nuffnang

Wednesday, August 3, 2011

Selamat Jalan Mak & Ayah

02/08/2011 - Tues

Hari ni hari ke 3 kita berpuasa. 1st day puasa aku alhamdulillah sume ok. Sempat lagi bersahur n berbuka ngan parent aku kat rumah. 1st day puasa time berbuka memang sangat meriah. Sume adik beradik berkumpul before mak n ayah berangkat ke Mekah. Macam2 makanan ada. Ada yang masak ada yang beli. Banyak2 pun tak membazir sebab memang family kitorang ramai.

Semalam kami berdua cuti. Memang dah apply cuti siap2 sebab nak hantar mak n ayah aku pegi umrah. Hantar sampai KLIA je la kan. Pepagi pukul 7 lebih dah siap2kan Irfan. Pukul 8 lebih jugak baru gerak. Adik beradik lain dah konvoi dulu dah. Kitorang je ketinggalan keretapi :P


Tapi yang penting selamat sampai. 9.30 dah sampai airport. Parent aku check in 10.45. So tak lambat sangat pun. Dorang yang sampai awal pun lepak2 je kat airport tu.


Sepanjang jalan dalam kereta tu memang Irfan tido dengan sedapnya. Dah sampai letak dalam stroller terus terjaga. Hisap jari je keje budak ni tau. Sekarang ni apa yang ada depan mata dia sume nak amik masuk dalam mulut. Lapar sangat ke? Padahal kekadang tu baru je lepas nyusukan dia. Ni yang makin tak sabar nak kasi dia makan solid food ni...


Tak lama pun lepas tu Irfan start hukhek. Pegi changing room tukar pampers dia. Sekali dia pegi pancut. Habis kena baju dia sendiri. Yang aku pulak bagus sangat tinggalkan baju dalam kereta. Kalau tak memang pegi mana2 mesti bawak baju spare Irfan dalam handbag. Last2 memang tak pakai pun. Tapi hari tu cam konfiden je tak payah tukar baju. Time tak bawak tu la baju kotor kan. Berlari2 la kitorang ngan Irfan pegi parking. Dah la jauh giler.

Morale of the story, lepas ni tak kira la apa jadi pun memang kena bawak baju Irfan dalam handbag aku ni T_T


Time ni Irfan dok ngantuk lagi. Nak pandang kamera pun susah tau. Lagipun dok pelik tengok tempat pemegang escalator yang bergerak tu :P


Dodoi2 sket terus terlelap budak kecik tu. Dah Irfan pun tido Myo sempat la nak melayan anak sedara dia. Kalau tak layan Irfan pun dah cukup bz dah.


Aku n my mom. Ohhh rindunya kat mak bila tengok gambar ni.


Mak aku request nak amik gambar ngan budak yang tengah sedap tido sekali.


Before dekat2 nak check in amik gambar ramai2. Yang pegi parent aku, makcik2 n pakcik ngan sorang cousin aku. Lain2 tu adik beradik aku je penuh sebab kitorang sume stay area KL Selangor ni je.


Bergambar ngan Irfan yang tido tak hengat dunia. Kat tangan dia tu mak tok dia selit sampul duit. 'Duit puasa' katanya. Aku ingat nak amik simpan tapi Irfan cam peluk kuat2 pulak mende tu...huhuhu...Last2 atok ngan mak tok pegi pun dia tak bangun2 jugak.


Time ni lepas dah salam2 ngan sume. Sebak sangat rasanya time tu. Bergenang jugak la air mata. Bukan time tu je baru aku nak sebak2. Time nampak pintu check in tu pun dah start nak nanges...huhuhu...


Memang penuh la orang kat area tu sebab hantar family masing2. Mak aku time tu pun sedih je cam tahan nangis. Peluk cium sume anak cucu dia. Ayah aku cam biasa maintain je...hehe...Ohhh rindunya kat dorang. Kalau tak mak ngan ayah aku selalu main2 ngan Irfan. Meriah je rumah. Sekarang ni kalau malam2 tinggal kitorang 3 beranak je la. Siang2 ada la akak2 aku singgah anta anak dorang.


Teringat2 lagi time lambai2 kat parent aku time ni. Cam sedih lain macam sebab sejak pantang hari tu memang stay ngan dorang je. Lagi pun kali ni dorang pegi Mekah. Tau2 je la kat sana camne. Penuh sesak ngan orang. Mak aku ada jugak ngadu sakit2 badan sehari before ni. Risau kalau jadi pape kat dorang. Nauzublillah...aku hanya boleh doakan yang terbaik je kat sini....semoga selamat sumenya


Lepas kat pintu check in kitorang ramai2 pegi tempat anjung tinjau tu. Ni last dapat lambai dorang before dorang masuk. Sampai betul2 hujung kitorang ikut.


Ye sampai betul2 hujung kitorang hantar. Kitorang 1 family je yang over meriah....huhuhu...Nasib baik tak boleh keluar. Kalau tak mau kitorang ikut sampai tepi flight...hehe...Aku pun tak pernah pegi sampai ke hujung ni. Biasa hantar sampai depan2 je

Pukul 12 lebih kot flight dorang. Alhamdulillah selamat sampai kat Mekah pukul 4.30 petang time sana. On the way balik Irfan tido je sampai la kat umah. Giler sedap tido. Kitorang berbuka ala kadar je semalam. Aku n Myo je. Irfan tukang tengok. Aku berbuka pun cepat2 sebab nak susukan Irfan n nak solat Maghrib. Pukul 8 dah start meeting pulak.


Irfan sambung tido balik sampai la pukul 10 malam. Lepas tu terus tak nak tido sampai la pukul 4.30 pagi. Naik ting tong kepala kitorang dibuatnya. Lepas tu aku ingat nak la tido kejap bangun then pukul 5 panaskan lauk. Nasik memang dah masak siap2 dah. Sekali sedar2 dah pukul 6! Huhhh??? Ye hari ni aku tak sahur. Memang agak melepet hari ni. Susu pun merudum. Harapkan stok dalam fridge je la. Morale of the story, kalau dah tido lambat sangat tu sahur je la terus. Kalau tido confirm tak larat nak bangun dah....huhuhu...

Lagi best tengok2 handphone ayah aku kol dari Mekah pukul 5.20 pagi....huwaaaa...aku tak sedar...rugi2...Nak cakap ngan mak n ayah. Rindunyeerrrr....Nanti ingat nak kol balik la. Pape pun aku doakan semoga semua urusan mereka dipermudahkan kat sana. Semoga mereka dapat menyempurnakan amal ibadah kat sana, dijauhkan dari sebarang malapetaka, dikurniakan kesihatan, semoga selamat pulang ke sini. Aminnn...Agaknya Irfan tak nak tido semalam sebab rindukan atok ngan mak tok dia la kot kan...huhuhu...bergenang dah air mata aku tulis entry ni....Selamat berbuka ye korang =)


4 comments:

Ms Pancake said...

mmg selalu kita akan rasa sedih kalau anta parents p umrah/haji.. tasha pon sama..risau kalau jadi paper.. >.< Insha Allah semua selamat. Salam perkenalan!

cuna said...

Ms Pancake: salam perkenalan tasha. tu la kan. 1st time ni anta parent pegi umrah. time dorg g haji still kecik lg. xtau pape. cara mak ckp b4 pegi plak cm sedih2 je. nway tq for dropping by =)

Nurul Husna said...

nnt mak ayah ry kat sane ke husna? huhuhu

cuna said...

ehh xde la. Insya Allah minggu depan balik la. 2mggu je =)