Tengah hari buta Ahad ari tu kami tiga beranak pegi kua jalan2. Nasib baik tak panas sangat coz pagi tu dah hujan lebat. Tu yang sedap golek2 ngan Irfan sekali tu :P Kitorang pegi The Mines. Sekali nak keluar jauh giler okeh. Aku pernah sampai The Mines ni pun sekali je time preggy dulu. Pastu jalan sikit dah tak larat nak jalan. Terus cop tempat ni boring...hahaha....Aku lagi prefer round2 kat 1Utama kot.
Tapi kali ni excited nak pegi sebab 1st time nak keluar dating bertiga. Ekceli pernah keluar bertiga but kat kedai area2 umah je. Time tu tak sampai berapa saat dalam kedai Irfan dah hekhek dah. Nasib sempat grab barang yang nak cari tu. Kira dating kali ni spesel la sket coz nak masuk shopping complex ;)
Sepanjang jalan mata Irfan bulat je. Tido pun time dekat2 nak sampai. Suka betul dia naik kereta. Kereta berenti je mula la dia hukhek :P Hari tu keluar rasmi baju baru...hehehe...Baju jalan2 dia yang cantik ada 2 helai je pun. Banyak baju tido je. Nanti la nak kena top up lagi baju budak kecik ni ;)
Yang paling excited of coz la papa Irfan. Dia yang beria2 nak datang sini. Aku ikutkan aje. Bukan aku pun yang kena drive kan. Jauh2 datang adalah semata2 nak tengok Gundam Fair ni. Sape2 yang tak tau gundam tu menatang apa boleh dimaafkan sebab aku tau pasal mende ni pun lepas kenal Myo...hehehe...Gundam tu cam segala tok nenek robot tu. Robot yang mahal tak ingat dunia...hohoho....Ekceli kat situ ada Book Fair. Memang penuh la orang. Tempat gundam ni pun seciput je hujung sekali.
Mula2 tawaf sekali ngan papa Irfan tengok gundam2 dia. Last2 mama nya yang naik pening. Terus cari port nak parking stroller Irfan. Duduk la kami dua beranak kat celah2 kotak2 gundam tu...hahaha...Nasib baik time ni Irfan behave je =)
Lepas papa Irfan berjaya rembat sekotak gundam kitorang pun nak gerak balik dah. Irfan pun dah tak boleh dok diam. Dah start lapar even before masuk The Mines tu dah kasi susu siap2 T_T Tengah2 nak ngamuk tu nyempat lagi bergambar ngan papa kat depan robot tu.
Last2 Myo dukung je Irfan. Stroller pun dah tak laku. Tinggal la mama nya terkial2 nyorong stroller kat belakang. Dalam stroller orang lain ada baby, stroller aku ada robot T_T
On the way balik jem adalah sangat dasyat. Standard la ujung minggu plus cuti sekolah kan. Kitorang nyinggah Petronas solat n tapau McD. Makan dalam kereta je. Time tu pulak tetiba hujan lebat. Jem lagi. Time nak sampai rumah memang hujan makin lebat. Dah la payung sebijik pun tak ada dalam kereta. Maka boleh la dijadikan alasan sambung jalan2 lagi...hahaha
Next destination...Mid Valley! Kali ni mama pulak nak shopping. Singgah kat Sasa belek2 apa yang patut sebab dorang tengah buat clearance sale sekarang. Sume barang ada less. Geram haku. Memang pantang betul kalau ada less2 ni tau :D Ni pun baru 2nd time masuk Sasa. 1st time masuk memang lansung tak ada hasil. Rimas ko kalau SA nyer asik dok ikut ke hulu hilir. Nak belek barang pun susah. Time2 ada sale kan orang ramai. So dorang tak sempat sangat nak mengekor :P
Last2 beli 2 palette ni. I luv palette ;) Agak lama dah tak shopping mekap ni. Alang2 tengah sale harus la ku rembat sekotak dua. Tu pun kena belek laju2. Kesian kat Irfan cam tak selesa je sebab dalam tu baru perfume macam2. Kalau tak mau aku pegi belek satu2 barang dalam kedai tu tau...hohoho...Sume la sale. Even perfume yang branded2 tu pun sale sume. Tapi tak tau less berapa.
Beli palette Balmbini...RM130. After less RM65. Sangat2 murah. Kalau dorang tak buat clearance sale memang jangan harapla boleh dapat harga gini.
Cute hokey palette ni. Packaging yang sangat menarik. Memang kalau aku tak beli boleh nyesal kot...hahaha...ada eye shadows, blusher ngan lip gloss.
Dalam tu ada clutch ngan palette.
