nuffnang

Thursday, June 30, 2011

Cerita Weekend

25/06/2011 - Sat

Esok dah hari Jumaat. Dah nak weekend dah pun. Tapi aku baru nak cerita pasal aktiviti kitorang weekend hari tu T_T Apa lagi kalau bukan pegi shopping uols. Kata baru dapat gaji. Cam biasa memang dah set nak beli barang apa. Singgah Giant dulu beli barang dapur plus topup susu Anlene aku.

Jangan terkezut ok. Aku dah pandai minum Anlene Concentrate sekarang...hahaha...rasa cam dah tua pulak kan. Memang dah pun kot. 27 tahun dah. Lagipun tak kan nak tunggu tulang ko bunyi 'krukk krakkk' baru nak minum susu kan. Tulang start mereput bila umur 30 tahun. Dah tak lama dah pun...huhuhu...Dulu time preggy ada la nak minum Anmum or makan pil kalsium/obimin ke. Tapi lepas dah bersalin ni aku selalu minum susu Dutch Lady strawberi yang dalam kotak tu je.

Tetiba last week teringin nak try Anlene Concentrate ni. Recommended by colleague aku. Tapi time tu aku buat dunno je coz kawen pun belom lagi. So budget sangat muda la time tu kan...hahaha...Ni dah beranak satu harus la pikir. Tambah2 lepas dah pregnant, deliver n menyusukan ni. Bukan susu tu senang2 je nak keluar kalau zat dalam badan pun tak cukup kan. So kena la ada supplement. Lagipun aku baca situ boleh start minum Anlene dari umur 19 tahun. Kata prevention kan. Tak kan la nak minum arini minggu depan dah nampak effect. Not bad la Anlene ni. Ada rasa vanilla ngan coklat. Kalau yang concentrate tu 1 pek ada 4 kotak. Kotak dia pun kecik aje. Kecik dari air kotak yang biasa. Dah sudahhh...Tetiba nak membebel pasal susu. Hari ni bukannya hari susu sedunia pun...hiks!


Lepas pegi Giant singgah Manjaku pulak. Nak cari 'something' tapi tak jumpa. Beli 2 botol minyak telon sebab aritu aku ada terbaca minyak yu yi tu tak halal la pulak kan. Ntah betul ke idak. Beli je la minyak lain. Minyak mana nak ada logo2 halal ni. Macam2. Ohhh beli jugak nursing pad Pigeon sebab ada buy 1 free 1 RM36. Tapi still tak semurah Bumble Bee punya.

Cakap pasal Bumble Bee hari ni Transformers dah keluar kan. Tak sabarnye nak tengok. Tapi weekend punya dah full la pulak. 3D ada la. Tak boleh aku tengok kalau 3D. Nanti pening. Tunggu next weekend je la nampaknya kan.


Sebab tak jumpa barang yang aku nak cari tu kitorang pegi One Baby World pulak. Kalau pegi sini memang susah betul nak keluar. Barang yang aku nak tu ada but tak menepati citarasa pulak. So tak beli pun. Beli extra shield untuk Spectra 3 aku. Dah lama teragak2 nak beli. Last2 beli jugak sebab lately bz sesangat. So kalau dapat buat double pumping boleh la jimatkan masa kot. Tapi dek bz sangat shield ni tak bukak2 lagi sampai hari ni...huhuhu....Nak kena sterilize dulu...Nampak mende ni cam simple je. Simple2 pun RM7o. After less pun dapat RM66 je. Tu yang berkira2 nak beli ke tak. Beli drying rack jugak.

Dah bayar nampak pulak romper Nike. Tak mahal n tak murah sangat. RM 34. Beli pun saiz 9-12months punya. Saje beli yang besar sikit. Tapi sebab murah dari romper yang aku beli kat Tesco dulu aku beli jugak sebab cantek. Dulu jahil giler beli 1 set romper RM49. Sekarang dah pandai sikit kan ;)


Al kisah drying rack ni memang dah lama aku wusha. Pun teragak2 nak beli ke tak sebab aku try meminimumkan barang2 yang kena beli. So tempat kering n susun2kan botol...aku pakai cara tradisional je lah...hehehe....Keringkan dalam bakul kecik tu then dah kering letak dalam bekas plastik. Tak ada la kemas sangat tapi still boleh kering n susun botol kan.


Last2 tak tahan jugak sebab tak berapa nak organize. Geram je. Nasib ada less. Beli la jugak. So sekarang makin senang la nak letak capai mende kat rack ni. Tu baru separuh. Letak dalam bilik. Ada yang dok dalam fridge. Lain2 memang tinggal kat rak pinggan kat dapur. Nama je rak pinggan tapi penuh botol susu je :P Dah beberapa bulan berkecimpung dalam bidang botol2 susu ni baru la hari ni nak pakai drying rack bagai kan T_T


Balik dari Manjaku singgah beli ABC fevret kat Wangsa Melawati. Tapau ayam black pepper roasted kat Ayamas pastu terus balik. Esoknya bersantai2 kat rumah qada' tido. Maklum la anak aku jenis berjaga malam. Siang tido. Kalau siang aku boleh join tido sama ok lagi. Ni siang pepagi dengan tak cukup tidonya kena pegi keje dah. Sampai ke malam. Agak2 nak tido dah nak kena bersengkang mata lagi ngan anak bujang aku tu. So gitu la hari2 sampai 5 hari. Time wiken je la ada masa sikit nak santai2. Dah petang sikit tu baru la kitorang keluar bawak Irfan balik kampung Shah Alam. Tu je la kisah weekend hari tu. Weekend ni tengok dulu camne plan menjadi ke tak ;)

4 comments:

Shu @ Mrs. Hamid said...

cuna, sama pattern la kite, keringkan botol cara traditional. Shu pun dh lama usha nk beli drying rack tu, tp x terbeli2 lg.

cuna said...

Shu: hehehe...ade geng jgk rupenye kat sini ;) aritu pegi kebetulan tgk drying rack tu ade less. dpt la RM29.90 dari RM39.90. kira ok la tu kan. rembat je lah satu

~YUN~ said...

yun pn suke drying rack tu,nmpk tersusun je kan..ingt nk singgahla OBW dis week.. =)

cuna said...

Yun: tu la. nmpk kemas kn? sdp sket mata memandang ;) g la yun. drying rack tu tgh ada less skrg ni