nuffnang

Wednesday, May 11, 2011

Mom&Baby Expo Haul

07/05/2011 - Sat

Sabtu hari tu 1st time kitorang pegi Mom&Baby Expo kat mid valley. Plan asal nak angkut Irfan sekali. Pikir2 balik cam tak sampai hati la pulak. Tau la kan tempat n time2 gitu. Orang confirm berasak2...crowded semacam...Irfan dah la tak tahan panas...nanti dia start rasa tak selesa memang ngamuk punya la. Sebab tak jadi bawak Irfan, maka nya kitorang kena keluar petang sikit dalam pukul 3 lebih gitu sebab time tu je mak tok nya free. Kesian jugak kat mak aku kena jaga. Tunggu la Irfan besar sikit. Susah camne pun memang kitorang akan bawak keluar sekali jugak.

Dah nama pun keluar petang of coz la jem adalah sangat dasyat. Dekat2 nak sampai Mid tu memang mengesot je. Dah masuk dalam cari parking pulak bercinta. Turun naik berapa kali tak dapat2 parking jugak. Dah sampai terus jalan laju2 masuk dalam. Pakai tangga je turun 2 tingkat. Tak sempat dah nak tunggu lif.




Masuk2 je dah cari kaunter nak redeem goody bag. Aku tengok kat tenet boleh redeem. Tapi sungguh kuciwa sebab dorang dah gantung kertas tulis "Goodies Bags Finished"...sob sob sob....melepas la kan.

Tak dapat goody bag terus menghala ke booth Fiffy. Memang dah set nak cari baju Irfan. Pilih laju2 serbu booth PetPet pulak sebab dah kat depan tu je. PetPet pun memang dah plan nak beli. Tak ada la murah mana pun. Murah sikit je dari beli kat Manjaku sebab aku biasa beli kat situ. Nak pegi Tesco, Giant or Carrefour cam tak sempat je sekarang ni. Dulu memang Tesco la jadi pilihan hati. Banyak barang murah2 je. Sekarang setakat nak beli PetPet berenti je depan Manjaku terus lompat masuk.





Even murah sikit pun tak kesah la. Yang penting murah plus boleh dapat free gift lagi. Free gift nya romper ngan storage bag yang tergantung kat tiang tu. Tapi nak dapat tu depend jugak la nak beli bape pek n saiz apa. Aku part2 free gift ni memang pantang betul lah. Harusla diborong. Kua je booth ni terus kena pegi kereta hantar PetPet dulu. Kalau tak nak jalan pun susah.





Lepas tangan dah kosong round2 lagi tengok booth2 lain. Ada jugak barang2 yang aku tak plan nak beli kat expo ni. Ingat nak beli kat kedai2 kat luar je. Tapi alang2 dah kat situ beli je la bila dah jumpa. Lagipun susah nak keluar selalu2 sangat sekarang ni.
Tu je gambar yang aku ada time kat expo hari tu. Tu pun snap sambil jalan or tunggu queue nak bayar. Tak sempat sangat nak amik gambar banyak2. Memang kena shopping sepantas kilat sebab dok pikir Irfan kat rumah tu. Tak sempat habiskan singgah kat sume booth pun. Banyak sangat boothnya. Ada yang tak sempat lalu jugak. Pukul 6 lebih jugak la baru nak balik. Sekali nak keluar parking pun jem daaa....Time tu jugak sume orang berpusu2 nak keluar. Dah keluar Mid pun jem lagi sekali.






