Hari ke 3 lepas aku deliver hari tu dah selamat pindah semua barang2 letak kat umah parent aku. Ingat sempat la kan nak pindah sebelum aku bersalin. Tak sempat rupanya. Irfan pun paham kot mamanya pun bukan larat sangat dah nak kemas2 angkut barang sume. So dia keluar dulu :P
Nak tak nak kena la pindah jugak sebab lori nak angkut barang pun dah book awal2. So Myo je la yang pegi settle kan. Dengan barang yang tak habis kemas lagi nya. Lori angkut barang yang besar2 je. Gambar tak ada la coz aku tak ada kat tempat kejadian. Myo pun dah bz sangat sampai lupa nak amikkan gambar...
Lusanya Myo datang lagi nak sambung kemas barang2 yang tinggal. Banyak lagi kot tak kemas. Aku sempat tolong packing barang dapur sikit je kot. Ngan barang baby. Ngan barang mekap aku :P So bayangkan la betapa banyaknya lagi barang lain tak kemas. Hari tu siap import adik aku tolong kemaskan...
So berusaha lah 2 orang jejaka tu ngemas barang. Cam sedih jugak tak dapat tolong. Tak puas hati pun ada :P Padahal kalo aku ada pun bukan larat sangat dah nak ngemas. Sangat rindu ngan rumah ni even dok tak sampai setahun pun lagi. Sedih sebab tak dapat menikmati saat2 terakhir kat rumah ni. Aku pun tak expect nak bersalin awal sangat hari tu. Tu yang slumber kemas lepak2 :P
Rindu sangat bila tengok2 balik gambar2 ni. Kat corner tepi tingkap tu patut ada meja aku nak ngadap laptop especially time work from home or ngadap blog malam2. Sambil ngadap laptop sambil jeling2 kat TV sebelah tu ;) Paling best kalau hujan boleh tengok ikut tingkap tepi tu. Sangat nyaman hokey sebab area apartment kitorang tu memang atas bukit sikit.
Ni dapur tempat aku bersilat masak nak isi perut kitorang berdua. Masak biasa2 je pun. Rindu jugak kat dapur cenonet kitorang ni. Aku sempat kemas2 clear kan cabinet je. Tu pun tak abis semua.
Ni bilik kitorang. Lansung aku tak sempat nak kemas apa2. Packing barang2 mekap aku je sempat :P Nak kemas yang lain2 time tu pun rasa macam nak pakai lagi
Bilik baju ngan bilik solat. Nak rindu jugak lah bilik ni :D
Bilik Myo bertapa ngan PC dia.
Ruang tamu tempat kitorang bersantap ngan bersantai2 tengok TV....ohhhh rindunya....
Kesimpulannya memang tak ada apa la yang tak best kat rumah lama ni. Semua ok je pada aku except.......tangga ni je haaa....Time awal2 aku no hal je naik tangga. Tingkat 2 je pun. Lagi pun kitorang memang plan nak dok situ setahun je sebab kalau boleh nak dok kat umah teres. Apartment ni last minute jumpa time dekat2 nak kawen dulu. Susah sangat nak cari umah kat Damansara nun. Sume mahal bebenor.
Sekali dah ujung2 pregnancy tu memang tak menahan dah tercungap2 nya. Siap sempat buat RNR sendiri kat tepi tangga tu amik nafas dulu sambil hilangkan lenguh2 kaki :P Kalau boleh lepas naik tu tak mo turun2 dah.
Kalau ikutkan memang bulan 6 baru la kitorang nak pindah. Since due date aku pun bulan Mac...maka kitorang decide pindah awal la sebab aku nak berpantang kat umah parent aku. Alang2 2 bulan kat situ mak aku suruh pindah je sume barang2 sementara kat sana. Dari Myo dok sorang2 kat Damansara tu nak bayar sewa sume bagai kan. So berkampung la kami kat Gombak. Nasib baik muat even penuh jugak la umah parent aku sekarang ni ngan barang2 kitorang.
