nuffnang

Monday, May 16, 2011

Irfan Balik Kampung

30 Apr 2011 - Sat

Again cerita basi weekend 3 minggu yang lepas. Banyak kali try nak update tapi asik tertangguh. Nak update ari Jumaat aritu blogspot pulak buat hal kan...haihhh...Aritu kitorang balik Perak. Nak bawak Irfan jumpa Pah Nyang dia kat sana. Cicit 1st la ni kiranya coz Myo cucu 1st yang kawen. Cousin pun sume kecik2 je. Ni 2nd time aku balik Perak since lepas raya last year. Time tu tengah pregnant 4 bulan kot. Kali ni balik bawak baby pulak ;)

Sabtu petang tu dah pukul 2 lebih baru nak bertolak. Plan nak gerak before tengah hari. Packing punya packing siap2 itu ini terus terlajak lepas Zohor. Tu pun barang Irfan je yang meriah. Banyak kali aku dok ulang alik check barang2 Irfan. Ye la kan...1st time packing barang2 Irfan nak travel jauh. Risau kot2 tercicir setengah. Nasib sume ok je. Barang aku pulak yang tercicir :P Barang penting pulak tu T_T


Cam biasa kalau bawak Irfan aku memang kena dok belakang. Since nak jalan jauh bawakla bantal peluk ngan comforter dia sebab nak letak kat tepi aku. Tak larat kot nak pangku sepanjang jalan. Amik kejap2 je time nak nyusu. So nyempatla lagi mama nya nak posing2 japs :P


Officemate cakap aku nampak tembam. Sorang cakap aku tak caye pun sebab maybe dia salah tengok. Kot2 ilusi optik ke...ahaks! Tapi kalo dah 2 orang cakap camtu confirm la tu. Bukannya apa...susah tau nak dengar orang cakap gitu. Harus la hatiku berbunga2 sebab akhirnya berjaya menembamkan diri sendiri ;)


Kekeke...Sume gambar aku je ni. Lama dah tak tepek gambar sendiri banyak2. Actually ada dalam draft satu entry ni yang penuh gambar aku sesaje. Tapi sampai ke sudah aku tak publish2.


Memang Irfan tido je sepanjang jalan tu. Even time nak gerak dari umah tu memang dia tengah sedap tido. Lansung tak jaga sampai la kitorang dah sampai kampung. On the way balik KL pun gitu jugak. Time stop kat RNR je dia ngamuk. Kereta gerak je terus senyap tetiba. Pastu mata bulat cam tengah menghayati gitu. Suka betul dia bila kereta gerak. Bajet cam dalam rocker dia kat rumah la tu. Haihhh anak mama ni...Pasni kalau susah2 nak tido kena bawak jalan2 naik kereta la nampaknya T_T


Sangat suka tengok time Irfan tengah tido. Rasa nak tumpang tido sekali kat sebelah je. Tapi aku kena jugak pegang2 dia sikit. Tak ada la nak biarkan gitu je. So tak boleh tido even kadang2 terlelap kejap2 :P Nak letak dalam car seat pun car seat yang ada tu untuk baby yang dah besar sikit. Cam Irfan ni tak sesuai lagi nak letak kat dalam car seat gitu. Lagipun ni la 1st n last kot travel jauh2. Pasni kalau nak pegi jauh pun time Irfan dah besar sikit. Maybe time nak raya nanti ke. Time tu Irfan pun dah nak 6 bulan :)



Kat kampung kitorang dok 1 hari 1 malam saje. Nasib baik la Irfan tak jaga malam sangat. Nangis kejap2 je. Tu pun orang kat kampung cam terkezut je dengar Irfan nangis. Cam sakit teruk je bunyinya. Dorang cakap cam baby yang dah besar nanges. Padahal tak ada pape pun. Kekadang tu nangis sebab kena wipe tissue yang sejuk tu, nanges nak susu la, nanges before masuk bath tub sebab basah2kan muka dia la. Kira standard la tu. Kitorang pun dah immune kot Irfan nangis gitu...huhuhu...Tapi memang volume level 10 la kots :P

Kat kampung pulak bukan musim buah. So tak dapat la merasa. Lagipun pantang aku tak abis lagi. Kalau ada pun banyak buah tak boleh makan...huhuhu...Time ternampak buah kuning ni ingat cam menarik je. Mesti buah yang manis2 gitu tapi aku tak pernah makan. Dah la buah ni cute jek...



Sekali rupa2 nya buah asam gelugor daaa. Opah buat asam keping. Mana la nak kenal buahnya. Biasa beli dah siap2 gitu. Ni memang fresh from oven petik kat pokok, potong2 pastu jemur. Dapat la bawak balik sebungkus nak buat masak2 kat umah =)




Cam biasa Irfan memang banyak tido je tak kira di mana pun dia berada....hiks! Kalau bangun tu sure nak gawang2 ajak layan dia bercerita. Kalau tak layan memang silap la kan. Harus la ngamuk terus lepas tu :P



Kira ok la jugak balik kampung hari tu. Dah lama tak berebut2 ngan orang ramai balik kampung sesak2. Jem je memanjang. Kat stesyen minyak pun beratur panjang nak tunggu turn. Nasib la dah isi siap2 full tank. Nak masuk benti kat RNR pun jem plus bercinta nak cari parking.

Ohhh aku adalah pecah rekod travel jauh tak benti makan n bersantai2 kat RNR. Kalau tak sket2 nak benti. Tapi dah bawak Irfan lupakan je la benti makan2. Balik kampung Perak boleh sampai dalam 3 jam je pun jadi 6 jam. Biasa la kan bawak budak kecik plus jem2 lagik.

Ada sekali tu benti kat RNR. Tu pun nak tapau saje kat Dunkin Donuts. Bawak la Irfan keluar sekali. Myo dah menari2 plus nyanyi2 time bawak Irfan tu sebab dia dah hekhekhek dah. Kitorang order sandwich je. Lepas je order hekhek tu makin kuat pulak kan. Aku pun terus la sepantas kilat keluar nak pegi kereta. Sepanjang jalan nak pegi kereta punya la kuat Irfan testing suara...hohoho...berlari-larian la mamanya. Masuk kereta bagi susu pun tak jalan. Last2 bila kereta gerak terus diam. Mata bolat je. Last2 tertido sendiri gitu je....huhuhu...suka betul dia naik kereta. Geram betul ngan budak busyuk nih tau ;)


p/s: Esok cuti...yayyy! Boleh ngulit Irfan tanpa rasa bersalah :D

4 comments:

Princess Cindellyna said...

cuna: perak kat maner tu..?my husband rumah kat bota.. =)

cuna said...

Princess Cindellyna: kat Changkat Jering =) tau jgk bota tu since dulu penah study kat seri iskandar ;)

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

irfan masih berbedung lagi yerrrrrr.....baguss lah...

cuna said...

Siti NurJenab: aah. tp kdg2 je bila nk tidokan dia. kalo tak asik terjaga je sbb terkejut. papa nye la yg rajin bedungkn ;)