nuffnang

Thursday, June 23, 2011

Shopping @ Jusco

12/06/2011 - Sun

Ni adalah entry termendap. Cerita Ahad lepas2. On the way balik dari PD tu plan nak singgah JJ cari baju Irfan lagi sebab hari tu dah last day sale kat JJ. Tapi sedar2 kunci umah kitorang pegang. So kena balik umah dulu. Lepak2 jap terus keluar lepas Asar bawak Irfan sekali. Belum sempat pun nak kua jalan besar migrain Myo dah datang pulak. Terus patah balik. Last2 tiga2 beranak tido je kat umah. Malamnya kul 9 keluar jugak pegi JJ. Nyesal kang tak rembat baju untuk Irfan. Last day hokay. Sale pulak banyak last day 12 Jun tu. Sambil2 tu renew JCard Myo yang dah expired. Dapat la redeem voucher ngan dapat magazine Pearl n catalogue.


Dapat fridge magnet Happy Father's Day ni jugak. Cam tau2 je kan Myo baru jadi papa ;) Ntah2 kalau aku redeem dapat jugak Happy Mother's Day punya. Tapi aku tak pernah apply pun JCard ni. Biar kumpul point kat kad Myo je. Tak ada la point bersepah2 kan.


Baju yang kitorang amik sume yang after less 50% ngan 70%. Sepasang je yang tak ada less lansung. Kot2 korang pelik nape la tak abis2 beli baju Irfan. Actually time preggy dulu aku beli baju newborn, saiz S ngan 0-3 months je. Tapi Irfan memang cepat besar. Lepas tu dah beli baju 3-6 months pulak. Padan untuk baby yang berat 5-8 kg...panjang 58-69cm. Time Irfan 3 bulan je panjang dia dah 67 cm. Dah almost max dah panjang dia untuk baju 3-6 months punyer. So bila pakai pun ada yang agak2 sendat. So sejak dua menjak ni aku dah start belikan baju 6-12 months untuk Irfan. Even cousin Irfan yang 10 bulan pun panjang lebih kurang je ngan dia...Memang betul2 membesar bagai johan dah anak aku ni ;)


Mostly memang baju jalan2 je yang aku rembat. Cari laju2 sebab JJ pun dah nak tutup time tu. Yang kelakarnya SA kat situ sibuk lipat kemas2 nak simpan baju2 kat situ...aku ngan Myo lagi dok selongkar cari saiz...hehehe...Nasib orang tu nak layan tolong carikan sekali. Sebab dah last day sale kan. Dorang nak simpan balik la baju2 tu. Siap dah ikat2 dah.


Wet tissue pun sempat amik 2 bungkus sebab murah. Tak pernah jumpa yang Baby Kiko punyer. 1 bungkus ada 100 helai. 2 bungkus tu RM 9.90. Memang jimat dah kot kalau nak ber'wet' tissue ;)

Actually beli sume2 ni bayar separuh je. Lagi separuh pakai voucher yang baru dapat plus yang aku peram selama ni. So tak ada la rasa cam spend banyak sangat shopping hari tu ;)


Tu je la kot shopping bulan ni. Maybe ni last shopping for June...Cukup la nak rotate2 baju2 tu. Baju mama ngan papa Irfan tak payah baru2. Next month tengok la camne. Selagi tak ada sale selamat la poketku. Time tu boleh la simpan balik duit save untuk sale2 yang akan datang...hahaha...Seriously banyak pakai duit bulan ni spend kat Body Shop, SaSa, Manjaku, JJ, PD bla bla bla...Baju raya pun tak hantar tempah lagi ni T_T

6 comments:

[DnaZz] said...

yea!dah jumpa wet tissue yg dicari2 tue :)))

asna cute said...

baju raya asna dh siap. percaya x? hehe bajet pinggang besar 2inci jer g hntar tempah. haha =D nti raya tak muat tah idak. belasah jer la pakai hehe

~YUN~ said...

rajinnya la mummy cuna shopping!hehe~

cuna said...

Dnazz: hehehe...dh beli baru pasan kat comment iza ckp tisu tu jenis baby kiko. kat JJ tu mmg dorg letak mende tu kt tgh2 alam. so dtg2 je dh nmpk ;)

cuna said...

asna: perghhh dh siap?best la asna. nnt dh abs pntg terus sarung bj raye. xyah nk pk2 dh kn. konpem muat punye la. nnt automatik akn jd selim melim blk ;)

cuna said...

Yun: kene la rajin yun. kalo bkn mama nye sape lg la nk belikn bj utk ank sendiri kn. lg pun shopping tu kan terapi ;)