Ni pic aku time 36 weeks. Maknanya seminggu before aku bersalin. So korang boleh bayangkan sendiri la kot camne aku terkial2 membawa diri sendiri turun naik tangga. Agaknya ni salah satu faktor yang menyebabkan aku terberanak awal ;)
So selain tangga tu semua adalah best. Office aku pun dekat aje ngan umah. Malam2 pun boleh keluar cari barang2 dapur kat Tesco Mutiara Damansara walaupun kadang2 nak cari 2 or 3 barang jek :) Bosan2 je boleh pegi merayap kat Ikea, 1 Utama or The Curve. McD pun sekangkang kera je dari umah. KFC idamanku selalu kat Kota Damansara pun tak jauh mana. Pendek kata banyak la tempat melepak n makan2 kitorang kat sana. Lepas ni harapkan weekend je la kot baru sampai. Tak pun time lunch hour pegi ngan officemate.
Restoran Mahbub ni pun akan dirindui jugak. Aku memang jarang makan kat kedai mamak. Kurang minat la kot. Tapi sejak pregnant aritu rajin jugak la nak menyinggah makan roti bom or megi goreng. Tambah2 dekat sangat ngan umah. Best jugak ngedate berdua malam2 Myo kat kedai mamak. Pukul 2 or 3 pagi pun boleh keluar makan lagi. Kalau before kawen gelabah ayam je nak balik kalau dah malam :P
Dan yang paling best....beberapa minggu before kitorang nak pindah tu baru find out yang kat dalam area apartment kitorang tu ada swimmping pool! Hampeh betul tuan umah tak bagitau awal2 tau. Kitorang pulak tak ada la nak jalan masuk celah2 blok orang lain. Tau2 time nak naik tangga umah terbaca notis bagitau swimming pool nak kena tutup sementara sebab ada maintenance. Apekah??? Tak tau menahu pasal ada swimming pool pun tup tup tau2 ada maintenance daa...
Nak dijadikan cerita 2 hari before aku bersalin tu Myo amik adik2 dia kat Shah Alam nak swimming kat sini lepas asik tertangguh2. Hepi je budak2 ni. Myo je tak sempat nak join sekali sebab tak sihat sangat. Aku lagi la tak payah cakap. Dok umah je la buat apa yang patut. Malam dorang lepak2 pun aku tersadai kat atas katil coz time tu badan dah sakit2. Kadang2 terasa jugak contraction tu.
Myo siap janji nak bawak dorang lagi sekali minggu depannya since dia pun tak rasmikan lagi swimming pool nih. Last2 aku pulak terberanak awal kan....huhuhu...lepas tu Myo pulak dah sibuk2 ngan nak pindah barang2 plus nak tolong jaga aku n irfan pulak. So memang tu la 1st n last pegi swimming pool kat situ T_T Well, kita hanya merancang...Tuhan yang menentukan :)
Pape pun aku sangat merindui umah pertama kami berdua ni. Even bukan umah sendiri pun kan. Sewa jer. Umah pun tak besar mana. Pada aku ok je. Muat la untuk kami berdua. Tambah Irfan lagi sorang pun ok je lagi. Tapi tu lahhh...aku tak menahan kena naik tangga even sekarang dah tak berbadan dua. Tapi kalau kendong Irfan jadi dua balik la badan ni kan :P
So sekarang ni mission kami adalah nak cari umah teres. Yang penting bukan lagi kat area Damansara. Umah mahal yang amat lah. Nak dok umah teres kat Damansara memang kiok la jawabnya nak membayar sewa. Harap2 jumpa la kan. Bukan senang nak cari umah ni. Ikut nasib la jugak. Kalau tak jumpa jugak...berkampung lagi la kami kat Gombak nih....
6 comments:
Baru tau korang pindah. Plan nak stay mana nanti?
Cik Shu: emm xtau lg la shu. tgh survey2 katne umh yg murah sket. yg pntg damansara mmg dh out ;)
besar ke kecil rumah kita tetap enak rumah sendiri.
batul tu. sebesar mane pn umah org lain tak se'best' umah sendiri yg cenonet tu :P
sy pon ngah carik umah sewa..uhuk3...sgt ssh kerana semuanya mhai amat di klang ni...
ratu salju: sgt ssh kn? ni smpai skrg pn xjumpe2 lg umah sewanya. yg ada pn mahal bebenor...haihhh...hncur musnahlah impian nk dok umah ats tanah ni T_T
Post a Comment