tangan dia laju je nak cabut topi atas kepala tu.

Jalan2 sket then singgah makan KFC. Dah lama rasa tak makan KFC sejak ada perisa tom yam pelik hari tu. Tak sedaapppp ok. Dah ada hot n spicy balik baru datang ;)


Irfan letak dalam baby chair pun tak boleh dok diam. Kasi makan cerelac je. Malas nak tapau nasi lembik ngan bubur dia. Dulu campur skali senang sikit nak bawak. Aci gitu?


Before balik singgah Toys R Us. Saje cuci mata.


Irfan ke papa yang cuci mata pun tak tau la....huhu...


Malam tu kitorang keluar lagi sebab Abang Long n family datang singgah. Makan kat kedai dekat2 rumah je.


Malam tu insap bawak segala bekal Irfan siap2. Orang baru amik order Irfan dah dapat makan dulu dah. Sempat buat kuih kat kedai tu...huhu....Tak pasal2 rasmi terus toilet kat situ.


His 1st toothbrush. Beli yang Tommee Tippee punya. Tu pun rambang mata dah nak pilih sebab banyak sangat choice. Pilih berus gigi pun nak rambang mata kan. Ntah pape...hahaha...End up beli yang ni sebab boleh pakai stage by stage.


Bukan main suka Irfan kalau papa dia gosokkan gigi. Tengah2 ngamuk pun boleh dok diam. Gosok gigi sambil gelak2 pulak.


Sekarang dah tak nak orang gosokkan. Nak buat sendiri jugak.


Penat la pulak nak ngabiskan cerita last year yang tak habis2 ni. Tak terkejar dah rasanya. Tapi kang kalau tak update macam tak best la pulak tak ada catatan kat blog ni. Lately stress sket sebab nak catch up ngan mende2 baru since dah tukar position baru di tahun baru ni....huhuh...Banyaknya baru. Nanti2 la story ye. Weekend ni mau jalan2 lagi! Hopefully plan menjadi ;)

2 comments:

asna cute said...

Sedap agaknya berus gigi tue kacau gusi dia hehe

cuna said...

asna: itu la psl. dia ingat cm mainan dia je. blh ilgkn rase gatal gusi :P