Balik2 rumah terus cari Irfan. Kasi dia minum dulu. Lepas tu sempat la landing kejap kepenatan. Ni la hasil rembatan kat expo tu. Jom tengok satu2 apa ada dalam plastik2 tu. Hopefully korang tak la geleng2 kepala lepas habis baca entry ni :P



Borong PetPet buat stok. Sampai 5 bungkus. Tambah lagi 5 bungkus lagi baik bukak kedai jual PetPet je la kot...ahaks! Mula2 beli 3 pek je saiz M sebab nak dapatkan storage box tu. Kena beli 3 pek saiz M or XL. Irfan still lagi pakai S. So standby je la saiz M siap2. Jimat sikit.
Sekali dah siap2 masuk plastik n bayar sume ternampak pulak romper yang tergantung tu. Rupa2nya nak dapatkan romper tu kena pulak beli 2 pek saiz Newborn or saiz S. So apa lagi....rembat la lagi 2 pek saiz S.

Actually banyak lagi diaper brand lain yang ada kat expo tu. Tapi aku cam teragak2 nak beli sebab tak pernah try. Cam PetPet ni memang Irfan dah pakai dari awal2 hari tu. Aku tengok ok je dia pakai. Tak ada bocor2 or allergic ke apa. So continue je la pakai. Malas dah nak tukar2 brand lain.




Ni freebies yang kitorang dapat kat booth PetPet. Romper, storage box, sample play pants, ngan sample PetPet Newborn.



Romper ni free size. So agak besar la jugak. Tunggu Irfan besar sikit la baru boleh pakaikan.




Ni storage box nya. Boleh lipat2 simpan kalau tak mo pakai...



Kalau bukak terus boleh buat jadi playmat. Letak la Irfan kat tengah2 tu nanti. Tu tunggu dia meniarap la kot. Sekarang pun dia dah boleh pusing2 dah. Time nak tido letak elok atas tilam kecik dia...tau2 tak lama lepas tu dah terkeluar tilam dah. Bantal pun ntah ke mana...Irfan ntah ke mana :P



Lipat2 lagi boleh jadi storage box simpan barang2 dalam tu. Best kan? Sekarang ni simpan je la dulu since kitorang pun tak pindah dok umah sendiri lagi. Malas nak semak2kan bilik yang dah sedia semak ni ngan barang2 kitorang T_T



Baju2 Irfan. Beli kat booth Fiffy. Saje nak cari baju yang besar sikit untuk dia. Sekarang baju newborn dia pun dah start sendat2. Pakai pun dah seksi meksi gitu. Still ada baju 1-3 months dia yang lain aku beli hari tu. So sekarang nak cari yang 3-6 months siap2. Beli baju raya sekali...huhuhu...Sekali aku geram tak sempat raya aku dah sarungkan kang :D


Memang murah la baju kat situ. Cam baju tido tu sume belas2 je. 10 hengget pun ada. Seluar 20 lebih dah dapat. Kat luar mahal woo. Banyak yang 50%. Rambang mata aku dibuatnya. Nampak baju cute2 je terus terbayang2 Irfan. Sure encem punya pakai baju baru...huhuhu....Tapi aku tak sempat nak belek2 sangat sebab ramai orang plus nak kena cepat2...




Rembat mittens n booties jugak sikit sebab murah sangat. Lagipun ada mittens n booties kat umah yang dah ketat. Berbekas tangan Irfan kadang2 tu sebab getahnya dah sempit. Dah besar anak aku rupanya ;)


Mainan tu sampingan je sebab ada music. Padahal untuk budak 18mths+ ...Nak buat camne...mama nya yang over kan...hiks! Cute la mende ni. Beli barang2 kat booth Fiffy tu dapat la seketul baby bottle wash tu free. Aku berus botol pakai air paip aje. Pastu bilas ngan air panas. Tak ada pun nak pakai sabun special untuk barang2 baby ni. Since dah dapat sample ni pakai je la kan.





Beli Nasal Aspirator ni. Penyedut hingus. Memang nak beli dari ari tu tapi tak keluar2 umah. Sudahnya terjumpa kat sini. Beli je la. Kadang2 tu hidung Irfan tersumbat n slalu ngamuk especially time nak nyusu. Sure la tak selesa kan kalau hidung tersumbat. Nak bernafas pun susah. So bila pakai mende alah ni boleh la sedut buang hingus2 yang ada tu =)



Ni mende yang kitorang borong kat booth Pureen. Wipe tissues. Yang ni pun memang dah plan awal2 nak borong buat stok. Lagipun hari tu time pegi warehouse sale Pureen memang tak sempat pun nak beli sebab orang ramai giler.


