nuffnang

Friday, June 24, 2011

Wedding Reception @ Taman Tasik Ampang Hilir

18/06/2011 - Sat

Sabtu malam hari tu ada kenduri cousin Myo, Abang Duan kat Taman Tasik Ampang Hilir. Actually start pukul 7mlm. Since umah kitorang dekat je ngan tempat tu, kitorang solat dulu siap2 kat umah. Pung pang pung pang siap pukul 8 jugak kitorang sampai. Irfan sedap tido dalam kereta. Elok2 je letak dia dalam stroller terus mata pun bulat. Memang pantang betul dia orang kacau2 time dia tengah tido :P


Ni 1st time aku pegi wedding orang buat kat tepi tasik. 1st time aku pegi kenduri kawen lepas abis pantang ni. 1st time jugak bawak Irfan pegi kenduri ;) Di malam hari pulak tu. Risau jugak bawak Irfan keluar malam2 pegi tempat2 gini. Tapi nak tak nak kena bawak jugak sebab tak ada orang nak jaga. Kalau tak pegi kang kenduri cousin Myo pulak tu. Sume sedara mara datang.

Memang sampai2 tu Irfan dok baik2 diam je dalam stroller. Lansung tak berbunyi. Sibuk toleh sana sini. Pelik agaknya. "Mana la mama ngan papa bawak keluar saya memalam nih. Ramai orang pulak tu kat sini." n_n


Duduk2 je amik napas kejap lepas tu bangun amik makanan. Irfan tinggal jap tak per. Aunties dia ada nak jaga ;) Makanan memang sedappp. Siap nyesal lagi tak amik banyak sket. Aku amik separuh pinggan je kot. Tapi malu lah i nak pegi tambah lagi kan...hikhikhik...Lauk cam standard la kot ada nasi briyani, ayam masak merah, rendang daging, acar buah, kuah dalca. Tapi yang pentingnya tersangat2 la sedapnya. Ke sebab aku dah lama tak makan nasi kenduri T_T

Daging kambing bakar pun ado tapi aku tak minat. Awal2 dah habis. Satay pun tak sempat rasa. Aiskrim dapat la 1 kon ;) Sementara kitorang tengah makan ada je orang nak pegang Irfan. Femes gitu ;) Kejap kat atok dia kejap kat nenek dia...kejap kat aunty pulak. Agak lama jugak la dia behave.

Kat belakang tu tasiknya. Nampak lampu2 je la. Aku pun tak pernah sampai lagi tasik ni. Irfan dapat kat mak cik dia tak ingat kat mama dia lansung dah kan T_T

Kat each table siap ada 2 ekor ikan emas lagi dalam balang tu. Bosan2 tengok ikan...hahaha...Dorang2 yang balik lambat tu siap bawak balik ikan2 tu sebab memang pengantin dah bayar sume ngan ikan2 tu sekali...

Kitorang amik je makanan pengantin pun sampai. Terus tak jadi makan sebab dok tengok pengantin pompuannye yang vogue da vasss :P

Boleh pulak aku lupa bawak kamera. Pakai handphone time gelap gelita gini sah2 la gambar tak seberapa. Ni pun kutip pics dari kamera orang T_T Ni la pengantin nyer. Tak sempat nak amik gambar ngan pengantin pun sebab lepas tu kitorang balik awal...

Cantekkk kan pelamin dorang =)


Kami pengantin lama :P Yang kecik tu adik Myo yang paling kecik. Yang tak berapa kecik tu bini Myo :D Time ni kitorang tak makan2 lagi sebab sibuk dok tengok pengantin. Sambil tu berangan2 nak jadi pengantin baru lagi sekali. Tapi ngan orang yang sama la kan ;)


Lepas dah pass sana sini Irfan pun dah start hukhek jugak la. Risau gak kot dia testing suara kat situ kang. Sampai berpeluh Myo memujuk...huhuhu...Aku baru je nak pegang pun dia dah bunyi. Kekok rasa nak pegang kalau berbaju kurung. Dah la pakai brooch. Lagi la sian kang terkena pulak kepala cumil anak aku tu T_T

Lepas dah bagi susu pun Irfan nak ngamuk jugak. Rupa2nya ada hasil dalam negeri...hehehe...Terus mama n papanya berlari cari toilet. Boleh tahan jugak la jauhnya nak berjalan. Bukannya ada changing room pun. Pandai2 adjust sendiri je la. Tukar lampin atas sinki je last2. Nasib sinki tu yang jenis flat n kering je.

