nuffnang

Friday, June 10, 2011

RMK Makeover on My Birthday

20/02/2011 - Sun

Ni cerita paling basi antara cerita2 basi yang lain...huhuhu...Cerita 2 hari before aku deliver n that day was my birthday! Birthday aku bulan 2...ni bulan 6 baru nak story...Lupa entry ni dah lama sangat dok dalam draft tak publish2. Memang nak story minggu tu jugak ekceli tapi tup tup aku dah nak beranak dah. Really2 unexpected delivery but alhamdulillah all went smoothly =)

Kan aku ada cerita kat entry early birthday give aku tu. Dapat la voucher makeover ni. Dapat 2 voucher but lagi satu pass kat my fren. Lagipun valid until 15 mac je. Due date aku pulak tu. So 1 tu aku simpan nak pakai time birthday aku. Risau jugak kan kot tak sempat ke nak buat makeover tu. Tapi Irfan pun cam paham2 je. Dia kasi chance kat mama dia nak pegi mekap dulu :P

WARNING: Entry ni akan dipenuhi ngan muka2 aku semata. Dah lama tak interframe muka sendiri kat sini sejak dah ada anak ni. So apa la salahnya sekali sekala kan letak banyak2 muka aku dalam 1 entry ni ;)


So pagi2 tu dah bangun siap2 nak pegi buat makeover kat Isetan The Gardens. Touch up sikit2 then terus keluar. Padahal dok sakit2 badan kepala semua coz tak boleh tido sangat. Dah sarat la katakan. Tapi gigih jugak pegi sebab dah buat appoinment. Besides it's my birthday loh. Tak kan la nak dok terperap kat umah je kan. Sila abaikan lipstik aku yang merah menyala tu. Aku pun tak suka but tu sample free...so pakai je la dari membazir :P


Sampai2 ada orang lain tengah buat makeover jugak. So round2 dulu. Ehhh tak...aku cari kerusi duduk sebab time tu dah ada rasa contraction sikit2. Agak2 dah lama tunggu kitorang datang balik situ n makeup artist tu terus start mekap aku. Before tu dia ada tanya nak light or heavy makeup. Aku cakap nak heavy. Padahal bukan nak pegi mana pun. Jalan2 ngan Myo saje. Tapi saje gedik jugak nak try heavy makeup.


Macam biasa dia cuci muka dulu. Buang segala mekap yang ada. Aku pakai compact powder, blusher ngan lipstik je pun. Makeup artist ni kalau tak silap nama dia Farah kot. Hari tu aku dah ingat. Ni dah 3 bulan dah. Terus ingat2 lupa. Baik budak ni. Oppsss suka2 je aku panggil budak. Tapi memang dari start mekap sampai la siap sume dia tak habis2 dok panggil aku akak. Susah jugak nak jumpa orang yang tak kenal panggil aku akak nih. So jadi bangga kejap. Maybe sebab nampak aku sarat camtu kot. Kalau tak jangan mimpi la orang nak panggil ko akak walaupun sebenarnya ko tu dah tua...ahaks!


Part yang paling aku tak suka bila buat makeover kalau dia lentikkan bulu mata pakai eye lash curler tu. Ngeri! Tapi hasilnya aku suka ;) Time ni nak duduk pun dah tak selesa. Dah la kerusi kat situ kecik je. Tak dapat nak menampung aku yang besar time tu...Duduk pun dah tak boleh sopan2 sangat dah...huhuhu...


Part paling lama of coz la kat mata kan. Tang eye shadow tu. Tu yang mahal tu. Kalau harapkan aku, aku tonyoh je ikut sempat. Blend ikut suka aku...Ohh time ni keluar aku pinjam sandal Crocs mak aku je. Sandal putih aku tu dah tu muat dah. Even lepas tu beli sandal saiz 9 pun sempit jugak sebab dapat masuk kaki half way je. Kembang habis kaki ku T_T


Pakai eye liner....


Pakai mascara....


Done...dah habis mekap baru dia hulur kat aku cermin suruh tengok hasilnyer. Aku pun terkejut tengok sebab macam over sangat je mekap gitu nak round2 pegi window shopping. Bukan nak pegi kenduri or dinner pun. Tapi sempat lagi aku komen suruh betulkan mascara ku yang comot...hehehe....Bukan 1st time aku buat makeover. So aku tau la kan kalau ada apa2 yang tak kena. Padahal kalau buat sendiri bukan cantik sangat pun...hahaha...


