nuffnang

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Hari ni 1st day puasa. So tak payah la update pasal mende lain dulu kot. Teringat tahun lepas dari 1st day puasa sampai la lepas raya aku dok morning sickness. Alhamdulillah puasa tahun ni Irfan dah ada depan mata. Siap join bangun sahur sekali....huhu....

Tahun lepas cabaran morning sickness. Sampai muntah hijau oren sume ada. Sedih sebab tak dapat puasa penuh n pegi solat terawih. Memang totally lembik. Siap pernah kena sound ngan doktor sebab nak puasa jugak...huhuhu...

Tahun ni cabaran penyusuan pulak. Puasa pun puasa jugak. Irfan tetap minum banyak cam biasa jugak. Masalahnya susu tak sebanyak hari biasa. Kat situ la cabarannya. Plus puasa kali ni tiap2 malam pukul 8 sampai 10 aku ada meeting. Lepas bukak puasa confirm akan kelam kabut. Dengan Irfan lagi. Terawih memang tak dapat la. Hurmmm...sume tu cabaran. Aku bukan sesape pun nak cancel2 meeting kan. Aku sorang je Islam. Yang lain bangsa lain. Dah bos pun omputih makanya kena la ikut office hour dia je T_T Aku pasrahhh....

Hari ni ngan esok aku cuti. Saje je apply cuti hari ni sebab nak jaga Irfan 1st day puasa ni. Esok pulak cuti coz nak hantar parent aku kat KLIA. Dorang nak pegi umrah. Cabaran lagi tu. Tak pernah aku nak berjauhan ngan parent aku camni so far. Maybe pernah time kecik but time tu bukan tau pape sangat. Time dok hostel pun still dalam Mesia lagi. Paling jauh time pegi Singapore la kot. Tapi ni lain sebab pegi Mekah kan. Ngan orang yang sangat ramai kat sana. Apa yang mampu aku buat just berdoa semoga mak n ayah selamat pergi n selamat sampai. Semoga ibadah mereka diberkati oleh Nya.

Yang penting walau apa pun cabarannya aku bersyukur sebab tahun ni dikurniakan kesihatan. Dapat berpuasa cam orang lain. Tak sakit cam dulu. Insya Allah. Hopefully aku dapat bertahan menyusukan Irfan selagi terdaya. Bertahan lagi 22 hari! Lepas tu boleh support ngan solid food pulak. Sabar ye Irfan. Mama pun tak sabar dah ni nak kasi Irfan makan =)

Anyway selamat berpuasa ye korang. Semoga sume amalan kita di bulan mulia ni diterima Allah. Jangan dipikirkan sangat apa yang kurang...apa yang tak mampu. Bersyukurlah kita masih diberi peluang untuk sambut Ramadhan kali ni. Peringatan untuk diri sendiri jugak ni. Hopefully aku dapat puasa full tahun ni. Aminnn...

4 comments:

.:Mrs. Engineer:. said...

smae lh kte cuna...risau kn susu x cukup kn...sy lg 24hari utk aleesya mkn solid food... :)

cuna said...

Yanie: tu la yanie. baru 1st day dh start risau. jom la same2 kita buat countdown nk bg baby kita solid food ;)

nor shuhada said...

salam ramadan juge..

cuna said...

tq adda =)