nuffnang

Friday, August 19, 2011

Persiapan Raya 2011

13/08/2011 - Sat

Kelmarin cuti Nuzul Al-Quran aku stay kat rumah je lepak2 ngulit Irfan. Nak bukak laptop update blog pun malas. Tak ada mood sebab cuti tapi terperap je kat umah coz Myo kerja kat KL so dia tak cuti...huhu...

Sabtu hari tu dah petang tu kitorang keluar pegi JJ. Hajat di hati nak cari baju raya Irfan. Semalamnya Irfan demam. Panas badan dia. 2 or 3 kali jugak la bagi makan ubat. Ni 1st time demam akibat berjangkit ngan cousin2 dia. Tak sanggup rasa tengok dia demam. Sangat kesian. Nangis je lepas tu mata sembap. Letak tuala lembap kat kepala dia kejap je dah kering. Nasib baik esoknya dah kurang panas.


Demam2 pun Irfan still ceria. Tapi kejap je la. Kejap2 merengek. Cam serba tak kena jugak la. Tapi bila bawak keluar dia behave je. Suka sangat la tu kalau orang bawak dia jenjalan. Mata tetap layu. Last2 tak sempat kitorang habis shopping dia dah tertido dalam carrier ngan muka yang penat giler macam dia yang shopping :P Geram...geram...rasa nak cubit2 je tau. Memang dah pernah cubit pun. Best dah anak sendiri ni. Suka hati je nak main cubit2. Kalau anak orang tak dapat la. Tapi cubit2 manja je la kan ;) Giler hape nak cubit budak comel camtu ganas2...hehe...


Ni hasil kat JJ. Tak sampai sejam pun dalam tu. Of coz la ramai giler orang. Sangat sesak. Kalah time JCard Day lagi. Sume dah sibuk shopping raya. Kitorang shopping lelaju sebab Irfan dah ngantuk sesangat dah. Last2 balik jugak even tak abis cari barang lagi sebab Irfan dah tido. Sempat la grab baju Melayu Irfan sepasang. Akhirnya dapat jugak beli. Tu pun besar sebab saiz 8-12mths. Tu je paling kecik yang aku jumpa. Asalnya nak theme biru tahun ni. Last2 tak jumpa baju Irfan color tu terus tukar theme :D Lepas tu beli topi ngan kasut. Pic tak ada. Malas nak snap.


Weekend ni harus completekan mana yang kurang. Agak2 tak sempat abaikan je la kot. Ni check list untuk weekend ni. Papa Irfan sila take note ye ;)

- Baju Melayu papa
- Sandal/kasut papa
- Tudung mama
- Sandal mama
- Shirt/kemeja papa
- Seluar & baju Irfan
- Kopiah/songkok Irfan
- Biskut raya
- Servis kereta

Ha hamik siap list. Berlambak lagi tak complete. Baru hegeh2 nak buat persiapan raya ni. Before ni cam malas2 je. Tak rasa cam nak raya pun. Tetiba baru perasan ehhh dah nak raya? Ngan biskut raya satu pun tak buat/order/beli. Duit raya pun tak tukar lagi. Weekend ni la baru nak hantar kereta servis. Next week jugak la nak pegi hantar cuci+vacuum+polish+wax. Maklum la nak jalan jauh. Bajet kereta raya la kan walaupun kereta dah tua...hukhuk...Banyaknya nak pakai duit. Mengalir la duit cam air lepas ni. Ohhh nape la tak dapat bonus time raya ni T_T Kita tengok je la nanti apa yang sempat buat weekend ni.

Tahun ni raya belah Myo pulak kat Johor since tahun lepas dah belah aku. Ekceli tahun lepas patut belah Myo tapi sebab aku morning sickness sampai ke raya kan. Ada la alasan kukuh beraya kat KL je. Dah muntah ijau oren tak kan la nak travel jauh2. Mau nya muntah kaler pelangi kang. Hurmm...camne la beraya di perantauan tahun ni ye. 1st time since lahir tak beraya ngan parent aku T_T

16 comments:

[DnaZz] said...

semoga kita tak menangis masa dengar takbir raya nanti..(alamak, bergenang air mata..huhuhuhu)

cuna said...

Dnazz: tu la. hrp2 xde la drama air mata nnt T_T

Nurul said...

huwaaa. sedih2. tp seb baek ade meor n irfan. ade la jgk pengubat hati. nurul takleh imagine kalo nurul kene beraya tnpa parents. sob sobbb :(

Unknown said...

alolo sedihnye raya jauh.. cuna muntah kaler pelangi macam best je kan? haha :)

familisihat said...

raya jauh ye tahun ni? huu..johor kat mana? saya pon raya thun ni umah hubby dulu..tp kmi dekat2 je hehe..ipoh taiping still dlm perak..
x buat biskut ke? mai lah tempah almond cluster dgn saya hehe..baru RM18 sebalang;p

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

cuna...kompem list itu jer??????
dah pk x der yg tinggal?? kompem ker??

baikk double checkk..nanti menyesal pulak...

hhahahhha ;p

muaaahh dekat irfan.

cuna said...

Nurul: nurul raya la puas2 ngn family ye. kang dh kawen nk kena raya ngn FIL plak.

cuna said...

effa: xtau la best ke x effa. tp yg kaler oren ijau tu pn dh rasa nk pitam...huhu...ni mesti effa xprnh rasa

cuna said...

fawwaznuha: johor kt JB. best la korg dekat2 je. kitorang pn dekat2 jgk. gombak ngn shah alam. still dlm selangor tp family hubby balik kg belah atok hubby pulak. so tak ada makna jgk la umh dekat2 pn T_T

cam menarik je almond cluster tu. ada bape biji? ada delivery smpai umah x?:P

cuna said...

Elin: iye. itu je kot. tu pn ntah dpt cari sume ke x. nape? elin ada idea ke nk tmbh pape lg? mskkn dlm list raya thn dpn je la kot :P mmmuahh kat sara jgk =)

Hasnah said...

Keke terubat shopg asna tgk cuna shopg hehe. Merasa la kita beraya di perantauan thun nie hehe.

Azian Elias said...

YA ALLAH..dah besar dah bujang awak. lama tak singgah sini.

familisihat said...

ooo...mujurla kg atuk2 kmi d perak juga..

delivery smpai rumah kena kos pos pula huu..
minat ke ni? sebalang da 32 biji..

cuna said...

asna: bgs la kalo asna rasa cmtu. jgn sedey2 ye. bgs la asna dpt berjimat raya kali ni. slmt beraya di perantauan ye asna =)

cuna said...

Kak Yan: tu la kak yan. sethn skali br nk singgah...hehe...kang dtg lg skali ntah2 irfan dh blh jln dh :P slmt hari raya ye kak. maaf zahir & batin =)

cuna said...

fawwaznuha: xpe la kot azy. tq ye. nnt la kena cari kt kedai borong byk2 skali sng. skrg ni masa terhad sgt T_T