Memang dari awal2 aritu aku pakai jenis ni. Senang nak tutup bukak. Ada plastic cap. If pakai sticker lambat la sikit plus kalau gam dia tak lekat sangat nanti tisu tu cepat kering. Dah ada baby ni sume nak kena buat cepat. Tambah2 nak kena time tuka diapers dia time2 tengah ngamuk tu...fuhhh...mau ketar kepala lutut dibuatnya...huhuhu...Tak pun kalau lambat2 ada jugak potensi kena pancut T_T




Sekali aku borong ha hamik ko sampai 7 bungkus. 1 bungkus tu ada 2 pek. 1 pek pulak ada 100 helai. Tak sampai 10 hengget pun. Kira cukup murah dah tu. Ekceli mula2 amik 6 bungkus tapi sebab nak dapatkan shopping bag punya pasal tambah lagi sebungkus jadi 7. Tu dalam gambar ada 8 sebab lagi sebungkus tu yang aku beli kat JJ hari tu. So lepas ni boleh la Irfan tido atas timbunan PetPet ngan wipe tissue ni...hahaha...




Beli bath yogurt ni jugak. RM10. Orang tu cakap baru keluar. Saje nak try sebab sekarang pakai Pureen head to toe yang biasa punya je. Yang yogurt ni bau best especially yang raspberry ni. Mende2 yang wangi mangi ni memang aku suka. Ada yang mama nya yang pakai kang....hiks!


Hasil rembatan kat Pureen tu dapat la pencil color yang comel, kids toothpaste ngan maternity toothpaste. Yang pencil color ngn kids toothpaste tu aku pass kat anak sedara je. Maternity tu nanti2 akan dipakai. Even time pregnant pun aku tak pakai. Main belasah je pakai ubat gigi biasa. Tapi ubat gigi ni memang untuk both pregnant n lactating mothers.




Singgah booth Fabulous Mom beli reusable ice pack ni. Memang ada dalam list. Nama pun dah start kerja. Harusla ada alat2 nak pam ngepam. Tak kan la nak letak botol susu dalam fridge kat ofis pulak kan. Kang officemate minum ada yang jadi anak susuan aku kang T_T Beli washable pad jugak. Kena sediakan payung sebelum hujan...ahaks!

Dah beli ice pack harus lah ada cooler bag jugak. Kang sesia je ais cair kalau tak ada cooler bag. Singgah kat booth Autumnz beli beg ni. Ingat nak beli ice pack sekali tapi dah habis. Tu yang beli kat booth lain tu. Nak jugak beli beg yang boleh masukkan cooler bag ngan pam sekali. Tapi harganya....perghhh...telan air liur nak beli...plus nak kena beli 1 set ngan cooler bag, ice pack, ngan storage bottle. Storage bottle aku dah ada. Tak pe la...Nanti cari alternatif lain je.
Dah. Itu je hasil rembatan hari tu. Habis masa 2 jam jugak la kat dalam tu nyelit2 celah orang ramai. Nasib baik tak payah berlaga2 perut dah...huhuhu...Aku dah merasainya time pegi shopping time pregnant dulu. Sekali orang tersiku perut...adoi laaaa...terus tak jadi nak sambung shopping T_T 2 jam lagi atas jalan ngan jem2 bagai.





Balik tu dok terbayang2 booth yang tak sempat singgah n barang yang tak habis belek...hehehe...Siap tak boleh tido asik teringat2 je...hahaha...melampau betul cuna nih! Tapi serius sebab tak puas sebab kena shopping laju2.


