nuffnang

Friday, August 26, 2011

Shopping Raya + Tutti Frutti Lagi

21/02/2011 - Sun

Sume orang dah start cuti raya aku tak habis2 lagi nak update pasal shopping raya...huhu...Aku still lagi kerja hari ni. Amik cuti 2 hari je. So dapat la beraya seminggu next week. Ni kerja pun susah betul nak fokus. Raya mode dah on sangat2 dah...hehe....Time2 gini la orang sibuk nak assign keje berlonggok2. Siap inform lagi kalau tak sempat siapkan sambung hari Isnin. Wah3 kemain lagi kan omputih ni. Tau la dia tak raya. Boleh pulak buat2 lupa aku dah cuti next week...haihhh...

Ni nak cerita hasil shopping kitorang Ahad hari tu kat JJ Wangsa Maju. Kali ni nak cari seluar n baju jalan2 Irfan pulak. Dapat la 2 seluar Baby Kiko ngan 2 baju Anakku. Sentap sket sebab tak jumpa baju kaler purple...huhu...


Then cari sandal aku. Sekali beli sampai 2 la pulak. Dah la dua2 lansung tak ada less. Ralat jugak beli barang yang tak ada less ni. Lagi ralat kalau lepas2 ni tetiba ada less sakan. Tapi beli jugak sebab sandal aku time preggy dulu dah burok giler. Aku pulak jenis banyak heels ngan wedges je. Sandal lansung nan ado. Jarang la aku nak beli kasut time raya coz tak raya pun memang tangan gatal je nak beli kasut. So bila raya pakai je la mana yang ada. But kali ni lain. Ye kena pakai sandal. No kasut no heels. Senang nak ke sana sini ngan Irfan. Sarung terus jalan. Selamat pun selamat sebab nanti tak ada la kena tinggal kat belakang sebab jalan lambat T_T

Satu sandal 'mata helang'. Sama jenis time aku pakai time preggy dulu but design lain la kan. Yang ni je sandal flat yang sedap mata memandang. Crocodile pun flat but nampak macam makcik2 sangat. Tak minat la walaupun aku dah lama jadi makcik...hahaha...Maybe ada design yang ok tapi memang aku cari tak jumpa T_T Larrie pun sama.

Sandal satu lagi Carlo Rino. Ada tumit tapi sikit je. Yang ni cam sayang nak pakai beraya. Kang orang pijak2 je sandal aku tu. Sandal ni nampak cam ala2 kasut tapi sebenarnya bukan. Gatal beli 2 dah Myo kasi green light. Kadang2 pakai duit aku pun kalau no green light dari dia tak lepas jugak beli. Dua2 kena ada. Ada duit ada approval...settle. Kalau Myo yang offer nak blanje lagi la laju tangan ni capai...keke...

Kat JJ jugak akhirnya dapat cari baju Melayu Myo walaupun tak dapat yang exactly the same color tone cam baju Irfan. Belasah je la kan. Balik JJ singgah Taman Permata sebab ada kedai tudung kat situ. Myo kasi green light beli tudung yang ada awning tu. Aku pun tak tau la apa namanya tudung yang aku beli tu. Aku tau Ariani ngan Syria je. Yang nama2 lain aku tak kenal...hoho...


So kira settle la misi pencarian kami hari tu. Petangnya bajet nak pegi cari biskut raya. Tapi time tu aku pening kepala pulak. Terus tak jadi. Lepas berbuka elok pulak pening tu hilang....huhu...Ada orang ajak aku pegi Tutti Frutti lagi...hehe...Aku pulak pantang diajak. Lepas tu aku pulak yang over excited nak pegi. Cam dah addicted pulak kitorang ni. Melampau 2 hari berturut2 belasah froyo.


Perisa vanilla memang adalah wajib. Yang lain2 sume perisa fevret Myo. Aku tumpang2 je la. Ohh time kat JJ jumpa member time study lagi, Iqbal n tunang dia. Kali ni siap berselisih. Sempat la borak2 kejap.


So overall kira complete jugak la barang2 yang dicari. Nak tepek balik list hari tu kat sini.

- Baju Melayu papa - done
- Sandal papa - not done tapi Myo cakap tak payah ;)
- Tudung mama - done
- Sandal mama - done
- Shirt/kemeja papa - not done (Myo cakap tak payah tapi kalau sempat aku nak cari jugak)
- Seluar & baju Irfan - done (kalau sempat nak cari yang color purple)
- Kopiah Irfan - done
- Biskut raya - not done (kalau sempat nak buat choc chips)
- Servis kereta - done

Tak semangatnya la nak siapkan kerja. Mood keje memang dah ke laut. Semangat buat preparation raya je tapi tak semangat nak beraya. Boleh? Suspennya la nak beraya di perantauan tahun ni. 1st time ni nak balik Johor. Tak pernah sampai lagi. Insya Allah nanti tido n beraya di Shah Alam dulu then pegi beraya kat Damansara, rumah Tok Myo belah mak. Then kalau sempat nak singgah umah parents aku japs beraya. Harap2 sempat la. Kalau takkk nangessss =( Lepas tu terus balik Johor. 1 hari 4 tempat beraya. Lemauuu...Semoga perjalanan kami nanti selamat pegi n balik. Selamat Hari Raya to all!

4 comments:

Nurul said...

jom kite buat choc chips! xsaba ni nk tgk outcome dier, jadi sedap cam yg husna buat ke takkkk. hihihi

ps: nnt ry upload gambo tudung taw. kalo upload awal2 msti basi kan? ekekeke.

cuna said...

Nurul:ntah jd ke x ni. kang dok angan2 je :P kalo sdp blh la buat business jaul biskut raya next year ;)

gmba akn diupload but tudung biase2 je la nurul. sy bdk baru blaja. kang dh terer baru la beli yg gempak2 sket :P

Hasnah said...

Cuna, baby carrier tue bleh start pki berapa bulan ek?. Duduk stand gitu..

cuna said...

asna: kalo dok cmtu kalo xsilap start 4bln ke ats. kalo xkena support ngn tgn. xpn kena bwk cm mengendong. kat kotak carrier biasanya ada tulis camne nk letak baby ikut umur dorg =)