nuffnang

Friday, May 6, 2011

Shopping Lagi

20 Apr 2011 - Wed

Cerita 2 minggu lepas. Myo dah janji nak bawak aku pegi JCard Member Sale lepas office hour. Semangat berkobar2 nih tunggu nak pegi shopping. Nak cari seluar baru. Bab2 shopping ni memang aku excited betul. Tu pun dah lama tak shopping baju, kasut, handbag segala.

Last2 pukul 8 lebih baru keluar. Kena tinggalkan Irfan lagi sekali. Tak berani lagi nak bawak dia keluar tempat ramai orang n keluar lama2. Time nak keluar tu pun Irfan buat muka kesian. Geram betul tengok. Nasib baik tak lama lepas kitorang keluar tu dia pun tido. So tak ada la susah sangat mak tok nya nak jaga...


Sampai2 Mid terus menghala ke JJ. Elok pulak masuk ikut floor yang ada barang2 baby. Apa lagi. Harusla menyinggah kan. Round punya round jumpa la baju Looney Tunes ngan seluar Baby Kiko untuk Irfan. Saje nak cari baju yang cantik sikit nak pakaikan time kenduri cukur jambul nanti.

Rambang mata ohh tengok baju2 baby. Sumenya cute2. Lepas tu mahalnya mengalahkan baju2 aku...huhuhu...Tapi kena la control. Beli sekarang pun Irfan dok umah je. Tunggu dia besar sikit lagi topup baju jalan2 lagi. Dah lepas bayar boleh pulak ternampak seluar Anakku pulak. Rembat jugak sehelai akibat terlampau geram :P Haihhh...susah betul kalau mama nya dah shopaholic nih...


Beli Pureen baby wipes jugak. Ingat nak borong kat Pureen warehouse sale je. Tapi tak sure kat situ lagi mahal ke murah. So beli je la kat JJ ni dulu nak sedapkan hati sementara pegi Pureen sale tu. Last2 tak sempat tengok barang kitorang dah surrender. Orang macam ulat jek kat situ.




Lepas dah settle cari baju Irfan terus jalan laju2 pegi ladies department pulak. Main mission memang nak cari seluar aku. Seluar jeans n seluar keje. Biasa la lepas2 beranak ni. Seluar pun nak kena cari yang baru. Paham2 aje lah :P



Keluar masuk keluar masuk fitting room tengok2 orang pun dah tak ramai. Dah pukul 10 lebih dah pun rupanya. Sakan dok try seluar. Macam2 jenis macam2 saiz sampai aku pun dah naik lenguh. Last2 dapat la sehelai jeans n sehelai slack.




Ohhh...before balik nyempat lagi kitorang singgah balik kids department. Angkut rocker Fisher Price ni seketul. Ekceli dah wusha time nak beli baju tu. Tapi since mende ni besar gedabar so kitorang decide nak beli before nak balik je.



Since aku tengah preggy lagi dah wusha rocker ni. Anak akak aku pun pakai mende alah ni. Irfan pun dah pernah test drive dah...huhuhu...Tapi tiap2 kali wusha mesti harga dia 300 ratus lebih. Tetiba time lalu kat situ tengok2 ada 30% less. Macam sekilas pandang je. Padahal memang aku tak plan lansung nak survey time tu. 30% dah kira masyuk jugak la. Normal price RM349.90. After less dapat la dalam RM245 lebih kurang. Best2. Akak aku beli pun dapat RM299 je.



Terus tak pikir panjang dah nak beli. Nak kata ada duit lebih tu tak jugak. Memang aku dah stand by duit untuk barang2 Irfan. Tak mintak duit sesape pun. Kena la explain siap2 kot2 stalker itu datang mengintai untuk menyebarkan fitnah...huhuhu...



Nak beli rocker ni kena la cut down expenses lain2 tu. Tak boleh la nak shopping sama macam time single mingle dulu. Teruk la kan kalau sume nak sekali harung. Tapi aku rasa berbaloi je beli mende ni since boleh pakai sampai Irfan dah besar. Boleh adjust2 nak duduk ke nak baring ke. Boleh lipat2 n cabut2 lagi.




Keluar je Mid terus pecut balik rumah. Dah ada anak kecik ni tak boleh nak shopping slow2 belek satu2 dah cam dulu. Kalau tak memang aku merayap lagi cari barang lain. Sale tu. Sume murah2. Baju, kasut, handbag...sume tu tak sempat belek dah. Even barang Myo pun tak sempat jugak nak tengok2. Tu pun dekat 3 jam jugak kitorang keluar. Paling lama la aku pernah tinggal kan Irfan kat rumah time tu. Balik2 elok je dia bangun nanges nak susu...Cam tau2 je mama dia dah balik :P



Rocker tu malam tu jugak papa Irfan pasangkan. Ehh pepagi buta dah. Pukul 4 pagi dok gigih pasang2. Mula2 aku pun jaga lagi. Sementara nak siap aku dah tertido. Padahal boleh je pakai rocker akak aku punya dulu kan :P




Ni pic Irfan ngan rocker baru dia. Padahal sume sama...memang sebijik je ngan rocker yang dia naik hari2 tu. Bezanya rocker ni bau kedai...hahaha...Rocker ni la tempat nak tidokan Irfan. Biasa memang dia akan diam and senang nak tido bila on kan mende vibrate kat rocker ni.




Sekian saje entry basi untuk hari ni. Hari ni dah hari Jumaat dah pun. Weekend malas nak update blog. Confirm tak ada orang nak baca pun...huhuhu...


11 comments:

~YUN~ said...

comelnye irfan duk dlm rocker..hehe~

cuna said...

Yun: tu la...sesungguhnya baby adalah makhluk Tuhan yg paling comel ;)

..izza.. said...

aku baca la wei..
weekend tanpa suami disisi terpaksa la membuat kerja kerja yg boleh menghappykan diri

cuna said...

iza: hukhukhuk...cm sedih jek bunyi nye. mslhnye bole happy ke bace blog aku nih? T_T

dEe said...

aku pn baca je. kecik ati ai tau u kata ai tak baca. T__T

dEe said...

ko ade stalker? tp takkan nk beli brg anak pun nk kecoh kot?

Nurul said...

sape pulak stalker tuh husna? bz body nyeeeeeee. lepuk jgk kang!

mr.s mi-G said...

hi, dear..sekarang neh memang musim orang shopping sakan ker? semua post cite pasal shopping..haha..*jeles sebab xley nak join* xlarat dh nak jalan lame2..btw, saya folo n link blog u.. =)

cuna said...

dee: oo...ko bace ek?xbajet la plak ade org sggh blog aku di ujung minggu. lgpn cite bosan2 je...huhu...

ye...aku ada stalker. sorg dua je pon. name pn stalker. ssh nk expect apa yg dorg pk...huhuhu...just kena beware T_T

cuna said...

Nurul: kalo xsilap nurul tau sapekah stalker itu ;) time ksh coz sudi nk tlg lepuk kn :P

cuna said...

belle: hi belle...xtau la musim ke x sbb sy asal tau ade sale je sume rase nk serbu. tmbh2 baru abs pntg ni. bls dendam sbb terperap lame sgt dh kt umah aritu :P nnt bila baby belle dh kua sure excited nk menyoping 4 si kecik tu.skrg ni bykkn berehat je k. thx 4 following n linking my blog =)