nuffnang

Wednesday, June 15, 2011

Makan Angin @ PD

11/06/2011 - Sat

Sabtu baru ni akhirnya berjaya sampai ke Port Dickson. Dari aku tengah preggy dulu lagi teringin nak pegi ngan Myo. Time tu tengah sarat 8 bulan. Plan punya plan lansung tak jadi. Nak pegi time anniversary pun tak jadi sebab berebut ngan orang cuti sekolah. Ngan hotel full nyer ngan rate bukan main melambung2 lagi. Kali ni baru dapat pegi.

Dekat2 pukul 12 baru kitorang gerak dari Gombak. Lunch pun tapau McD je makan dalam kereta. Irfan dalam kereta behave jek sebab dia memang suka naik kereta. Mata pun bulat. Tido pun kejap2 je. Sepanjang jalan aku pangku dia. Kang agak2 lenguh letak dia kat sebelah.


Pukul 2 lebih gitu dah sampai PD. Tapi tak boleh check in lagi sebab belum pukul 3 plus sume bilik penuh lagi. Keluar masuk kereta pun tak dapat check in jugak. Memang tak sabar betul nak masuk bilik. Kami kepanasan. Memang panas terik time tu.


Bergolek2 Irfan kat belakang tu tunggu nak check in. Kitorang siap round2 jap area2 situ nak hilangkan bosan menunggu. Nak pegi pantai pun panas. Kesian pulak kat Irfan. Tempat makan pun banyak gerai2 n tepi jalan. Pun panas jugak. So dok bertapa dalam kereta la ada air cond.


Lepas dah beberapa kali tanya akhirnya dapat jugak bilik before pukul 3. Masuk bilik terus cari air cond...hahaha...tapi hampeh sebab air cond nya tak boleh idup pulak. Panggil orang dia adjust2 baru ok. So bersantai la kitorang 3 beranak di bawah angin air cond yang sejuk tu :P


Budak kecik yang terdampar kat hujung katil kepenatan. Masuk je bilik lansung tak bunyi. Sunyi sepi je dia. Stunt beberapa saat jugak la. Padahal before tu rajin betul sembang2. Pelik kot datang tempat baru.


Lepas dah angkut2 barang masuk bilik Myo keluar pulak tapau kan lunch. Lunch kat bilik je lagi best. Aku dok kat bilik ngulit Irfan sambil golek2....hehehe...Sonok golek2 kat katil besar. Irfan sekarang makin rajin bersembang, senyum2 plus gelak2. Tapi bila aku angkat je handphone nak amik gambar terus muka dia jadi serius. Mata pun bulat jek...huhuhu...Susah betul nak amik gambar dia senyum...


Petang lepas Asar, sambung ngulit Irfan lagi. Punya la siapkan dia ensem2 last2 dok kat bilik je. Papa dia pegi swimming kat swimming pool bawah ngan adik aku. Siap main water slide lagi kan. Aku intai2 dari tingkap hotel je la. Nak follow kang sian pulak kat Irfan. Last2 tido kan je budak kecik ni dulu.

Rocker pun kitorang angkut sekali. Nasib baik boleh dilipat2. Senang nak dodoi dia kalau susah nak tido. Dah lelap sket baru aku angkat letak atas katil. So ngan aku2 sekali la hanyut tido. Nak tengok TV pun bosan. Tido la kami dua beranak. Ekceli parent and adik aku pun join sekali. Saje nak sponsor dorang jalan2. Lagipun parent aku ada kenduri kat Melaka. So singgah la sekali kat PD.


Malamnya lepas Isyak kitorang keluar makan. Banyak jugak kedai makan area Teluk Kemang tu. So singgah je kedai yang ramai orang. Mak aku time ni tak sihat pulak. Demam. Kesian demam2 pun kena datang coz kitorang dah book bilik...huhuhu...


Adik aku datang pun lepak bilik je. Pastu pegi swimming pool. Cam bosan jek datang PD. Tapi aku tetap suka coz dapat pegi pantai ;)


Hoyeahhh...kami tiga beranak. Chef Irfan yang bermata bulat. Jarang pakaikan topi biru ni. Sekali pakai nampak cam topi chef la pulak kan :P Irfan bertahan kejap je sebab lepas tu dia ngamuk. Ngantuk. Letak dalam stroller pun ngamuk jugak.


