nuffnang

Tuesday, January 24, 2012

Happy 11th Months Old Baby Irfan!

Alhamdulillah....Kelmarin Irfan dah genap 11 bulan. Happy 11th months old Baby Irfan! Lambat sket nak update. Biasa la time cuti2 ni memang lemau nak ngadap laptop. Ni pun update pepagi buta time Irfan tengah sedap tido. Tetiba saje ngada nak panggil baby Irfan...hehe...Nanti dah setahun dah besar. Sebulan lagi awak nak masuk setahun dah nak oi! Macam tak pecaya. Tak tau la nak buat besday party ke tak. Bukan dia tau apa lagi kot. Hurmm...Nanti akan dipikirkan.


Makin besar memang makin terhibur tengok gelagat budak kecik ni. Macam2. Kadang2 geram, kekadang penat, kekadang tak larat nak gelakkan, kekadang boleh tersenyum sorang2 tengok dia. Memang terasa la nikmat jadi seorang ibu tu =)

Apa yang pasti Irfan dah nampak susut sekarang walaupun makan nasi n minum susu banyak. Mana taknya. Memang 5 saat pun tak boleh dok diam kot kecuali kalau dah mamai sangat. Susut2 pun lenguh jugak la nak kendong lelama T_T


Before aku lupa, nak catit sikit la progress Irfan so far:

  • Merangkak - Dah boleh merangkak laju tak hengat. Kejap2 hilang. Siap sampai sakit lutut sebelah sebab dok merangkak merata. Lepas tu pandai pulak dia adjust merangkak pakai sebelah kaki...hahaha...
  • Berdiri - Dah sakan nak berdiri sekarang. Nampak je mende2 yang boleh berpaut terus nak berdiri. Lepas tu nak duduk balik tak reti nak bajet. Kadang dok elok. Kadang tersenget terlentang pun ada...huhu...
  • Suka naik tangga - Memang tempat fevret dah tangga kat rumah tu. Dulu takat 2 or 3 ketul anak tangga je dah puas hati. Sekarang memang sampai ke atas merangkak naik tangga. Lepa sikit je hilang dah sampai ke tangga T_T Naik je la terer, nak turun tak pandai lagi. Skill gostan tak mari lagi. Tau nak terjun ikut suka je sekarang n_n

  • Duduk - Sekarang 1 pesen yang kelakar bila baru bangun tido terus nak duduk. Siap terhuyung hayang nak jugak duduk terus. Mata tak bukak lagi dah nak duduk
  • Terjun buaian - Ni lagi satu skill yang bikin hati ini saspen je tau. Kalau tengah dalam buaian tu dia boleh meleding2 nak turun. Sedar2 dah ada kat bawah buaian. Nasib baik la kitorang dah standby segala comforter ngan bantal2 bawah tu. Kalau tak pakai buaian memang susah la nak tidokan dia. Dia memang jenis yang suka tahan mengantuk.

  • Mengemas - Makin terer mengemas budak kecik ni. Dulu kecil-kecilan je. Ni memang kemas secara besar-besaran. Barang yang dok simpan elok2 dalam almari semua berjaya diselongkar. Lepas dah berjaya habis kemas2 tu pandai je nak sengih2 :P
  • Makan nasi - Kekadang tu eksyen tak nak makan bubur. Sekali bila nak suapkan cousins dia nasi lauk ikan goreng ngan kuah lemak laju je dia menumpang. Siap duduk kat tepi pinggan tak pegi memana. End up dia yang makan banyak sebab cousins dia lagi sibuk main2.
  • Suka berus gigi - Hulur berus gigi kat dia terus diam. Tapi of coz la masuk mulut ikut sempat je kan. Dia ingat berus gigi tu cam mainan dia je
  • Riuh - Mulut Irfan kemain riuh sekarang. Ada je bunyi. Kalau nampak orang rajin je nak tegur2. Bukan setakat mama ngan papa je keluar. Ayah, mak, baba, abah, amma sume kua dah...hahaha...
  • Main cak-cak - Biasa kitorang yang main cak2 ngan dia. Sekarang lepas mandi dah pandai tutup muka ngan tuala lepas tu bukak balik. Dia yang cak2 kitorang sekarang ni ;)
  • Peminat bola - Kecik2 dah minat bola. Dia boleh dok statik je kalau tengok cousins dia main bola. Kalau tengok bola kat TV pun khusyuk je. Kalau dapat bola suka la dia main pass2. Kalau dirikan dia pulak kaki tu laju je nak tendang2 bola tu =)
Tu je yang dapat dipikirkan sekarang. Hari Isnin dok umah je sepanjang hari. Giler kental...huhu...Bosan pun bosan. Cam tak logik je cuti dok umah tak keluar lansung kan. Dah nak ujung bulan Januari dah ni. Tak lama dah nak Februari. My fav month ;) Rasa cam nak buat GA pulak. Ada orang nak join tak agak2?

p/s: To my dear Irfan Naufal, mama n papa love u so muchhh!