Eye brow shaping...dia tak trim pun, pakai pensel je...aku tak cakap apa pun dia memang tak trim...nasib baik paham sendiri. Senang sikit. Budak ni pun sepanjang mekap tu rajin je borak2 ngan aku. So tak ada la bosan sangat. Ni 1st time aku buat makeover kat kaunter n Malay jugak yang mekap kan. Friendly pulak tu...


Tadaaa....dah siap...dinner make up...Eye shadow aku color biru. Tak payah susah2 pakai baju color biru pun dia boh color biru jugak. Suka2! Baju biru aku semua dah tak padan dah time ni. So terpaksa pakai color hitam T_T

Amik gambar dulu before balik. Farah ni siap pesan suruh call dia kalau nak suruh dia mekap. Kalau mekap free mau nyer aku call dia 10x lagi. Tapi sekali mekap RM80. Tak pe lah dik oi! Cukupla aku merasa mekap free gini sekali.

Ehhh nape tetiba dalam gambar ni aku nampak cam besar giler eh? Ke budak tu yang kecik sangat? Ohhh aku sangat merindui time ni. Mesti Irfan tengah berguling2 dalam tu kan sambil cakap "Yayyy! Mama dah siap mekap. Jap2 lagi boleh la Irfan keluar dah" :P


Habis je mekap kitorang terus keluar dari Isetan tu. Tak best la jalan2 kat Mid Valley. Bosan. Kitorang pegi tempat favret kitorang. Kat mana lagi kalau bukan Sunway Pyramid! Kawasan jajahan tu...huhuhu...

So sambil dok dalam kereta on the way tu sakan la aku amik gambar sendiri. Memang berbaloi2 la buat makeover kali ni. Biasa kalau buat pun light2 je. Natural makeup. Ni lipstik pun dah merah menyala. Memang macam nak pegi dinner mana dah. Mekap sekati :P


Sampai2 Pyramid terus cari KFC isi perut yang lapar. Tak sangka betul ni la last aku makan KFC before beranak. Nasib baik sempat makan. So tak ada la heran sangat tak dapat makan time pantang hari tu. Tapi lepas pantang pun KFC la yang aku cari dulu...hehehe

Before makan harus lah amik gambar berdua dulu before aku rosakkan lipstik itu...

Walaupun lapar kitorang order snack plate 1 je ngan nuget. Sorang 1 ayam. Perut aku dah sempit kot nak makan banyak2 sekali. Tu pun dah cukup kenyang. Dah habis makan kitorang mulakan misi tawaf 1 pyramid tu.


Merata jugak la kitorang round walaupun aku mengah2 je jalan. Jap2 bila rasa contraction mula la gelabah cari kerusi. Kerusi pulak selalu full jek. Tambah hangin satu badan bila tengok orang yang duduk tu semua kuat2 belaka. Orang2 muda lepak2 la. Laki yang tough2 tu la. Couple dating la...

Dah la kat kerusi2 kat situ ada sticker utk bagi priority kat org tua, preggy etc tu duduk. Siap ada pic lagi kan. Myo suruh je aku dok sebelah dorang sambil gosok2 perut. Kalau tak bagi duduk tu memang saje la kan...huhuhu...Tapi aku tak buat laa...Tabahkan jugak hati cari kerusi kosong. Nampak je yang kosong Myo pegi lari dulu copkan. Nak tunggu aku...sementara nak sampai orang lain dah duduk dulu...hiks!

