Hujung minggu adalah hari2 yang sangat ditunggu2. Time tu la dapat nak bersantai2 kat rumah. Mengulit Irfan sepanjang hari. Lagi best weekend aritu aku sempat ber'dating' ngan Myo berdua. Pegi tengok wayang.
Dah dekat setahun kot tak tengok wayang. Cerita 1st n last kitorang tengok lepas kawen ialah Twilight Eclipse tu. Lepas tu aku pregnant terus lansung tak pernah jejak kaki dah kat mana2 wayang. Myo cakap tak elok untuk baby dalam perut time tu. Aku pun kena la dengar cakap laki kan. Geram2 pun beli pop corn je kat TGV pastu bawak balik umah T_T
So Sabtu hari tu akhirnya berjaya tengok cerita Pirates of The Caribbean: On Stranger Tides. Cam biasa of coz la best kan. Lawak. Lagipun abang Johnny Depp yang berlakon :P Next nak tengok X-Men ngan Transformers pulak. Thor dah terlepas. Tu pun kalau ada masa la kan. Kesian pulak kat Irfan kalau mama n papanya sibuk berdating je :P
Kitorang tengok kat Wangsa Walk saje. Tu je wayang yang paling dekat ngan umah. Owhh aritu 1st time dok kat twin seats ;) Baru nak merasa dok kerusi best. Abis je tengok wayang terus chow pegi JJ Wangsa Maju cari Body Shop. Sejak dah pernah beli sekali last year terus jatuh chenta nak beli something lagi kat sini.
Body Shop tengah sale sekarang ni sampai 12 Jun. Aku pun rembat la 3 botol shower gel. Yang aku beli tu ada less 60%, 40% ngan 20%. Cam biasa yang lagi banyak less tu lagi lama la MFG date dia. Sempat la kot buat stok setahun coz bukan nak pakai hari2 pun. Kadang2 bila terasa nak pakai baru pakai. Time ada less la nak merasa pakai sabun wangi mangi. Tapi agak terkilan sebab tak dapat beli milk bath ngan body scrub. Less sikit je. Cam tak berbaloi nak beli mahal2. Sale kali ni adalah kureng best kalau nak di'compare'kan ngan last year punya.
On the way nak balik pegi parking, ternampak la pulak baju baby. Tengah sale jugak. JJ kan tengah sale sekarang nih. Kitorang je yang tak ada masa nak merayap ke situ. Kebetulan dah lalu tu tangan ni laju je selak2 baju2 yang ada. Terus dapat 3 helai. 50% - 70% less tu. Mesti beli sebab tak pernah belikan Irfan baju Disney lagi. Beli baju 3-6mths. Ada selai yang 6-12mths....hehehe...beli in advance...kot2 boleh buat baju raya =)
Dah keluar pun tak sempat nak makan2 dulu. Makan kat umah je. Irfan sedang menunggu...Ahad tak keluar mana2. Ngulit Irfan puas2. Ingat nak bawak Irfan keluar jalan2 pegi taman tapi last minute cancel pulak. Hopefully plan nak bawak dia jalan weekend depan ni jadi la. Sementara tu kena tempuh 5 hari keje yang tak best ni dulu T_T
6 comments:
nie yg rasa nk shopping kat bodyshop jugak nie keke..
asna: sila2 =) pakai wangi2 ni elok utk terapi. xyah pegi spa dh. buat sendiri je ;)
waahh pengemar body shop jugak eh....cuna nih klu kua kompem / wajib shopingg kan..makeup x shoping lagi ker?? ;p
Siti NurJenab: ala minat gitu2 je. setakat nk beli setahun skali blh la ;) nk buat cmne elin...mmg dh shopaholic...hehehe...beli pn sambil2 je...sambil menyelam minum air :p makeup stop jap kot...stok lama still ada lg =)
betul!izaa pon dh xtgk wyg lama giler since preggy jgk. sampai skrg xg wyg lg sbb xda org nk jg rifqi..sedih lorrr huhu
Dnazz: hehe ade geng rupa nyer. aritu dpt kua pn sbb upah org tlg jagakn irfan ;) kang bwk irfan skali ada yg org lain xtenteram nk tgk wayang kang :P
Post a Comment