nuffnang

Friday, August 5, 2011

Sunway Pyramid + Low Yat

16/07/2011 - Sat

Ni adalah entry termendap. Tak sempat nak update last week. Sabtu lepas2 hari tu aku adalah sangat baik ok. Sebab jalan2 saje tanpa membeli 1 barang pun...hahaha....terer tak? Sebab aku dah aim weekend depannya nak pegi shopping which is Hytex ngan expo tu la kan. Dah tengah hari baru kitorang keluar pegi Sunway Pyramid. 1st time ni nak pegi since abis pantang hari tu. Ni la tempat last yang kitorang keluar dating before aku bersalin dulu....huhuhu...jadi tempat bersejarah la pulak kan :P

Myo dah pasang car seat siap2 pagi tu. Ni kira 1st time la Irfan rasmikan car seat ni walaupun bukan car seat baru kan. Ok je dia dok dalam tu. Excited je. Cam menikmati jugak la...hahaha...


Mama pun nak tumpang sekaki :P


Cam biasa jalan tak lama mana pun Irfan dah start mengantuk. So cari la tempat duduk dodoi2kan dia bagi tido dulu. Kalau tak ngamuk sepanjang jalan pulak nanti. Ohhh baju Irfan ni last pakai time umur dia 3 bulan time kenduri cukur jambul hari tu. Ni dah 5 bulan 1 hari baru nak pakai balik...hahaha....2 bulan tu simpan baru aku perasan dah lama giler tak pakai baju ni.


Dapat tido kejap je pun bangun2 terus ceria je...hehehe...time dia gelak tu la gambar nak blur kan...haihhh...cam kena tukar handphone baru lagi je ni....lalala...


Irfan cam tak suka sangat dok dalam stroller. Boleh tapi tak tahan lama...huhu...Eh tu lagi satu mainan fevret Irfan. Cam flower tu. Pusing2 cam ala2 kipas jugak. Tapi manual la kena pusing pakai tangan...hahaha... Bila pusing tu nampak cantik la. Colourful je. Kat tengah2 tu pun ada cam manik2. So bunyi2 meriah gitu. Petals tu bila pegang cam bunyi plastik kruk krak kruk krak. Suka la Irfan ronyok2 kan mende alah tu sebab ada bunyi. Lepas tu ada tempat nak kepitkan mende tu. Beli mende ni time warehouse sale kat Bukit Jalil tu jugak. RM15 je. Monkey yang terselit kat stroller dia tu aku kutip dari playmat je ;)


Jalan2 ternampak kat bawah tu ada orang kilat2 tu. Myo soh amikkan gambar dia ngan orang kilat2 tu tapi aku takut...hahaha....


Lepas round2 dalam tu terus balik. Seriously lansung tak beli pape. Singgah makan pun tak. Kalau tak silap lepas tu balik rumah terus. Lupa sudah coz lambat sangat update kan...huhu...


Esoknya kami bertiga keluar pegi Carrefour Wangsa Maju. Pegi wusha2 baju2 kat situ. Kali ni bawak mak sekali. Tahun ni beli yang ready made je. Baju kurung moden. 1st time tu beli yang ready made. Biasa memang tiap2 tahun hantar tempah. Tahun ni je cam huru hara sikit. Beli pun sepasang je. Tak tau la kot2 lepas ni bertambah kan ;) (Actually memang dah bertambah pun lagi sepasang beli time expo tu sebab ni back dated entry kn). Lagipun cam rugi beli banyak2 sebab aku jarang2 nak pakai baju kurung except time kenduri or hari raya...huhuhu...

Petangnya kitorang pegi Low Yat. Ikut papa Irfan yang nak cari barang2 PC dia. Dari kena tinggal berdua ngan Irfan kat umah baik aku ikut sekali. Bosan jugak terperuk je kat umah time wiken. Nak jugak keluar walaupun kejap.


Cam biasa time siang camtu Irfan ngantuk je. Tapi tahan jugak ngantuk kalau bawak dia keluar. Tu pun jenuh menari kat dalam kedai sebab dia dah start buat bunyi. Geram la tu nak tido tapi tak dapat :P


Lepas dah dapat barang PC Myo kitorang singgah 1901 tapau sebab tak sempat lunch pun. Dah petang baru nak makan. Kruk krak dah perut time tu.


Suka la papa Irfan dapat barang2 PC dia. Siap upgrade sana sini. Canggih manggih dah. Makin hebat la main game lepas ni nampaknya. Mama Irfan je yang dok pakai laptop office yang tak ada pape sangat ni. PC lansung tak nak hidup dah sebab dah lama sangat tak pakai T_T

Balik tu masuk kereta je Irfan tido sedap giler. Cam biasa sampai umah baru jaga. Kitorang benti kejap tepi jalan makan dalam kereta pun dia tak sedar.


Dah hari Jumaat pun hari ni. Agak hectic jugak la this week sebab aku kena monitor sendiri maid kat rumah ni. Sakit jiwa woiii. Tak sanggup aku pegi office tinggalkan Irfan ngan dorang. Work from home je la nampaknya 2 minggu ni. Ehhh...tadi mak aku baru je kol dari Mekah. Suka2! Alhamdulillah dorang sihat. Just penat je sebab dok ulang alik jalan sana sini. Terubat sikit rindu aku kat mak. So boleh la buat kerja petang Jumaat ni dengan penuh senyuman =) Happy weekends korang!

4 comments:

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

hahhhaha elin ingat ad soping lg td..cecepat baca n3 nih..huhuh

x per kali nih duit simpan untuk next outing dgn irfan tau...hhhhaha ;p

cuna said...

Elin: hahaha...stop kejap...kasi chance papa Irfan shopping pulak ;)

Unknown said...

cumil sgt irfan

cuna said...

posh76: thx sis =)