nuffnang

Sunday, August 15, 2010

Gathering @ Sunway Pyramid

Sat - 24/07/2010

Boleh tak kalau aku baru nak post pasal gathering beberapa minggu lepas? Boleh kan je la ek. Aku kan ada alasan kukuh. Dengan kesihatan yang tak menentu lagi ni. Tapi still lagi nak berblog. Actually aku gagahkan diri jugak nak pegi gathering tu even beberapa hari sebelumnya aku melepet tak bangun2. Tapi mengenangkan dah plan before aku start sakit n nak jumpa jugak member2 lama....maka tolak ke tepi kejap rasa sakit tu.

Hasilnya memang berbaloi2 :P Pic bawah.....aku, pidah si organizer n iza yang diimport dari taiping :P


Ecah rakan segosip kat YM n Dee yang bergigi cantekk....

Gmah si manager n cik zura si penolong manager. Hahaha....sesuka hati aku jer...

Kitorang bertujuh.....berlapan pun bolehhh :P Yang tak masuk dalam pic...Myo ngan Kamal coz masing2 sibuk mengamik gamba. Kak An n family yang time ni tak sampai lagi...

Sampai2 je dah pikir nak makan kat mana sebab masing2 dah lapar. Aku pun memang datang standby perut kosong. Budget nak makan seafood platter kat Manhattan Fish Market. Tergugat tengok gambar kat blog iza punya pasal. But atas sebab tak dapat undian majoriti maka terpaksa makan kat Kenny Rogers. Aku layan kan je la asalkan dapat makan kerana tersangat la lapar. Time ni aku dah start lapar selang sejam. Btw sampai hari ni aku still tak makan2 lagi seafood platter tu :(

Saat paling genting ialah saat nak pilih menu yang mana satu. Sampai kerut2 ha gmah :P Aku pun selak dari depan sampai belakang still tak tau nak makan apa.

So bila dah tak de idea sangat nak makan apa....kita buat iklan dulu....Lakonan harus mantap....Amcam? Boleh tak jadi model iklan Kenny Rogers? :D


Sambil makan sambil gosip sambil amik gambar.....Sungguh multitasking




Lepas makan round2 tengok kasut sementara tunggu Kak An. Aku yang tengah sakit perut memang awal2 dah surrender. Kalau tak aku la yang paling laju kot nak belek2 kasut. Wahhhh Cuna ke tu boleh pandang kasut2 yang banyak hanya dengan sebelah mata?

Lepas tu makan yogurt kat Tutti Frutti tapi tak de gambar sebab orang yang nak amik gamba tengah sibuk menikmati yogurt. Dah banyak kali jugak lalu depan Tutti Frutti ni tapi tak jugak singgah2. Selain mahal yogurtnya not bad la. Perasa vanilla memang best. Akan ku cari lagi lepas segala sakit perut ni hilang.

Pic bawah....kami berlapan before balik....

Kidnap 2 gambar bawah ni kat fb iza....Aku cam kagum bila tengok dalam gamba aku boleh senyum sehepi tu :P Padahal sakitnya hanya Tuhan je yang tau camne. Ni la last aku berjimba sakan. Pastu terus melepet kat umah sampai la hari ni. Maybe sebab tengok sume happy. So dengan automatik aku lupa aku tengah sakit...


Suka gambar ni jugak. Entah bila nak kumpul ramai2 camni lagi kan...



Last week aku pegi jumpa specialist kat Ampang Puteri pulak. Tak boleh nak harapkan sorang specialist je since aku tak nampak pun tanda2 perut aku nak baik. Doc just bagi ubat tahan sakit n hasilnya boleh dilihat lepas 2 minggu. Korang doakan aku sihat cam dulu ye. Sedih nak menyambut bulan puasa kali ni :( Sedih2 pun next entry aku nak cite pasal kisah yang kurang sedih pulak :)

3 comments:

dEe said...

isk, knp ko tak baik2 lg nh? g la glenneagles, g la prince court gak. tp aku tak sabar nk tgu cite tak bpe sedih tu. hehe. ;) and thank u ckp gg ai cantek. kekekke. ^^

..izza.. said...

apa kata next time kite wat gathering ada theme..contohnye theme ikut warna...owhh...mesti lg best kan..hehehe

cuna said...

Dee: Glenneagles tu bagus ke dee? prince court? mahal tu. bukan hospital panel plak tu. hehehe ko ni...blh plak tak saba ek. aikkk tak kan thank u je kot. blanje la seafood platter satooo ;)

Iza: kalo camtu aku nak cop awal2 kaler biru :D