nuffnang

Wednesday, January 11, 2012

Last Day @ Cherating + Teluk Chempedak

20/12/2012 - Tues

Sambung lagi cerita Cherating yang tak habis2 update lagi. Should be the last one la kot ni. Ni pun banyak giler gambar. Last day kat Cherating pepagi tu siap keluar cari breakfast.


Makan nasi lemak ngan roti canai je. Tapi tetap sedappp. Seriously makan kat memana pun kat Cherating ngan Kuantan tu sedap. Tak tau la kot bernasib baik ke apa jumpa tempat sedap kan ;) Time ni Irfan dok ngan atok dia menjamu selera :P


Dah habis makan kitorang jenjalan straight lagi ke depan dari Holiday Villa tu. Rupanya ada lagi kedai area situ. Banyak la gerai2 jual souvenir bagai. Maka aku pun mula la gatal tangan nak beli itu ini kan n_n



Sampai je resort dah dekat pukul 12. Kemas2 ala kadar then check out. Ngam2 je. Before balik nak jugak testing2 letak Irfan kat tepi pool kot2 fobia dia dah hilang kan. Tapi non ado la ok. Baru agah2 nak celup kaki dia dalam air dah herot...huhu...


Buat muka kesian macam papa ngan mama dia nak dera dia je...haihhh...rasa nak cubit je tau...geram ngan muka seposen tu =)




Nak jugak amik gambar kat entrance. Entah bila nak sampai Cherating lagi pun tak tau. Yang pastinya tunggu Irfan besar sikit lagi la kot. Time ni Irfan terus pusing ke lain. Before tu dah banyak kali snap tapi asik gambar blur. Last2 dia pun dah malas nak pandang kamera...huhu...


Lepas dah check out kitorang menghala ke Kuantan. Mak ajak singgah kat Tanjung Lumpur makan sata ngan keropok lekor panas2. On the way tu lalu Sekolah Rendah Balok. Tempat aku nyibuk2 kacau mak aku ngajar time kecik2 dulu...hehe...Dah tak nak dok umah kena la mak angkut aku skali bawak pegi kelas. Lepas tu conteng2 black board bajet jadi cikgu :P


BTP Pahang. Bahagian Teknologi Pendidikan. Dulu panggil PSPN. Time tu ayah aku jadi pegawai apa ntah kat sini. Tapi heaven la dok kat quarters besau ala2 banglo. Boleh lari dari hujung ke hujung. Siap ada padang kat tepi umah. Best kan keje gomen nih. Last2 anak dia tak keje gomen jugak T_T

Kat Beserah ni la tempat aku membesar dari umur setahun sampai la tadika. Tempat jatuh tergolek dari basikal sampai darah2 pun kat sini. Tempat jatuh lagi kan dikenang...huhu...Memang tempat bersejarah betul la Kuantan ni. Tak payah pegi Melaka pun nak cari tempat bersejarah :P


Lepas dah lalu tempat2 bersejarah tu baru la singgah kat Gerai Pak Soh ni. Mak aku cakap femes jugak la tempat ni. Kalau petang2 penuh orang sampai kena beratur.


3 mende ni je yang dorang jual. Sata, keropok lekor ngan otak2. Memang sedapppp. Otak2 je aku kurang minat sebab banyak sangat isi ikan ngan kelapa. Tapi sume cakap sedap. Tekak aku je lain macam sikit kot :P Kuih2 lain ada jugak cam kuih bakar ngan akok . Aku ni bukan la peminat kuih muih. Kalau tak ada aku tak cari, tapi kalau ada makan je. Tapi serius kuih bakar ngan akok tu sedap gilerrr. Dok terasa lagi kesedapannya kat tekak ni. Siap tapau keropok basah ngan sos cili bawak balik lagi pastu.


Habis makan kami ke Teluk Chempedak. Ke pantai lagi. Sesape pencinta pantai ke laut ke memang heaven lah. Kuantan ni memanjang ngan pantai je. Even dok kat Beserah dulu pun umah depan laut. Tinggal nak menyeberang jalan je. Tapi time tu tak ada nak heran pun pegi pantai sangat. Tapi setakat berkelah kat Taman Gelora ngan berjimba kat Zoo Taman Teruntum tu memang cam aktiviti biasa dah time kecik2 dulu.


Sampai2 nampak kedai lagi. Masuk 2 or 3 kedai belek2. Actually time ni dok cari slipper sebab kaki dah melecet. Terhincut2 je jalan. Last2 satu pun tak berkenan.




Then pegi bercanda di tepi pantai la kan. Berpayung2 lagi anak bujangku. Silau time ni.


Dah ada anak kecik ni tengok2 pantai gitu je la walaupun kadang2 hati meronta2 nak terjun dalam air tu...huhu...


Sangat aman damai ok dapat tengok pantai. Rasa hilang sume penat ngan stress keje kejap.


Tengok ombak menghempas ke batu....perghhh...Memang layannnn. Ngan laut yang luas terbentang. Indahnya ciptaan Tuhan. Ni kalau dok sorang2 atas batu maunya feeling2 sorang2...huhu....


Habis nengok laut, makan lagi. Tengah hari makan sata ngan keropok lekor je kot. Harus petang tu dah lapar balik. Irfan bz ngan kerja dia.



Makan bihun tom yam je kat kedai ni. Cam tak logik je tau hari tu aku tak makan nasi lansung T_T


Dah habis makan jalan2 lagi kat gerai2 tepi tu. Saje exercise. Dah tak ada nafsu nak beli pape dah pun time tu.



Balik Teluk Chempedak tu kitorang singgah Annexe Rest House kat Kuantan. Mak n ayah stay lagi 1 malam kat Kuantan. Tak kan datang kejap je kan. Kitorang dah stay 2 malam. Bilik kat Annexe ni 1 malam RM 90 je. Nama pun rest house kan. Dari luar nampak cam rumah orang je. Cam hostel pun ada jugak. Tapi dalam bilik tip top. Ala2 Holiday Villa jugak. Just tak ada balcony ngan swimming pool la kan.


Before balik lepak2 golek2 dulu kat bilik mak n ayah. Sempat tertido kejap sebab penat sangat. Dah nak Maghrib jugak la baru gerak balik. Kalau ikutkan hati nak je aku stay lagi satu malam kat situ. Tak puas lagi nengok pantai. Lagipun aku cuti seminggu hari tu. Kitorang pegi Ahad n Selasa tu dah nak balik. Meor pun still cuti lagi Rabu tu tapi since dia cakap nak balik rehat2 kat rumah pulak maka nak tak nak kena la say goodbye to Cherating n Kuantan T_T

Suke betul makan angin kat Cherating but kalau nak datang lagi pun better stay kat Kuantan then singgah Cherating. Bukan jauh pun. Tapi bagi yang bukan pencinta pantai Cherating ni memang tak ada apa sangat. Aku ni baru 1st time sampai. Maybe dah sampai dedulu tapi tak ingat sebab kecik lagi...huhu...

No comments: