nuffnang

Thursday, August 25, 2011

Shopping @ PKNS + Berbuka @ Manhattan Fish Market + Tutti Frutti + Pizza Hut

20/08/2011 - Sat

Cam melampau2 panjang pulak title entry aku hari ni...hehe...Sabtu hari tu akhirnya berjaya jugak sampai ke PKNS. Dari 1st week puasa lagi dah plan nak shopping kat sini. Tapi sebab Myo tak sihat terpaksa la cancel. Dah 3rd week puasa baru la sampai. Tau2 la time gitu. Orang ramai giler. Nak jalan pun susah sampai bergesel2. Sangat sesak. Sume orang shopping last minute kot. Masing2 nak lengkapkan apa yang tak cukup. Misi utama nak cari baju Melayu Myo, kopiah Irfan ngan tudung aku. Kesian sangat bila bawak Irfan time tengah sesak2 gitu. Nasib baik dia lansung tak ngamuk. Behave je. Good boy betul anak mama nih ;)

Keluar je PKNS terus menghala ke Damansara. Pegi Ikano sebab plan nak berbuka kat sana ngan Nurul n kawannya. Punya la penat pikir nak berbuka kat mana2. Last2 decide berbuka kat Manhattan Fish Market je la sebab boleh book siap2.


Time sampai tu baru pukul 6 lebih. Order dulu then sempat la mengular kejap kat Ikano tu. Dah pukul 7 standby dah kat meja. Dah order awal pun still time berbuka makanan tak sampai lagi. Nasib la ada mushroom soup. Makan sikit sambil melayan Irfan yang dah start testing suara dalam Manhattan tu. Tak tahan dok lelama dalam stroller. Dok sesaje gitu mula la dia rasa ngantuk tapi tak nak tido. Nasib baik la papa nya ada tolong dodoi2 kan. Terlelap jugak last2. Boleh la mama n papa nya makan dengan aman damai :P


Kitorang order Flaming Seafood Platter for two lagi. Kali ni plan nak share 4 orang. Kalau makan berdua je merana pulak nanti. Teringat lagi dulu makan berdua ngan Myo. Yang jadi mangsanya Myo la sebab dia yang kena habiskan. Tu yang amik langkah berjaga2 kali ni ;) Tapi malangya dah makan sampai licin baru teringat nak amik gambar...keke...Last2 Myo jugak yang tolong habiskan coz ada extra fish n chip lagi. Masing2 makan sikit pulak T_T


Before balik sempat amik gambar buat kenangan. Bukan senang dapat berbuka sama2.


Tukar orang pulak amik gambar. Kali ni masing2 senget. Kang tak masuk full pulak kan. Irfan sah2 la tak nampak dalam stroller tu tengah sedap tido.


Last2 kitorang solat kat Ikano je sebab dah lambat sangat. Elok je Irfan tido. Time tengah tunggu papa nya solat tu tetiba terjaga sebab muzik pasang kuat sangat kat tepi tu. Nasib baik tak nanges. Kalau tak jenuh nak pujuk. Maybe sebab nampak ada hadiah kat tepi dia kot. Tu yang cool je :P Thanks Aunty Nurul for the present ;)


Ha hamik. Colurful giler dah stroller Irfan. Meriah giler. Kipas pun dah nak sama kaler ngan wrapper dah =)


On the way balik tu kitorang singgah Pizza Hut kejap. Tak ada la on the way sangat. Memang purposely cari Pizza Hut pun kat Taman Permata tu. Tapau je. Tetiba tekak nak makan spagetti. Balik tu ada orang ngidam nak makan yogurt Tutti Frutti pulak. Singgah kat Wangsa Maju. 1st time aku tengok Tutti Frutti penuh. Sampai tak ada tempat duduk. Time tu dah pukul 10 lebih dah pun. Last2 kitorang makan kat tepi kereta je diterangi lampu jalan T_T

Time weekend rupanya Tutti Frutti tu tutup pukul 1 pagi. Hari lain sampai pukul 12 pagi. Aku ingat pukul 10 tutup kedai dah. Nama pun kedai frozen yogurt. Ingat orang tak nak la makan mende sejuk memalam. Aku on je asalkan dapat yogurt vanilla.


Time nak balik tu ternampak pulak member time study dulu, Amir Rosyeid. Bajet nak pegi tegur la. Tapi tak sempat coz dia dah gerak ngan geng2 bujang dia. Terus balik. Letak je Irfan dalam car seat start enjin kete n jalan. Terus tido budak kecik tu. Memang Ahmad Albab Sayyarah (kereta) betul lahh :P

Balik rumah siap2, lepak2 kejap lepas tu makan spagetti fevret aku lepas spagetti masak sendiri, spagetti meat ball Pizza Hut :P Share ngan Myo. Sejak dah bersalin hari tu teringin nak makan tak dapat2. Akhirnya dapat jugak makan. Alhamdulillah....


Ni present Aunty Nurul for Irfan. Baju sepasang ngan romper. Kena simpan dulu coz saiz 12mths+. But it's ok la aunty. Baju bukan nya expired pun kan ;) Thanks again =)


Ohhh...ni hasil shopping kat PKNS. Dapat sampin ngan kopiah Irfan. Sampin tu tak masuk list hari tu pun. Ekceli memang nak cari. Tapi rasa cam tak ada harapan je nak jumpa so malas dah nak letak dalam list. Tengok2 jumpa plak kat PKNS tu. Kopiah tu jenuh bertawaf sampai give up jugak sebab tak ada saiz Irfan. Sume besau2. Last2 dalam give up2 tu singgah booth yang last sekali terjumpa jugak. Alhamdulillah. Lega dah settle.

Ekceli time jalan2 tu ternampak baju Melayu yang comel2. Memang saiz Irfan. Geram je rasa nak top up baju Melayu Irfan. Tapi hari tu dah beli kat JJ. Tapi tetap tak ada yang color biru. Control je tak beli. Lagipun nanti pakai time hari raya je pun.


Baju Melayu Myo nan ado. Ada pun Myo tak berkenan n mahal. Tudung yang aku nak pun nan ado. Pening cari. Last2 time dekat nak keluar PKNS tu ternampak tudung bawal. Bukan exactly cam yang aku nak but beli je la. Satu kaler kelabu satu lagi putih. Susah hokey nak cari tudung bawal yang best. Sekarang ni dah trend tudung awning2, shawl ngan yang melekat tu. Tudung awning ekceli dulu Myo tak kasi approval nak pakai. Tudung melekat pun sama. Shawl aku pulak yang tak reti nak lilit2. Pakai tudung bawal je la sampai ke sudah....hehehe...Esoknya misi mencari barang yang tak dapat diteruskan...

p/s: Dah ada orang start cuti raya ke hari ni? Sebelum terlambat aku nak wish siap2 la ye. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf kalau ada terkasar bahasa tersilap kata or mengguriskan hati sesape sepanjang aku potpet kat blog ni. Selamat balik kampung n drive safely =)

5 comments:

Nurul Husna said...

alahaiiii irfan niii, aunty blk trosss memboooolat mata diaaaa yeeee? :P

cuna said...

Nurul: hehe tu la. ntah camne elok plak dia terjaga

dEe said...

irfan dah pandai senyum! comeyy!! tp betul la kata ko, skang nk carik tudung bawal dah ssh. aku g carik kt jalan TAR pn ade sket kedai je jual.. yg lain byk jual tudung awning tu.

cuna said...

Dee: kalo kena ngn mood dia cmtu la.kdg2agah2 sket pn xbenti2 plak gelaknye. hehe...ko pn peminat setia tdg bawal lg ke dee? igt aku je yg ketinggalan zaman...keke...moh ler kite pakai tdg awning ye raya ni ;)

dEe said...

aku still pkai bawal.. tak reti la nk pkai tudung awning tu.. aku mmg slo bab2 fesyen neh..