And guess what? Esoknya Myo ngan baik hatinya bawak aku pegi expo tu lagi sekali...lalalala...suka2....siap dapat restu dari mak aku lagik....lawak apa kan nak pegi shopping pun nak kena dapatkan restu...tq mak coz tolong jagakan Irfan (^_~) Tq jugak to suamiku yang sudi bawakkan isteri mu ini shopping n angkut2 barang. Memang hadiah mother's day terbaik dah tu untuk saya ;) Tapi mother's day tahun depan nak la adiah lain pulak ye...kekeke...



Kali ni keluar awal sikit. Dalam pukul 11 pagi dah sampai. Memang lansung tak jem. Mabeles. Even parking penuh pun still bernasib baik sebab tetiba je ada orang nak keluar. Ingat sampai pagi orang pun tak ramai la kan. Memang tak ada maknanya. Orang dah crowded sesangat dah. Tambah2 dah last day. Tengok kat registration counter mak aihhh queue panjang giler. Semalamnya pegi memang lengang tak ada orang. Lagipun orang queue nak register utk dapat kan goodie bag tu. Kalau dah abis nak buat apa register kan.





Since aku dah register siap2 kat website dorang....boleh pegi laju je kat counter untuk member. Tak payah beratur lansung. Terus jalan lenggang kangkung je cakap nak redeem goodie bag. Dia cek IC aku pastu dapat la kertas2 bagai. Nak kena pegi tempat lain pulak nak redeem. Dorang just bagi cam kertas2 yang ada cop tu je. Lepas redeem round2 cari barang yang dah set dalam kepala terus balik. Sejam lebih je dalam tu. Memang shopping yang sangat pantas dan tuntas.




So ni isi dalam goodie bag yang di redeem. Time nak redeem tu kat dalam counter tu still penuh lagi ngan goodie bag. Nasib baik tak payah beratur. Sume smooth je. Tak buang masa kitorang yang memang tak banyak masa ni. Dalam plastik yang ada sample PetPet tu ada macam2 lagi. Dapat Scott's Emulsion sebotol besar. Irfan pun still tak boleh makan lagi. Aku la kot yang kena telan. Dapat jugak Ninolac baby cereal ni. Untuk baby 6mths above. Tak boleh bagi Irfan jugak. Pass kat anak kakak aku je.





Mende2 lain yang dalam bungkusan tu ada sample PetPet newborn size 2 keping, Kleenex tissue ngan hand sanitizing moist wipes, Baby Kiko travel size toiletries yang ada shampoo, bath, lotion ngan powder, Heinz tomato ketchup pon dapat, cubic Nutrigen, sample pad Intimate, Elancyl stretch mark corrector ngan shopping bag. Kira cukup meriah dah la ni freebies yang dorang kasi. Yang paling penting tak payah susah2 nak redeem ;)



Dalam goody bag tu dapat voucher redeem romper ni jugak. Tapi memang kena pegi kat booth tu. Yay! Dapat romper lagi ;) Ada voucher2 yang lain jugak tapi kena pakai kat luar. Voucher massage2 pon ada. Tapi aku tak suka kena urut2 nih :P




Ni hasil rembatan kat booth Fiffy. Memang banyak giler baju kat situ. Tak puas semalamnya belek2...sambung belek lagi hari tu. Dapat la 4 pasang. Tu pun berhimpit2 pilih ngan orang lain. Kalau tak mau lagi banyak aku kutip...hiks!




Kali ni dapat free mosquito repellent wipes ni pulak. Macam2 je produk yang ada untuk baby ni. Kadang2 memang tak tercapai dek akal pun nak beli mende2 gini. Dah dapat free coba aje lah.



Singgah booth Pureen lagi sekali. Semalamnya datang tak sempat nak belek2 baju kat situ. Kali ni beli 3 pasang baju. Again tak sempat nak lepak pilih lama2 sangat. Amik sepantas kilat jek.