Palette ni pun sama jugak. Ada blusher, lip gloss ngan eye shadow. Apa korang ingat lepas ada anak ni aku dah stop beli mekap ke...no no no...tidak sama sekali yer. Just kena kurangkan saje sebab sekarang ni aku mekap2 paling simple yang boleh. Maklum la time2 tengah super duper bz cam sekarang ni kan.
So if ada sesape yang minat mekap cam aku ni bolehla terjah Sasa. Sale tu sampai 12 Jun. Sesape yang tak minat tu dok diam2. Sila jangan pelik ngan kegilaan aku ngan mekap ni....hikhikhik
Before balik nyinggah Body Shop kat sini pulak. Tak puas hati sebab tak jumpa milk bath. Tanya SA kat situ dia cakap memang dorang tak jual mende tu. Tipu! Aku penah beli last year....hmmm....Tapi tetap ada hasil. Beli sebotol lagi shower gel sebab time beli kat JJ aritu mende ni dah sold out. Dapat less 30%. Sikit jer. Yang penting ada less. Mende gumpal2 tu saje beli sebab dia kaler biru...hikhikhik
Lepas tu melencong ke JJ kejap pegi tempat gundam lagi. Nengok gundam kat situ compare harga nya nak nyedapkan hati. Memang beli kat The Mines tu tersangat la murah. So dah puas hati boleh la balik. Time ni mata Irfan dah terkedip2 nak terlelap dah...
Time lalu kat tengah2 tu nampak kapal Pirates of The Caribbean ni. Cantik dorang buat. Suka tengok.
Sementara nak menghala parking tu tengok2 Irfan dah tido. Aku dah pandang2 Myo ngan muka hepi dah. Nampaknya Irfan dah kasi green light kat kitorang singgah makan dulu...hehehe...Terus singgah Kenny Rogers makan situ. Irfan still sedap tido.
Last aku makan kat Kenny Rogers of coz la before bersalin hari tu. Lama jugak dah. Myo order ni.
Aku order spagetti fevret. Tapi dorang buat tak sedap macam kat Kenny Rogers 1Utama....hukhukhuk...Sana jugak best. Elok2 je makanan sampai Irfan bangun pulak. Bangun diam tak apa. Ni dia start huk hek. Nasib bawak susu. Tu pun kena mintak mangkuk isi air panas nak rendam susu yang sejuk tu. Lepas hantar air panas tu waiter tu siap toleh2 suspen nak tengok kitorang nak buat apa ngan air tu agaknya....hahaha...Biasa orang nak jampi2 je kot mintak air dalam mangkuk :P
Dapat minum susu baru la Irfan ok. Tapi papa nya kena la pegang dia sambil makan. Habis makan terus gerak balik. Elok je Maghrib sampai umah. Siap2 mandikan Irfan terus dia tido sedap kemain. Time jalan memang mata dia bulat je seronok tengok kiri kanan. Siap tahan ngantuk lagi. Tapi pepagi buta tetap berjaga T_T
Irfan pulak time kua bukan main glemer lagi. Sambil jalan ke naik escalator ke orang dok senyum2 kat dia. Even time aku nyopping kat Sasa ngan Body Shop pun SA kat situ sibuk dok belek2 anak teruna aku tu. Standard la tu kalau orang tengok baby kan. Aku tak kesah pun. Suka hati korang la. Jangan amik anak aku sudah. Kang aku panggg baru tau :P
Yang paling penting memang seronok giler la dapat jalan2 hari tu. Susah nak describe dia punya seronok tu. Rasa cam bahagia sangat2 gitu. Irfan pun tak banyak ragam. Ada la nanges kejap2 sebab ngantuk plus lapar. Seriously anniversary kitorang sangat bermakna ngan adanya Irfan Naufal. Rasa sangat complete. Tak sabar nak tunggu weekend ni pulak. Nak bawak Irfan makan angin kat tempat yang aku nak pegi time preggy dulu tapi tak sempat ;) Hopefully jadi la kali ni...
4 comments:
cuna pun suke bodyshop? asna pun! last saturday pun dah shopping. ari nie nk g shopping lg! bodyshop klcc! here Im comeeee!
hahah shopping selagi boleh shopping. bulan depan dh dok umah xde la bosan sgt nk kuar g memane kan hehe ;D
asna: suke suke! tp beli pn time sale2 gini je la. suke wangi mangi ni :P waaa nk g body shop klcc plak? aritu ade mende cari tp xjumpe ke kat bodyshop one utama? tepek la kat blog hasil rembatan asna. shopping puas2 asna. nnt time pantang kalo xdpt kua soping pn at least blh la belek brg2 tu sume ;)
cuna,happy anniversary!!snok kn thun ni smbut be3.. =)
Yun: tenkiu yun. alhamdulillah dpt smbt anniversary smbil bwk irfan jln2 skali ;)
Post a Comment