nuffnang

Friday, April 29, 2011

Bawak Irfan Balik Kampung

24/04/2011 - Sun

Ahad hari tu akhirnya berjaya bawak balik Irfan ke kampung. Kampung kat Shah Alam je pun...hiks! Bunyi cam jauh je. Umah mertua. Dah banyak kali plan nak pegi lepas pantang tu tapi asik tertangguh jek.

Ohhh...before tu nak cerita aktiviti hari Sabtu dulu. Kitorang keluar berdua. Bukan nak ber'dating'. Tapi nak keluar cari barang Irfan. Kalau bawak Irfan sekali jangan harap la aku dapat dok depan. Sure dah kena sound setepek dah ngan Myo T_T

Hajat di hati nak pegi Pureen warehouse clearance sale tu. Gigih pepagi tu keluar menghala ke PJ. Jem teruk giler. Ngan air cond kereta buat hal. Aku pulak cam time tu seram sejuk rasa nak demam la pulak. Tapi alang2 dah keluar n dah nak sampai tu...redah la jugak jem pun.


Sekali bila dah masuk tempat sale tu ya rabbi....ramai giler orang...sampai nak jalan pun tak nampak nak pegi mana. Banyak2 warehouse sale aku pegi tu la yang paling ramai orang aku penah tengok. Last year aku dah pegi dah sale ni. Tapi tak ada la ramai sangat orangnya. Still boleh nampak lagi la nak beli apa. Ni barang pun aku tak sempat tengok. Nampak orang je.

Bila tengok queue nak bayar terus aku rasa macam tak lalu dah. Terus ajak Myo balik. Tak pasal2 derma RM5 kat orang jaga parking tu tau. Parking tak sampai 10 minit je kot dah blah. Lupakan je la niat nak shopping tu. Actually nak beli wipe tissues banyak2 buat stok. Plus nak topup towel n baju2 yang besar sikit untuk Irfan. Kalau dah gitu ghopernyer...cancel je la.

Balik tu singgah ofis kejap nak amik pay slip yang dah 3 bulan tak amik ngan EA form. Kena jugak amik since minggu ni pun dah last nak buat e-Filing tu. Tak nak aku bayar tax tak pasal2 kat LHDN tu. Next week dah nak start keje. Waaaa....cam malas je nak start keje balik lepas dah lama bersantai2 kat umah. Sampai je umah Gombak terus aku fengsannn....Terus kelubung berlapis2 siap tindan2 bantal2 lagi kesejukan. Kena demam panas.

Ok2 sambung cerita balik kampung balik. Time nak pegi Shah Alam tu aku still demam lagi sikit2. Irfan tido je sepanjang jalan nak pegi tu. Siap angkut tilam kasi dia tido. Tak larat aku nak pangku lama2. Setakat keluar dekat2 umah tu ok la lagi. Kira ni paling jauh la bawak Irfan keluar so far.



Kitorang keluar dah 6 lebih. Sampai2 of coz la pak cik nya yang paling kecik yang paling hepi sekali. Siap pakai baju cantik lagi nak main2 ngan Irfan. Tapi Irfan bukak mata kejap2 jek. Lepas tu tido sampai la ke sudah. Agaknya penangan Panadol yang aku makan before tu. Terpaksa la jugak makan kan. Kalau tak memang tak boleh bangun. Demam2 pun kena nyusukan Irfan. Tu yang dia terkena tempias Panadol. Mata aku berat2 mamai jugak la. Dia lansung terus tido 1 hari...huhuhu...



Dah malam dekat pukul 10 baru kitorang balik. Kampung dekat jek. Nanti2 boleh datang lagi. Weekend ni plan nak balik kampung kat Perak pulak. Bawak Irfan jumpa moyang dia kat sana. Hopefully Irfan tak ada la tido je. Kesian orang ramai2 dapat tengok dia pejam mata je. Memang anak aku bukak mata pepagi buta je. Nak buat camne kan...huhuhu

6 comments:

Hasnah said...

kira okey la nie cuna bwak irfan g shah alam jer. asna lepas pantang dah raya. nak bwak jalan jauh lg ke Tganu.. huh.. mcm ne tue.. baby bru 2 bulan lebih kot.. =( risau la pulak~

cuna said...

asna: tu la. seb baik dkt je. tp tgk dulu blk perak camne jgk. cm ssh nk bwk irfan jauh2 sbb kecik sgt lg. dia pun mood xtentu hala lg...huhuhu. kena try test dulu nih

Nurul said...

mane gamba full body mama irfan nye? nk tgk kurus blk ke tak? hihihihi

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

ala sopannya irfan.....nak pulak bungkus2 tuh eh..sara klu kena bungkus 1 taman dgr sore die.. ;)

cuna said...

Nurul: hahaha...ade jgk org nk request gamba dh kurus. xde org la nak amikkan. tp mmg dh kurus pn. hncr musnah hrpn nk tgk berat naik dh pasni T_T

cuna said...

Siti NurJenab: hehehe...tu masa mula2 kene bungkus je. pastu abis tangan kaki sume terkeluar. xlame pn thnnye sbb dia akn kepanasan dok dlm tu. bila pns ngamuk la jwbnye kn :P