Pegi amik carrier dalam kereta dodoi2 sket sedap je dia tido dalam tu. Tak sesia kami beli carrier malam sebelum tu. Sempat lagi singgah kat Manjaku malam tu beli carrier semata2 nak pakai kat PD ;)


Tido kejap pastu sampai bilik je terjaga. Sembang2 dulu ngan mama n papa dia. Last2 aku tak larat bersembang tertido dulu. Tinggal Myo dok dodoikan budak kecik ni sorang2...hohoho...Dekat pukul 2 baru tido kot.


Sok paginya lepas nyusukan Irfan aku lansung tak boleh tido dah. Padahal Irfan memang nyenyak giler tido. Patutnya time2 gitu la aku nak tumpang tido sekali. Terus ajak Myo pegi pantai kejap jalan2. Pesan je kat mak aku tolong tengok2 kan kalau dengar Irfan nanges. Bilik kitorang memang ada pintu kat tengah2 tu. So bukak je pintu tu kejap2 aku pegi sebelah. Bawak Irfan main2 ngan mak tok, atok ngan pak su dia.


Since kitorang keluar pagi sangat dalam pukul 8 gitu memang tak ada apa pun nak dibuat. Pantai pun lengang je. So kitorang bercanda di tepian pantai je lah...hahaha...Jalan2 tepi2 air tu. Aku memang suka tengok laut. Rasa aman damai jek. Myo sempat berenang2 kejap n then kitorang balik bilik takut Irfan terjaga.

Sekali balik2 bilik Irfan dok sedap lagi tido. Lansung tak bangun2. Mula2 ingat lepas naik tu nak turun balik main jet ski ngan Myo. Sekali tengok Irfan tido terus mama n papanya terbabas tido sekali sampai la 11 lebih. Terus kemas laju2 sebab kul 12 dah nak kena check out T_T


Before balik singgah pantai kejap bawak Irfan. Nak jugak tunjuk kat Irfan pantai kan...hehehe...Padahal dia bukan kesah pon. Tak sempat nak bawak dia jalan2 sangat sebab time tu dah panas terik.


So amik la gambar bertiga before balik. Time ni parent n adik aku dah gerak dah. Susah gak nak adjust amik gambar bertiga sendiri. Dah agak2 elok muka Irfan pulak kena cover ngan tali carrier tu...huhuhu...


Tadaaaa...dah masuk sume. Kesian budak kecik tu silau. Abis amik gambar terus chow balik...


Seronok la jugak walaupun penat. Memang tak ada apa sangat kat PD except pantai nyer. Memang betul2 makan angin je. Pegi pun kejap. Ngan anak kecik pulak tu. So tak banyak aktiviti sangat boleh buat. Saje nak bawak Irfan jalan2. Lepas ni tak ada la nak jalan2 jauh dah kot sampai la raya nanti =)

6 comments:

Princess Cindellyna said...

Amani pun 1st time pergi jalan PD time cuti 1 May hari tu.. tp xupdate pun dalam blog sebab mama dia malas.. hihi.=p.

Cepat je masa berlalu kan?rasanya kita baru je gave birth to our baby dlu..huhu

familisihat said...

cepatnye masa berlalu dah 3 bulan pon...nk tanya rocker tu mmg boleh buat baby tido eh?nk beli tp tkut damia x suka pula..letak dalam katil yg ada buaian pon dah xmau..

cuna said...

ooo amani dh smpai PD dulu rupenye ;) aah mmg rase cpt je. still terbyg2 lg saat2 melahirkn tu =)

cuna said...

fawwaznuha: tu la. next week irfan dah nk masuk 4 bln dh. sonok tgk die membesar =)

emm psl rocker tu tgk jgk azy. kalo mmg die dh mamai2 letak dlm tu blh la tdo. tp kalo mata tgh bulat plus ngamuk2 mmg xjln jgk :P rocker tu blh hayun2. pastu cm ada vibration nk bg baby calm. aritu sy beli pn sbb ade try rocker kakak punye dulu. tu yg berani nk beli tu

familisihat said...

oo..tp smpi 9kg je kn?kalu boleh x nak beli buaian..tp damia ni jnis nak tido atas riba je..susah juga nanti huu..skg kt kg bolehla ramai org tolong2

cuna said...

fawwaznuha: oh x la. rocker tu blh support up to 18kg. blh adjust2 jadi kerusi. so blh pkai lame jgk la. sy pn mula2 kalo blh xnk letak irfan dlm buaian. last2 no choice jgk. dlm buaian je sng nk tdokn die..huhu