nuffnang

Thursday, August 11, 2011

Makeover by F.O.X Lagi

31/07/2011 - Sun

Entry termendap lagi. Lately cam tak ada mood je nak update blog. Tak tau la nape. Bz pun ada. Well, hari tu ada dapat email dari F.O.X. Ingat tak dulu aku ada pegi buat makeover F.O.X pastu terjebak beli skincare U-Care tu? Tak ingat klik sini dan sini. So lepas tu automatically dah jadi member time tu. Tetiba dapat pulak email bagitau ada makeover event. Harus la rasa nak pegi kan. Since dah ada anak ni tak pernah lagi aku ber'make over'. Time preggy sempat la sekali. Ehhh tak...2 kali rupanya. Lagi satu kat RMK ;)

Kebetulan pulak event dorang buat tu hari kerja. Memang tak dapat la kan. Aku cakap nak datang weekend. So dah lambat tu datang make over je la. Kalau datang time date yang dia kasi tu ada make over plus photo shoot lagi. Dorang ada launching produk baru. Belasah je la. Make over je pun ok. Lagi pun aku bukannya reti sangat nak posing2 ni. Buat spoil je kalau buat photo shoot T_T


So kami 3 beranak pun pegi la One Utama Ahad tu. Budak comel ni harusla dibawak since semalamnya kitorang tinggal dia kat umah time pegi Hytex sale ngan Parenthood Expo tu. Sebelum pegi OU sempat singgah kat One Baby World dulu beli filter Spectra 3 aku. Dah 2 kali back flow. Abis susu masuk dalam motor S3 tu. Maklum la kekadang tu ngepam sambil buat keje. Mata tengok laptop. Kalau bangun pepagi buta pulak kekadang ngepam sambil pejam mata....hahaha....Nasib baik Myo terer godek2kan. Kalau tak dah nak kena anta pegi servis.


Muka toya before pegi make over. Pakai foundation+compact powder+blusher+lip gloss je. Kang aku mekap siap2 tadah muka memang saje la nak kena sound ngan orang yang nak buat make over tu kan.

Time sampai kaunter tu elok pulak SA F.O.X tu tengah lunch. So tak ada orang kat situ. So kitorang pun menyinggah la ke A&W cari makan. Time ni tak puasa lagi tau. Kalau puasa tak koser kot aku nak keluar buat make over bagai.

A&W kat OU tu dah kena renovate rupanya. Kalau makin besar tak per jugak. Ni makin kecik sempit sesak sume ada. Crowded sesangat rasanya makan dalam tu. Sekarang kat sebelah tu dorang dah buat food court pulak. Rindu nak makan kat A&W yang cam dulu. Sangat aman damai. Sambil2 berdating berdua. Sekarang berdating bertiga pulak. Tapi makan kena la gilir2 sebab nak pegang Irfan. Budak kecik tu bukannya suka dok dalam stroller yang statik lama2. Confirm buat bunyi T_T


Habis makan lip gloss pun licin. Memang aku yang buang siap2. Sila abaikan dark circles aku tu ye. Memang dari dolu2 before Irfan lahir pun memang dah ada. Just sekarang cam makin bertambah2 teruk je akibat tak cukup tido. Tido memang dah tunggang terbalik sekarang ni.


Sampai2 terus start mekap. Kali ni aku kena gigih snap satu2 gambar sendiri. Kalau tak before ni sume Myo yang snapkan. Each step SA tu buat memang biasa dia yang snap. Tapi dah ada Irfan ni tak payah la buat mende2 tu dah. Dia bawak aku pegi make over tu pun dah cukup bagus kan. Myo bawak Irfan round2 je.

Awal2 SA tu dah tanya suka color apa. Aku cakap la suka biru. Tapi aku pakai baju purple la pulak.


So dia mix kan je eye shadow blue+purple. Sangat suka e/s palette ni. Masih lagi dalam wish list ni ;)


Eye brow powder. Suka jugak mende ni tapi aku ada masa ke nak pakai kalau beli??? Sekarang nak keluar pun mekap laju2. Kalau sume nak pakai mau tak keluar2 kitorang.


SA tu pakai kan lip gloss n blusher kat bawah ni. Dia pakai lip gloss je ok. Aku memang tak boleh kalau pakai lip gloss or lipstik je. Mesti nak kena pakai dua2. Tapi malas nak banyak bunyi. Nama pun make over free. Diam kan je la.


Mascara ngan eye shadow cream. Mascara tu pun best sebab ada vibrate2. Tapi rasa cam tak berbaloi beli mascara mahal2 sebab mascara tak tahan lama sangat. Sekarang ni pun aku dok pakai mascara Clinique yang dapat free tu je ;)


2 way foundation. Ni la produk yang dorang baru launch hari tu. Sori gambar blur. Aku suka casing dia. Ada macam Shiseido punya sket2 kot. Lupa dah berapa hengget. SA tu cakap but sume aku dah lupa....hahaha


Tadaaa....dah siap. Tak ada gambar step by step camne SA tu mekap kan pun. Tu pun nasib baik time dah habis tu Myo memang dah ada kat tepi tu. So boleh la tolong amikkan gambar.