Time pengantin potong2 kek pun tak sempat nengok. Maybe time tu tengah sibuk ngan Irfan. Elok je keluar toilet tetiba bunyi kebabommmm.....Bunyi bunga api rupanya. Hampehhhh...Kuat giler meletup. Banyak kali pulak tu.

Kesian aku tengok Irfan terkejut giler. Myo peluk kuat2 pun muka dia memang muka terkejut sesangat2. Tak tau nak cakap apa time tu. Tak kan nak nanges kot kan. Irfan pun tak nanges. Tapi memang sangat2 kesian. Dah la Irfan kecik sangat lagi. Sedangkan kat umah kalau bunyi bising sket pun aku dah risau ni kan mende letup2.

Tetiba time tu rasa nyesal sebab bawak Irfan sekali. Ye la kan. Mana la nak budget kat kenduri kawen ada bunga api bagai. Kalau aku tau awal2 aku sanggup tinggal kat umah berdua je ngan Irfan kot T_T Tapi dah lepas pun. Memang tak boleh nak buat apa dah.

Lepas aksi terkejut2 tu Irfan tak nangis pun. Tapi time kitorang nak duduk je dia dah tak boleh dok diam. Memang dah lama sangat tahan ngantuk. Aku nak try tido kan dia pun tak boleh sebab anak aku ni sensitip betul. Asal bunyi bising je dia terjaga balik. Panas sikit je dah susah nak tido...huhuhu...Last2 kitorang decide nak gerak awal. Tak mampu dah nak tunggu sampai abis. Sebab sedara mara lain sume stay sampai sume dah balik. So kitorang tak sempat nak bergambar ngan pengantin pun.

Masuk kereta aku nyusukan Irfan plus pekena air cond lagi...memang sedap la Irfan tido sepanjang jalan tu. Tak tau la berjaya ke tak misi kali ni bawak Irfan pegi kenduri. Ok je kot. Tapi tak boleh nak lama2 sangat. Dah la siangnya dia dah tahan ngantuk sebab kitorang dah bawak jalan2 pegi Sunway Giza. Malamnya tahan ngantuk lagi. Terus malam tu bantai tido straight 5 jam. Best giler aku tak payah stay up malam tu ;)

Door gift. Yang pompuan dapat box tu yang laki dapat bekas isi coklat.


Coklat strawberry...Sempat snap pic sample lagi before masuk mulut...hehehe...Bekas dia sangat cantekkk...Coklat pun sedappp


Yang dalam box tu dapat bekas duit syiling nih. Cantik jugak. Boleh la kumpul2 duit syiling banyak letak dalam ni. Aku ni memang jenis malas nak angkut syiling hulu hilir. Kat rumah berlambak giler syiling.


Ohhh malam tu aku berbaju kurung pink ye. Rasa cam dah lama giler tak pakai baju kurung. Pink pulak tu. Memang kami sume dah pakat pakai baju pink. Jenuh jugak la korek2 kotak cari baju kurung kaler pink. Last2 jumpa yang ni sepasang je. Baru pasan aku tak ada baju kaler pink sangat. Tak minat sangat pink kot. Biru banyak la...hihihi...Nanti la tunggu seru minat pink kot2 time dapat baby girl ke nanti2 :P

6 comments:

Rosie Rose said...

Seronotnya gi kenduri.... kite duk ngidam nasi kenduri nih! Mujur tempoh berkurung dah tamat. Weekend ni nak serang kenduri yg adaaa... caiyok caiyok!

cuna said...

Rosie Rose: waaa rose dh abs pntg eh? best2...slmt menjamu selera la ye ;)

dEe said...

meriahnyer kenduri kazen yun.

♥ Elin ♥ said...

waahh gift tuh mcm bes jer kan....
nasib baik lah dah kawin klu x leh tiru tuh hhehhehhhe..

Terbeli!!! bukan salah saya.. ;)

cuna said...

dee: tu ar kan. tu yg aku pn smpt nk berangan2 lg tu...hehehe....org dh lame keje kumpul duit. blh la buat grand2. ko pn blh la buat kenduri gitu nnt dee ;)

cuna said...

Elin: aah gift tu cm menarek je. tp ongkosnye pn menarik jgk kots :P