nuffnang

Friday, June 17, 2011

Shopping @ Manjaku + SaSa

10/06/2011 - Fri

Malam sebelum pegi PD tu nyempat lagi kitorang nyinggah Manjaku. Misi utama adalah nak beli baby carrier plus top up baju jalan2 Irfan. Opsss...before tu nak tepek gambar perfume yang aku rembat hari Khamis minggu lepas kat SaSa.

Kan time dating bertiga hari tu nak cepat2 keluar sebab takut Irfan tak tahan ngan bau perfume2 kat dalam tu. So aku pun tak sempat la nak belek satu2 perfume apa yang best. Aku ni mana boleh nak pandang perfume sebelah mata. Sape kenal aku tau la kot aku ni giler perfume ;)

Actually time tengah nak cepat2 tu terpandang perfume Vera Wang Princess. Just tak sempat nak tengok harga. Tapi yang penting perfume kat situ sume ada less. Tu yang balik dok terbayang2 lagi. Khamis tu time lepas keje memang nekad jugak nak singgah Mid.

Tapi...perfume Vera Wang yang ku idam2kan tu dah disambar orang. Myo dah ajak balik dah sebab tak ada perfume yang best dah sampai la aku ternampak perfume Britney Spears Believe ni sesat sekotak. Last piece. 50 ml n tak sampai seratus pun. Suka2! Masuk ni perfume Britney Spears aku yang ke 3 lepas Curious ngan Midnight Fantasy. Kebetulan pulak. Alang2 dah beli perfume aku nak jugak cari sebotol untuk Myo. Pusing punya pusing amik A Scent by Issey Miyake ni. Less 30% je pun. Tapi not bad la kalau nak dibandingkan beli kat kaunter2 shopping complex tu. Lagipun aku dah pernah redeem sample vial tu dulu...klik sini...


Cute jek botol Believe nih. Bersegi2. Aku suka beli perfume yang botol dia design lain dari yang lain. Tapi Issey Miyake botol dia standard je. Perfume laki biasa la kot kalau botol camni. Tapi perfume A Scent ni unisex. So kalau agak2 nak sehati sejiwa sangat boleh la pakai perfume ni sama2 kalau nak keluar...hohoho...Actually banyak lagi perfume yang best2 yang on sale. Tapi dah lambat terjah banyak yang dah dirembat orang T_T


Berbalik kepada shopping kat Manjaku. Sempat rembat beberapa helai baju jalan2 Irfan. Tak best sangat beli barang kat sini. Bukan ada sale pun. Aku ni ralat sikit kalau shopping time tak ada sale. Berkira okeh...


Tapi beli la jugak sebab esoknya nak pakaikan kat Irfan time nak pegi PD. Nak la jugak pakaikan dia baju lawa2 kan ;) So kat PD Irfan ada la rasmikan 2 or 3 pasang baju baru...


Sambil2 tu amik topi ngan baby bottle wash jugak. Rupa2nya topi tu saiz L daaa...tak perasan pun ada saiz...huhu...kepala Irfan kecik lagi kot. Simpan je la dulu. Bottle wash tu stand by kot2 yang sedia ada kat umah dah abis. Dah jatuh chenta pulak ngan mende ni since pakai sample yang Fiffy kasi time Mom & Baby Expo hari tu. Padahal elok je before tu basuh pakai air panas je...hehehe...Rasanya cam mempercepatkan lagi keje plus dpt menjadikan aktiviti membasuh botol susu sbg satu aktiviti yang menyeronokkan...hiks!


Last but not least amik baby carrier My Dear ni. Tu pun lepas pening2 pilih2 compare2 ngan My Dear lagi satu n BabyLove. Takut beli2 kang Irfan tak selesa pulak nak dok dalam tu plus takut carrier tu tak boleh support belakang kepala dia. Kalau ikutkan yang best mesti la carrier yang mahal2 cam Bjorn tu. Tapi mahal bebenor la pulak.

Actually aku dah beli carrier Pureen time preggy aritu. Tengok2 rupa2nya carrier tu suitable untuk baby yang 12kg-14kg...huhuhu...Dulu rembat mana la nak paham sangat. Main amik je ikut sempat. So beli la jugak yang My Dear ni. Not bad la kot. Kalau letak mengadap ke dada still kena support kepala baby ngan tangan jugak. So kena bawak horizontal style. Beli kat Manjaku sket pun tak ada less. Nak jadi member pun nak kena preggy baru boleh. Takkan nak preggy lagi sekali kot...hehehe...Rugi coz time preggy aku lansung tak pernah jejak kaki kat Manjaku pun T_T Ni kalau rembat time My Dear warehouse sale confirm murah giler nih. Dah 2x aku termiss warehouse sale tu. Tak ada rezeki nampaknya di situ T_T


Pandangan belakang...Ok la...Aku suka coz ada warna biru even birunya dok belah dalam...hehehe...

Pandangan depan....Eh ke ni belakang??? :P


Yang romper biru tu memang cannot resist lah. Sebab color biru plus ada teddy bear terjongoi kat situ...hehehe....sooo cute ;) Time ni dah bayar so kena bayar lagi sekali....hikhikhik...Beli jugak mende untuk Irfan pegang2 n masukkan dalam mulut dia. Asik masuk jari dalam mulut je. Tapi so far dia tak heran pun ngan mende ni. Jari jemari dia lagi menarik...huhuhu


Tu je la kisah shopping kat Manjaku. Lepas tu aku ada shopping lagi. Maybe yang last untuk bulan ni kot. Nanti2 la pulak story mory. Yesss! Hari ni dah ari Jumaat. Weekend ni boleh ronda2. No shopping dah kot T_T Esok ada kenduri cousin Myo. 1st time nak bawak Irfan pegi kenduri =)

4 comments:

Hasnah said...

adoiii! shopping lg hehe =D okey bab nie xmo jelez dah sbb dok suspen menghitung saat dn jam jer nk bsalin keke

cuna said...

hehehe...top up bj jln2 irfan je pn. b4 ni asik dok beli bj tido aje :P asna mmg xyh jelez pn. nnt pas pantang n bb pn dh dpn mata blhla sambung shopping blk. time tu lg best shopping tau. b4 bsalin shopping ala2 kadar je dh cukup ;)

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

waahhh shopping jer ehh...
makeup x beli lagi ker?? hihihiih ;p

cuna said...

Elin: welcome to shopaholic world elin...hehehe...xde la. biase la top up baju2 irfan. aritu time preggy bli sket2 je.

mekap baru bli 2mggu lps kot. so far xde la nk beli mekap tiap2 mgu. aritu bli pn sbb ade sale. bli time sale jimat sket kn ;)