nuffnang

Tuesday, June 21, 2011

Dating Ngan Aunty Ayna @ Sunway Giza

18/06/2011 - Sat

Sabtu pagi adalah hari untuk bermalas-malasan nak bangun awal2. Camne nak bangun kalau aku pun baru dapat tido dalam pukul 9 pagi tu. Irfan tido tak lelap dari pukul 3 pagi sampai la ke 9 pagi. Bagi susu pun dah angkat letak bape kali. Pampers pun sket2 cek. Clear je. Tapi mata dia kemain bulat. So buai je la. Agak2 nak lelap tetiba aku benti buai terus dia terjaga balik T_T

Bak kata orang tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia...hahaha....tetiba...Camne dunia tak goncang kalau sambil tido pun tangan dok hayun buaian kan...hikhik...Last2 aku pun tido2 ayam je la. Tido tak sampai berapa jam dah kena bangun siap2kan Irfan. Time tu la dia sedap tido pulak. Siap2 makan lunch kat umah lepas Zohor terus gerak ke Damansara. Weols ada date ngan Aunty Ayna kat Sunway Giza ;)

Lama sungguh tak jumpa Aunty Ayna ni since our wedding day last year. Dah setahun rupanya tak jumpa dan bergoss :P Kali ni bawak Irfan for sesi suai kenal ngan Aunty Ayna. Sempatla Ayna praktis pegang baby kan. Pas ni tunggu baby Ayna plak ;)


Irfan serius je time ni. Baru je bangun tido before keluar kereta. Tapi memang behave je sebab lansung tak nanges time kitorang dok borak2. Terpegun kot jumpa aunty yang sungguh chumil tu :P Cam biasa la budak kecik ni bila tau orang amik gambar dia memang susah betul nak senyum. Tapi pandai pulak pandang camera. Dah tak pasal2 orang cakap anak aku cam tak rela nak amik gambar pulak. Biasa la baby kan. Nanti lama2 dia pandai la nak senyum2. He's still in learning process la dik!


Kitorang borak tak lama pun since adik Ayna tengah tunggu. Dah ler kitorang terlambat sampai. Ohhh actually Ayna ni one of my blogger's fren since 2009. Tapi still lekat until today. Maybe coz we share the same interest kot. Satu kepala jugak la kiranya ;) Till we meet again ya Ayna ;)

Nak jalan2 kat Sunway Giza pun bukan ada pape sangat pun. Ni 2nd time kitorang datang sini. 1st time datang terus cop as tempat yang membosankan...huhuhu...Tapi ok la sebab Dataran Sunway ni dah makin meriah. Macam2 ado. Dulu time aku keje sini tahun 2007 gitu mana ada apa sangat.

On the way nak pergi kereta singgah jap kat Tutti Frutti. 2nd time nak makan eskrem Tutti Frutti ni. 1st time masa hang out ngan member2 kat Sunway Pyramid dulu. Time awal2 ngandungkan Irfan ;) Ohhh akhirnya aku dah boleh makan aiskrim balik. Tapi share2 gini je la kan. Tak ada la aku nak habiskan satu cup besar tu...huhuhu...


Banyak tu je pun dah RM13. Tu pun lepas tunjuk Jusco member card. Dapatla less 10%. Asalkan ada Jusco card tu confirm dapat diskaun. Tapi sampai 30 Jun ni je la. Kat Baskin Robbins pun sama.


Time ni Irfan memang betul2 tengah tahan ngantuk. Tapi bila sampai tempat baru memang dia akan pelik tengok sana sini. Mende fevret of coz la lampu or kipas. Lampu kat umah tu pun kalau tengok boleh gelak sorang2 :P Lansung tak heran tengok eskrem. Cuba bawak sini time dia dah besar nanti. Mau tak cukup 1 cup tu dia sorang makan...hahaha...


On the way balik Irfan punya la ngamuk sebab ngantuk sangat. Dodoi2 dia terus tertido. Memang time tido dia time siang. So bila bawak kua dia time tu agak moody jugak la kot sebab kena tahan ngantuk. Cuba kalau malam. Memang meriah. Macam2 nak cerita kan. Balik tu lepak2 kejap then siap2 pulak untuk kenduri malamnya. Sambung later2 ;)

6 comments:

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

elin nak tuti fruti tuh........eerrhmmm lama x mkn nih....

irfan jum ikut auntie mkn ice cream...

Ayuraza said...

eh..irfan dah bambam..bapak irfan pun macam bambam jugak...

kisss sket tuk irfan okeh..

cuna said...

Elin: sila la terjah tutti frutti yg berhampiran ye ;) irfan on je kalo auntie elin nk blanjer. tp kene blanjer mama irfan skali la :P

cuna said...

Ayuraza: ok dah kiss kn dh. smpai naik rimas irfan mama die dok kiss byk2 utk aunty ayu...hehehe..

irfan mmg kuat nyusu since lahir lg. maka mamanye pun slalu la lapar asik nk cari mende mkn je. papa nye plak jd mangsa kene teman mamanya makan. tu yg sama2 membesar bagai johan tu. mamanya je yg ssh nk naik :P

Nurul said...

huwaaa bestnyeeeeeee...kalau nurul takde hal ari tu kompem dpt jumpe kowanggggg. huhuhu ari tu dress fitting tu abis kol 5 kotttt. lame gile...sehariann. next time jumpe kite mkn baskin robin plak yeee =)

cuna said...

Nurul: xpe la nurul. len kali blh jumpe lg. geram je xsempat mkn baskin robbins aritu T_T