Dapat freebies lagik. 2 botol yogurt wash yang chumil ngan maternity toothpaste lagi sekali :P



Kat depan Pureen booth tu ada orang kasi free gift lagi. Yang ni tak payah beli barang pun boleh amik. Tapi kena tulis details kat form dia dulu. Dah free tu harus la amik kan. Semalamnya aku datang tak ada pun orang kasi2 free gift ni. Maybe time tu dah petang n free giftnya sume dah habis disambar orang kots.




Beli diapers Whoopee ni jugak. Cute jek color purple. Murah pulak tu. Memang brand baru n tak pernah dengar pun. Datang Sabtu tu memang tak lalu pun booth Whoopee ni. Tapi lepas baca blog Rose terus cam excited je nak try jugak. 3 cukup la kan. Beli saiz M. Hopefully sesuai la ngan Irfan nanti.





Beli disposable pads pulak. Actually malas dah nak beli sebab yang Pureen punya dulu ada lagi sekotak n dah ada washable punya sikit. Tapi dah booth Fabulous Mom tu jual mende ni siap buy 1 free 1 lagi maka aku pun rembat jugak. Murah tu. Sekali lagi terpengaruh ngan Rose...hiks! Rose, sila berbangga sekarang :D Ohhh...kepada yang belum melangkah ke dunia ibu2 tu...ni bukan cerita sensored tau. Dah jadi ibu ni mende2ni adalah biasa. Hujan rintik2 air bergelora...lalala...



Dah habis. Tu je la rembatan2 kat Mom&Baby Expo hari tu. Jenuh nak update. Lambat sikit sebab nak ngulit anak lagi...buat keje ofis lagi...nak curi2 tido lagi...huhuhu...update pun kena update sikit2...tak boleh nak sekali harung....


Ni Nutrigen memang lansung tak masuk list. Round punya round tekak pulak kering. Ingat nak la beli 1 row tu dalam 5 botol gitu. Sekali jual 3 row RM10 la pulak. Dah beli tu orang tu hasut2 soh beli lagi 3 row baru dapat beg nutrigen tu. Terus Myo tambah lagi. Nak bagi anak2 sedara kat umah katanya. Last2 kat umah kitorang berdua yang dok sakan minum :P



Balik tu Myo belanja makan Ayam Penyet AP. Kata mother's day kan. Nak jugak makan luar. Tu pun dekat2 area umah je. Dah lama tak makan ayam penyet. Sedap la jugak. Tapi still tak boleh kalahkan Waroeng Penyet kat The Curve tu. Meletops!



Myo order peach juice. Bawah tu ada cam ada jelly2. Menggoda sungguh. Aku curik rasa sikit. Geram. Banyak2 tak dapat la kan. Pantang 90 hari tak habis lagi :P So minum je la lemon tea yang tak berapa nak sejuk tu. Aku pasrah T_T Balik tu tapau kek blackforest ngan yogurt cheese 2 slice kat secret recipe ;)





Tu je la kisahnya aktiviti aku di hujung minggu. Menyopping. So korang rasa nak geleng2 kepala tak sekarang lepas baca entry aku ni? Aku ada rasa jugak since wallet pun dah kopak nih. Tapi tak menyesal pun sebab barang2 tu boleh buat stok beberapa bulan. Lagipun memang aku shopping apa yang aku dah list kan. Tak terpesong sangat la except cam mainan ngan nutrigen tu...ahaks! Besides memang berbaloi2 sebab barang2 agak murah n dapat banyak freebies. I luv freebies =) Makin seronok shopping barang baby ni bila babynya dah ada depan mata. Hari tu dok dalam perut lagi kena la control2 sikit n beli yang basic je. Dah pasni stop kejap shopping. Penat. Boleh caye ke? :P




p/s: Perghhh...panjang giler entry aku ni. 6 kali taip pun tak habis2 T_T

14 comments:

mr.s mi-G said...

wow...jelesnyer tengok cuna shopping..bnyk betol brg cuna beli + dpt free...hehe..

