nuffnang

Tuesday, May 3, 2011

Makan Char Kuay Teow Best

14/04/2011 - Thurs

Ohhh hari ni 1st day start keje. Tapi aku work from home je. Esok la kot pegi ofis. Pepagi tadi Irfan dah ngamuk. Plus hari ni maid baru start keje nak jaga Irfan. Kena la testing2 la dulu tengok ok ke tak. So hari ni saje la nak tepek entry basi ni.

Ni cerita last week punya last week punya last week...hahaha...cukup basi tak agak2nya? Tak sempat lorh nak update. Time ni kami pegi dating berdua lagi. Dating yang sangat pantas dan tuntas. Mak aku dah kasi green light terus laju je keluar. Tu pun sebab Irfan tido. So kena la cari tempat makan yang dekat2 ngan umah n makan laju2 before Irfan terjaga balik.

Kitorang pegi Mali's Corner ni kat Danau Kota. Saje nak bawak Myo try makan char kuay teow kat sini. Aku dah penah pegi dulu sekali before kawen. Char kuay teow dia memang mabelesss lah. Memang kat sini dorang specialized in char kuay teow je. Tak masak mende lain. Nasi ayam ada time siang je. Yang tu aku tak tau la sedap ke idak.


Kat sini self service je. Macam makan kat KFC, McD camtu. Beratur, order, ko tunggu jap kat kaunter tu coz time2 tu jugak dia masakkan pastu bayar, cari tempat duduk n pastu makannn! So far ni la char kuay teow paling sedap aku penah makan kot. Tapi hari tu makan separuh jek since kuay teow ni mende yang sejuk even dah masak panas2 berasap pun. Sesi pantang aku belum selesai lagi ni. Share2 ngan Myo je lah.



Myo makan nasi lemak ngan ayam berempah. Lupa pulak. Selain char kuay teow ada nasi lemak. 2 ni je menu dia. So kalau nak mintak nasi goreng ke mi goreng ke memang tak kan dilayan la kan. Time nak order nasi lemak ni 2 kali orang tu tanya nak nasi tambah ke tak. Naik pelik jugak. Belum makan lagi mana la nak tau nak tambah ke tak kan. So kitorang pun tak mintak la. Sekali bila dah dapat nasik nya...alahaiiii...ciputnyaaa...celah gigi je. Setakat perut aku ni memang tak kenyang punyalah.


Tapi nasi lemak dia pun memang mabeles jugak. Sape2 yang suka makan nasi lemak kat Kg. Baru mesti suka nasi lemak ni. Memang rasa nak tambah nasik lagi. Tapi memikirkan Irfan kat rumah tu tak jadi la nak dok lelama kat situ. Habis je makan terus balik. Sempat tapaukan char kuay teow untuk mak aku sebungkus. Nasib baik time sampai umah tu Irfan tak bangun lagi. Tak sampai sejam pun kitorang keluar.



Btw, lepas tu kitorang ada makan kat situ lagi but makan ngan family pulak. Siap bawak Irfan lagi. Tu next2 entry la kot. Bersusun dah dalam draft tu. Tapi upload gambar je lah...Ngantuknya mataku ini. Ni kalau tak keje dah lama aku pun hanyut tido sekali ngan Irfan :P

2 comments:

Hasnah said...

dekat sangat dah ngan rumah asna hehe. Cuna, yg nip cream tue brand ape ya? berapa RM cuna nk let go? if boleh pass by hand pun boleh. nanti send email kat asna ya cukas22@gmail.com

thanks

cuna said...

oo yeke? blh la g try nnt. kalo asna peminat char kuay teow gerenti ckp sedap punyer ;) ok2 jap lg sy send email kat asna :)