Bila dah dapat duduk lega la dapat ilangkan kebas2 di kaki. Time kat Pyramid ni banyak kali jugak la aku rasa contraction. Tapi kejap2 je. Boleh tahan lagi sakitnya. Kalau nak diikutkan tu la 1st time aku jalan giler2 punya sejak dah sarat tu. Even sakit2 pun continue jugak jalan. Entah nape semangat sangat nak berjalan aku pun tak tau. Padahal memang lansung dah tak larat. Kat situ memang tak shopping pape pun....window shopping je. Time preggy memang aku tak banyak shopping kot. I kumpul duit you :))


Ohhh eye shadow aku memang sangat matching ngan baju Myo pakai hari tu. Sangat suka! Balik tu kitorang plan nak singgah 1 Utama. Tak puas lagi aku nak jalan2. Lagipun JJ kat situ tengah sale sebab nak tutup buat renovation. Aku bab2 sale ni memang laju je. Dapat cuci mata pun jadi la. Sekali dekat2 je nak sampai 1 Utama tu rasa sakit giler. Makin kuat pulak contractionnya. Kali ni memang macam tak boleh tahan. Menggelupur jugak la dalam kereta time tu. Myo siap dah ajak pegi Naluri terus. Time tu memang bajet aku beranak hari tu je n Irfan sama birthday ngan aku. Tapi aku pun tak sure tu contraction yang betul2 ke tak. So balik je umah terus. Cancel plan nak mengular ke 1 Utama....


Balik umah ni ha keje aku ngan Myo....hehehe....Kalau jadi pegi 1 Utama memang balik tu ingat nak singgah kat mana2 taman amik gambar sempena preggy ni kan. Nak buat photo shoot tak mampu. So ingat nak la amik sendiri buat kenangan. So bolehla bajet cam hot-mama-yang-jadi-front-cover-majalah-Pa&Ma- :D Tapi belum sempat pape perut aku dah sakit. Bergambar kat umah je la jawabnya.

Ni gambar candid...tapi aku suker. Boleh nampak color eye shadow tu. Suka sangat2 mekap artist tu buatkan especially tang mata tu ;)



Balik2 tu kaki lenguh giler tak ingat. Ngan bengkaknya lagi. Dah berjalan satu hari. Tau nak landing je. Ohhh tengok gambar ni tetiba rindu ngan bilik kitorang dulu. Ni last la kot aku bersantai2 kat sini time siang. Esoknya tido kat umah parent. Esoknya lagi sempat tido 1 malam kat sini n lepas tu dah bersalin...huhuhu...


2 hari before bersalin. Memang tak sangka ni last aku posing ngan Irfan dalam perut aku. Seriously sangat2 rindu keadaan aku time preggy. Sakit2 yang aku kena tanggung tu tak rindu la kan...hiks! Seronok mengandung ni. Tapi part morning sickness, beranak n berpantang tu kalau bole aku nak skip...nak yang kat tengah2 tu jek....hahahaha....ngaruttt!


Ni jugak last pic kami berdua before aku bersalin. Before kami jadi mama n papa. Jari2 aku pun mengembang je time ni. Pakai cincin pun dah ketat. Nasib baik la memang cincin tunang n kawen aku beli saiz besar sket. Saiz jari hantu. So bila jari kembang muat2 je jari manis. Cincin merisik memang terus out sebab memang beli ngam2 jari manis...huhuhu...Bajet2 muat la lepas beranak...Guess what? Sampai sekarang cincin risik tu memang tak muat. Cincin lagi dua tu memang lepas jari manis je T_T


Pipi hidung sume kembang time ni. Sekarang pun sama kot just tak berapa nak nampak sangat.

Ohh ye...Since kitorang tergesa2 balik sebab perut aku sakit tu maka nya tak sempat la nak singgah kedai beli kek. Dah balik tu terus malas nak keluar. Esoknya pulak aku work from home. So on the way balik sempat lagi kirim kat Myo tolong belikan Choc Indulgence 1 slice. Giler tak malu kan siap request2 belikan kek...huhuhu...Seriously Irfan cam tau2 je mama dia nak makan kek dulu. Tu la makanan last masuk dalam perut aku malam tu. Esok nya terberanak sudaa =)

So next year bulan Februari bertambah meriah la nampaknya. Anniversary kitorang couple, besday aku n besday Irfan. Jangan papa nya celebrate sekali harung sudah. Dah la besday kitorang berdua ni hujung bulan T_T Mesti best time tu nanti. Tak sabar nak tunggu Irfan wish happy besday kat aku =)

3 comments:

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

cuna sy dah tuka url tau..
http://www.vanillacheze.com/

;)

Azian Elias said...

Bab2 cam ni mmg akak suka..

cuna said...

Elin: Ok nnt akn di'update' ;)

Kak Yan: kalo kak yan suka sy lg suka :P