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

OMG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
shopg gileeeeeerrrrr...huh!!!!!!!!!!
jeles nyer...
ari nak g..tapi sara x blh tingal mana2 sebb die BF x nak guna botol..;(( kirim jer dgn SIL tp ttp x puas ati sebb x g!!!! dddussshhh!!!

[DnaZz] said...

rugi tak pesan kt cuna suh beli brg..haha just kidding :)

cuna said...

belle: tu la.shopping brg sendiri pn xpnh byk cmni. tp nk shopping gini kena puasa b4 n after shopping. puasa xblh spend kt mende lain sgt. semput kang T_T part brg free tu mmg syok ;)

cuna said...

Siti NurJenab: hehehe...sure elin pn geleng kepala kn tgk T_T xpe...nnt2 elin g la kalo ade lg n sara dh besa sket. lgpun tmpt2 gitu ade nursing room. kirim ape kat SIL? tepek la kat blog ;)

cuna said...

Dnazz: no hal je kalo nk kirim. sy pn suka shopping even kdg2 tu jamu mata je. shoppingkn utk org lain bes asalkn dpt belek2 brg ;)tp tu la...aritu pn last minute baru plan nk g. xsmpt nk gegar kat blog...hiks!

Hasnah said...

wah! Cuna... giler la shopping! peh hehe.. nasib baik bby asna blum kuar lg tau.. klu x, adehh berjangkit la dgn cuna nie (mommy kaki shopping) hehe. Bagus jugak kan beli stok pampes awal2 sbb mmg nak guna selalu dh boleh jimat utk benda lain.

Yg wet tissue tue kan? mmg kena guna byk ya cuna? asna baru beli 2 botol jer brand lupe lak.

owh.. nape cuna pki yg jenis dlm pastik tue ya? lg jimat ek?

Shu @ Mrs. Hamid said...

Warghh, shopping sakan. Seronok shu cuci mata.

cuna said...

asna: hehehe...ssh tu asna kalo dh berjangkit nih :P aritu b4 bersalin beli 2 newborn n 2 S size je. lgpn still xtau nnt bb kua bape kg. so xblh la nk borong. skrg cm dh blh agak2 la kot nk naik bape2 kg. so blh beli siap2. cm konfiden je kan...hahaha...

wet tissue byk jgk la guna especially time bb baru lahir aritu. mmg membuang je siang mlm...huhuhu...jap je dh abs. ade eh dlm botol? yg ni xtau la jimat ke x compare to dlm botol tu.xpnh beli. blh refill ke yg tu? kalo cm dlm plastik tu 2 bungkus ade la dlm rm9 gitu. so sebungkus baru dlm RM4.50 n ade 100 helai. murah dh kot.

cuna said...

Shu: alang2 dh dtg jauh2 rasa cm rugi plak nk beli sikit2. smbl2 tu blh tlg kasi shu cuci mata ;) pasni nk insaf kejap la :P

~YUN~ said...

cuna,byknye borong!!seronok yun tgk..kalau ader baby sti lagi bes kan nk borong,sbb dah tau ape yg penting and patut beli..yun g awal pagi,xjem sgt,bile nk kua,punyela byk kete..huhuhu!

Unknown said...

wowieeeee cunaaaa bestnyeee.. effa kalau perut tak besor bleh pegi.. ni dh tak larat bwk badan... byknye free gift..best2.. dua kali baca entry ni.. haha

cuna said...

effa: hehehe...best tu mmg best effa. tp xblh la buat slalu :P effa relax je dulu. nnt2 pas deliver bila ade expo lg bole la terjah time tu. smbl tu blh la buat list time dlm pntg nnt ;)terer tul bace 2x entry yg pnjg lebar ni. kagum plus terharu dh ni...hehehe...tq =)

Unknown said...

huhu.. naik gile tgk freebies..tu yang ulang dua kali tu.. cuna, next punye expo bagitau ye.. effa tak update sgt pasal expo2 ni.. hehe.. bestnye kalau dpt shopping mcm cuna. ngee ;)