Time mekap2 tu SA tu sempat cakap aku ni muda lagi sebab dia tengok nombor IC aku start ngan 84. Aku senyum2 je la. Dalam hati muda sangat lah kan :P Entah camne borak2 dia cakap dia lahir tahun 89. Naik confuse la aku. 84 ngan 89....84 lagi muda ke??? huhuhu...Dia cakap dia tak nampak cam lahir 89 pun sebab muka dia matured. Ok fine...Tu indirectly nak bagitau yang aku ni tak matured la kan...huahuahua...


Time aku dah siap mekap tu Irfan tengah sedap tido dalam stroller. Kejap je tu. Tak lama lepas tu terjaga balik.


Lepas tu round2 kejap je dalam tu then gerak balik sebab dah petang sangat dah. Before balik amik gambar bertiga. Cobaan pertama....


Cobaan kedua...


Cobaan ketiga baru jadi...hehehe...Kena praktis selalu ni amik gambar bertiga sendiri.


Besar dah anak mama ni...


On the way balik dalam kereta tu apa lagi. Amik gambar syok sendiri la kat belakang tu...hahaha...


Nak harapkan aku mekap sendiri dapat hasil gini? Jangan harap la kan. Aku main ikut sedap je kalau boh mekap...


Balik tu kitorang singgah office aku kejap amik CD kerja since dekat je ngan OU tu. Myo dok dalam kereta je main2 ngan Irfan time aku masuk ofis. Suka betul budak kecik ni kena agah2 ngan papa dia. Ngekek2 gelak. Memang terserlah kebolatannya....hihihi...

Cakap pasal bolat2 ni teringat ada orang ni time anak dia kecik halus dia cakap ok sebab minum susu ibu memang badan baby kecik. Then cakap budak bolat minum FM. Then bila anak dia dah membesar bagai johan tetiba dia cakap berkat susu ibu pulak. Pastu siap bangga anak dia bambam....haihhh...Apekah? Cakap pusing2. Stress je aku ngan statement ibu2 yang obses ni tau T_T


Tengok2 pak guard yang jaga building hilang pulak. So dok la tunggu dalam kereta. Bosan2 snap gambar lagi.


Balik umah pun snap lagi last before buang mekap tu...hahaha....Saje je suka2 buat make over. Pada aku memang salah satu cara aku hilangkan stress. Stress ke? Ye aku memang tengah stress sampai sekarang tapi kena buat2 tak stress jugak. Kira ni terapi la. So far make over yang aku buat free je. Tak tau la kot2 lepas ni buang tebiat keluarkan duit buat makeover kan :P


Background pun siap ada drypers lagi kan. Tak tahan betul. Pegi expo semalamnya tak sempat nak kemas sume lagi. Actually before balik umah sempat singgah Manjaku dulu beli pampers. Huggies M80 RM28.90 je kot. Harus la aku beli buat stok :D Myo cakap lepas ni boleh bukak kilang pampers. Banyak giler buat stok...hahaha...Ye la...senang kan. Lepas ni tak payah keluar pegi beli dah ;)

p/s: Esok dah hari Jumaat. Tak sabarnya nak tunggu Sabtu ni nak pegi jemput mak n ayah aku kat KLIA. Balik tu boleh berbuka ramai2 satu family. Ohh ye...nak jumpa aunty Nurul jugak ;)

8 comments:

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

cuuuuuuuuuuuunaaaaaaaaaaa!!!

grrr.....againn...again..againn....adehhhhhhhh asik meke over jer kan...

huh!!

jumkite tuka koleksi makeup mau? hahhahhhaa
nasip baik dpt bby boy! klu dpt bby girl KOMPOOMMM!! ikut jejak langkah cuna!

hhuhuhu...

pssstt...awk dh kurus lahh dear!!
blh pakai kebaya raya nih...lallla ;p

cuna said...

Elin: erkk...wahahaha...nk buat camne elin org dh invite. dh free tu harus la pegi kn :P ala bkn byk sgt pn my makeup collection tu.

kalo dpt baby girl harusla mewariskn segala mekap2 yg ada kots...hahaha...boy lg bahaya sbnrnya sbb nnt ikut jejak langkah papa dia yg asik ngadap game ngn komik...huhu...

kurus?sbnrnye dok pk cmne nk naikkn berat bdn lg ni. kang xlarat plak nak angkut irfan hulu hilir T_T

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

ala ok lah tuh...skg nih en.suami yg dah mengembang..hhhahahhhaa....cuna dera en.suami ker///

dah2... kang pk nak naik berat..berkilo2 pulakk naik haa baru tau...ok lah tuh.. irfan x lama lgi kan pandai jln....hhehhhee...x kan asik nak mengangkut jer kan..

;))

cuna said...

hahaha....ekceli lately mmg org asik nk mkn je. yg jd mangsa of la en suami sbb kena temankn...hehehe...habis hancus plan diet dia

kang irfan dh pandai jln lg kurus la kot diriku ini sbb kena main kejar2 ngn irfan plak T_T

Nurul said...

amboiiii! make over lagi yekkk. hihihi. tp husna ni mentenn je nurul tgk. tak kurus tak gemokkkk. cam dulu jgkkk.

yeay!!! nnt irfan nk jumpe aunty nurulllll ^_^

cuna said...

nurul: alaaa...xbole ke? kekeke...menten ke? tenkiu2. lega sbb nurul xckp makin kurus lg ke...huhu...c ya auntie nurul!

..izza.. said...

besar dh irfan

cuna said...

izza: tu la kan. cm xcaye plak kdg2 tu...dulu time ko dtg melawat halus je lg budak kecik tu...huhu