nuffnang

Wednesday, August 24, 2011

Met Aunty Nurul + Welcome Home Ayah & Mak

13/08/2011 - Sat

Cerita Sabtu lepas punya lepas. Lambat update lagi. Sabtu hari tu patutnya pukul 2 petang kitorang dah ada kat KLIA...Jemput parent aku yang baru balik dari umrah. Entah camne flight delay. Pukul 7 baru sampai. So kitorang adik beradik pakat nak berbuka kat KLIA je la instead of potluck kat rumah. Tu yang sempat lagi kitorang merayap pegi JJ dulu.

Tengah dok shopping adik aku call cakap maybe flight sampai awal sikit dalam pukul 5.45 gitu. Time tu dah pukul 4 lebih. Apa lagi...Menggelabah la balik sebab nak kena singgah umah amik barang dulu. Lepas amik barang terus pecut pegi Cyber. On the way kat hi way tu hujan lebat sesangat sampai tak nampak jalan. Kereta pun cam tak nak gerak je...huhu...Alhamdulillah selamat sampai Cyber.

Singgah jumpa Nurul kejap sebab memang dah janji before tu. Nurul pun tak pernah jumpa Irfan lagi. All the way nak pegi Cyber tu Irfan sedap giler tido. Benti je kereta dia terjaga. Bulat mata. Suka betul dia tengok hujan. Cam pelik pun ada. Terus statik je kat situ.


Time kat Cyber ni hujan renyai2 dah. Irfan pun mamai time ni. Sila abaikan muka aku yang ala2 terkezut tu ye. Aku ni memang tak fotogenik :P


Lepas jumpa Nurul terus rush pegi KLIA. Sampai2 parking dah pukul 6 lebih. Time ni adik aku cakap flight dah sampai but parents tak keluar lagi. So time tu lega la sebab ingat still sempat lagi nak sambut ayah n mak. Sampai2 je dah nampak makcik2 aku tengah dok borak2. Salam2 tapi tak nampak pun kelibat parents aku. Rupanya elok2 je sampai dorang terus pegi surau...huhu....kitorang terlambat sampai...Sipi2 je.

Aku pun lari jugak pegi surau bajet dapat jumpa mak aku. Tengok tak ada. Time nak amik sembahyang baru la nampak mak tapi tak dapat salam lagi sebab dok cepat nak sembahyang Asar. Time tu dah pukul 7 kot. Lepas sembahyang aku keluar cepat2 nak tengok Irfan. Last2 dekat nak berbuka baru dapat jumpa salam peluk mak aku...huhu....Kitorang berbuka ngan air n kurma je n terus solat Maghrib kat situ.

2 orang abang aku dah gerak awal2 before Maghrib pegi book tempat kat Tupai2 Bangi. Buffet lagi la nampaknya. Hari tu baru je cakap nak buffet once a year. Ni dah twice a year la pulak kan :P Time kitorang sampai dah agak lengang kedai tu. Sume dah abis berbuka. Makanan pun banyak yang dah nak abis. Best pun sebab ada steamboat. Dok ulang alik amik mende celup2 je. Sampai cousin aku cakap boleh bawak pegi buffet ni...hahaha...Cam tak caye besar jugak tangki aku rupanya :P Sorang RM40 je. Ok la tu. Makanan sume sedap2. Tapi nak pegi lagi memang tak dapat la kan. Jauh tu nak pegi Bangi.


Gambar kat Tupai2 lansung tak ada. Sibuk sangat makan sambil dengar cerita pengalaman mak kat sana. Memang ramai sangat2 orang kat sana. Kalah musim haji kot. Sume orang nak merebut ganjaran pahala di bulan Ramadhan. Kalau time haji dorang ada kuota. So tak la ramai sangat. Alhamdulillah tak ada kejadian2 buruk yang jadi time dorang kat sana. Ada la sekali tu bas rosak kat tengah jalan. Tapi nasib baik pak cik aku pandai godek2 ntah camne bas tu boleh jalan...hehe...

Banyak jugak ayah aku amik gambar time kat sana. Aku tengok gambar je la kan. Teringin jugak nak pegi sana. Insya Allah kalau panjang umur n ada rezeki sampai la nanti. Ni gambar kat Masjid Nabawi. Cantik kan? Time ni lengang je. Kalau time masuk waktu penuh sampai kena solat atas jalan. Parent aku memang akan datang awal sejam setengah so that dapat solat selesa2 kat dalam masjid.



Kat sana memang fokus nak buat amal ibadat je. Tak pikir mende lain. Sume orang berlumba2 nak rebut pahala di bulan Ramadhan. Agaknya sekarang kat sana memang tak rasa lansung suasana raya kot. Bayangkan la kita yang kat sini pegi solat jemaah kat masjid time bulan puasa pun pahala dah berlipat kali ganda. Kalau kat sana lagi la hebatnya. Dapat solat jemaah 1 waktu kat Masjid Nabawi je dah dapat 10x ganda dari solat kat sini.


Alhamdulillah akhirnya parents aku selamat sampai. Lega sangat2 rasanya. Yela. Mak aku ada cerita kat sana bersesak2. Kalau time nak tawaf tu bertolak2. Kalau terjatuh lambat bangun ada yang kena pijak2 je kang. Ngeri pulak aku bayangkan T_T Umah dah kembali meriah. Kadang2 ada la jugak adik beradik lain datang berbuka sama2. Memang terasa sangat bezanya kalau parents tak ada sekali.


Banyak jugak buah tangan dari Mekah. Aku tak expect pun parents aku belikan pape. Nak pesan pun tak sampai hati sebab aku lagi risaukan keselamatan n kesihatan dorang. Rasa cam menyusahkan pulak nanti. Plus memang aku tak tau pun nak pesan apa...hahaha...Sekarang baru ada idea nak pesan apa kalau orang pegi Mekah ;)

Hari tu memang meriah la ngan segala tok nenek kurma, kismis, kacang sume. Mende2 gini memang banyak la jual kat sana. Macam2 jenis. Coklat pun ada. Air zam2 harus la ada. Memang banyak tapi adik beradik aku kan ramai. Plus kawan2 ayah lagi. Agih2kan kejap je dah habis.

Ni apa yang kami 3 beranak dapat. Jubah ngan kopiah for Myo. Jubah for Irfan ngan gelang for aku. Aku dapat gelang pun dah kira sangat best ok. Yang penting dari mak n ayah. Dari Mekah pulak tu. Sangat tak ternilai =)


Isnin hari tu dah kasi Irfan makan bubur nasi. Tapi kasi 2 sudu je la. Baru start nak introduce tak kan nak kasi licin semangkuk pulak kan. Tu pun tumpang bubur cousin dia je, Ammar. Malam pulak kitorang kasi biskut Heinz tu. Separuh je. Lagi separuh masuk mulut mama dia...hahaha...Alhamdulillah...so far Irfan ok je. Siap tak sabar2 lagi bila nampak orang suakan sudu :P

2 comments:

Shu @ Mrs. Hamid said...

Alhamdulillah, dah selamat sampai pun parents cuna.
Kat KL pun ada tupai2, dekat ngan Dewan Bahasa dan Pustaka.

cuna said...

shu: ye lega rasanya. tp lmbt update la plak kn :P tu la. baru tau kat kl pn ada tupai2. tp dh berazam xmo g buffet dh thn ni T_T